Tuesday, January 3, 2012

Untuk HAZIQ..

Alahai.. Cucu Sulung Haji Pauji harini dengan jayanya akan melangkahkan kaki ke SMKA Kuala Selangor, Pasir Penambang. Haiiii lah budak kurus sorang tu, nak nak pandai la berdikari, pandai menjaga diri kt asrama tu nanti.

Sungguh pon tak berapa nak rapat dengan dia (tapi tetap sayang), sebab yg lain lain tu dorg sendiri yang memang manja, tapi, terkesan jugak la kat hati ni bile dia salam dengan aku pagi tadi. Alahai maksu pon, macam la jauh sgt sekolah nye tu.. Sesenang leh datang melawat tiap minggu. Kalau maksu nye ni da ade kereta nanti, lagi panjang langkah nak melayan dia nanti.

Kalau tak, Yong aku pon mungkin tak merancang pon nk hantar Haziq tu gerak dari kampung. Tapi since minggu lepas lagi aku da sms tanya tanya, Yong aku buat keputusan nak balik kampung, harini hantar Haziq gerak dari kampung, then pastu baru terus balik semula ke Klang..

Dan selama 2 malam Haziq kat kampung, sempat jugak lah kiranya nk bermanja (konon!), bawak dia tapau BURGER P'E.. Haziq kata "sedap". Lagi dia kata "nanti kalau cuti balik kampung, kita gi beli lagi ye maksu?".. Tersayu hati. Tskk. 

Tak pernah pernah pun selama ni dia nk hirau kan adik adik yg lain sibuk nak tido dengan aku. Malam tu, dia sendiri offer diri, "Haziq tido bilik Maksu bleh? Haziq bentang tilam kt bawah ye?".. Siap pesan "Maksu set alarm kul 6.45 ye, nk bangun solat subuh"..

Hari Isnin semalam pulak, makan tengahri kat Restoren Kuala Kurau Sungai Besar, dan jadi kebetulan Haziq dgn Maksunye ni order menu yg sama : Char Keoy Teow. Memang sedap cuma tak puas sbb pinggan kecik, so kuantiti nye sikit. Bile keluar dari kedai makan tu, sekali lg Haziq ulang dialog yg sama "nanti kalau cuti balik kampung, singgah sini jugak tau"..

Ape yg maksunya bleh jawab? "ok, nanti kita datang mkn sini lg..".

Dan Haziq siap pesan dekat mak dia "nanti kalau cuti balik kampung, haziq balik gilir gilir Klang dengan Sabak ye..". Alahai Haziq..

Haziq Haziq... Semoga terus berjaya. Semoga bakal jadi contoh pada adik adik. Pandai pandai jaga diri.. Maksu doakan yg terbaik untuk Haziq..


2 c0mplaints:

wida said...

kak yong mesti meleleh-leleh air mata..huhu.
haziq tu leh caya jugak dia duduk asrama.
kalau emy masuk asrama?hehe
hr2 tepon maksu suruh tgk kot..

Unknown said...

@wida
kalo emy dgn ojan msuk asrama, mau mau bising sbb asyik lapa jer..

Post a Comment

A big thanks sudi singgah and tinggalkan komen. Korang memang cool lah !

Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...