Thursday, October 25, 2012

Hari Raya AidilAdha

Ade ke yang dah cuti harini? Mesti ramai yang da cuti kan..
Aku masih keje. Komited ok.
Hahah.

Nak emosi la harini.
Pagi tadi Ngah aku wasap cakap balik esok
Means balik pas sembahyang raya la tu.
aku da sedia maklum Yong aku pon balik pas sembahyang raya.
Pasal esok die kene baca khutbah
walahhh. Ustaz kan.
Kakak aku kat Terengganu, da sure la tak balik kan

Haaa nak emosi ke 2
Masuk kete nak pi keje
Bukak radio ade lagu Sudirman, Balik Kampung

Macam aku pulak yang ada kat perantauan

Maknanya beraya kat rumah dengan Haziq (anak sulung Yong) jela kot
Sedihnye. Nk emosi 100x

Ketam da beli, daging rusa pon da beli
Nak masak pon da tak semangat.
Waaa, sedih 200x

Bergenang airmata taip entry nih



# Salam AidilAdha, Maaf Zahir Batin  


Rabu yang bercuti

Assalamualaikum ;

Maafkan tajuk entry yg ntahapehape tu. Adoii bosannye kerja harini. Lengang, senyap dan sunyi. Almaklum la da ramai yg bercuti kan. Pakat pakat nak masak ketupat rendang ayam lertewww.

Semalam hari Rabu, aku cuti. Hari ni aku keje.. Jumaat da raya. Pelik kan. Apekehal cuti hari Rabu. Patotnye hari Rabu tu ade plan lain tapi terpaksa cancel n postponed sbb ade hal yang tak dapat nk dielakkan. So, almalas nak cancel cuti kan. Amik peluang nak bangun lambat waaa syoknye tido. Lambat x lambat la sebab kul 8 aku da cangak kt Pasar Awam Sungai Besar... Carik ketam carik ketam. 

Raye raye Qurban takmau la beli daging nanti dapat daging banyak tak muat peti ais. Kang makan daging banyak benor naik darah tinggi ha tak pasal pasal jer kannnnnn. Hiks. So, banyak gak lerrr aktiviti aku pd hari semalam. Hehe. 

Paling utama, basuh kete la haiii. skang musim hujan tah selut mane la melekat kat kete. Kete bersih barulahhhh semangat mangat nak bawak kan?

After Zuhur pulak, aku angkut Wak Nap ikot aku pi Kuala Selangorrr. Misi menjemput anak anak kt asrama.. Eh, tapi bukaaan anak aku. Aku kn single. hiks.

Mule2, singgah SMKA Kuala Selangor amik Haziq, anak sulung abg yong aku... Then, ke KUSSES pulak.. Ambik anak kakak sepupu aku, Shafiq. Haiii, bawak anak bujang duaorang mmg siap kene pau McDonalds la kannn. Untung kome, pas kenyang makan bleh tido kat belakang ye. Maksu gak tongkat mata sengguk sengguk nak menyampaikan ke rumah...

Sampai rumah ku bantai tido sampai kul 6. Penat beno gayanye. Pastu, operasi basuh cadar selimut baju baju dak Haziq. Ha, patotla org salu kate aku ni macam 'mak mak'. Penat kan jadi mak ni. Lagilagi kalo wanita bekerjaya. kt opis hadap keje mcm2, balik rumah pon hadap keje mcm2..  Tapi, betapa mulia nye jadi seorang mak kan... 

Haiiii tak saba nak ade anak sendirikkkk. Awk, jom kawen?
Eheh, nak ajak sape kawen tah? puihh


Monday, October 22, 2012

Suprise 2

Harini da 22hb Oktober.. Hari Isnin, biasela Monday blues.. Pegi keje macam biase, takde perasaan pape. Sesampai kt ofis ade la 2 3 orang kawan yg wish "Happy Birthday"..
Again, tenkiu so much :)

Pegi Halaqah, tetengok harini macam ramai yang takde. 
Kak Ina xde, Kak Rohaiza xde, Kak Zura busy jaga kursus.

Sesudah Halaqah, terus masuk opis. Leka leka dengan hal duniawi. MasyaAllah. 
Jeling kt jam, da kul 10. Ok, lapar. Perut da gendang gendang. Cacing da mengamuk. Dangg!
Kak Tini masuk library, baca buku. Aku tegur. "kak, tak lapar ke? dh mkn?"
Kak Tini jawab "jap lagi br p makan".

Alamak. takde geng lain da nak ajak makan.
 "nak ajak sape lagi ni?" aku monolog sendiri dalam hati. 
Haish.

Then, Kak Tini dtg kat kaunter. Ajak bsembang. Bla bla bla. 
Sembang sembang pasal nk Herbalife. monolog lagi "da kurus pon sibuk nk kurus lagi, aku yg mcm ni je xde motivasi nk kurus". 

Tetiba.

Kak Zura, Kak Rohaiza, Kak Fara, Kak Mas, Kak Ina 
datang masuk library..
Bawak sebiji kek.

Panggg!

Another suprise for me..
Terharu pulak..




Oh, memasing da berpakat.

Lepas tiup lilin, dorang ajak makan kt kantin. Good. 
Aku mmg laparr.

Sesampai kat kantin, dorang sesebok menghidang..


Banyak nye makanan!!
Tengkiu again. Sebab susah payah untuk semua ni..
Ade pulut + rendang ayam + sambal udang + ikan masin + 
keropok ikan + dadih + pelam & kuah rojak + nuggets + air laici

Dah kenyang makan, dapat hadiah pulok dari Kak Ina

bear pink yang somel & brooch. Tenkiu kak Ina syg

Specially to :
Kak Sieha, Kak Zura, Kak Rohaiza,
Kak Yanti, Kak Fara, Kak Nadia, Kak Mas,
Kak Ina & Kak Tini

Tenkiu so much untuk semua,
tenkiu for celebrating my besday..
Saya sayang kakak kakakku semua.



p/s :

Ya Allah,
Engkau titipkanlah dalam hati kami
Sifat saling hormat-menghormati
Saling sayang-menyayangi
Saling kasih-mengasihi
Agar ikatan ukhwahfillah ini
Tidak akan terlerai
Biarkan ianya tersimpul.. 
 

SUPRISE

Entry bebel :


20.10.2012 - Sabtu - 06.30 pagi

Dh bangun awal pagi, walaupun badan penat letih lesu akibat seminggu kerja non stop sampai jam 11.00 malam, tapi tetap kugagahkan kugigihkan jua demi menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan (tetibe ayat skema)

Tindakan pertama yg aku buat selepas bsiap, aku terus start kete (eh, aku da ade kete ye?) menuju ke rumah Ketua Belia GB4B (apakah?), Kak Siti Rumziah.. Tapi aku selesa dan senang panggil die Kak Rum. Heheh

Aku memandu laju 140km/h (ok, tipu je) terus ke destinasi kami : Pasar Awam Sungai Besar.
Tanpa jeans dan mekap, aku cume bertracksuit dan tshirt sempoi sebab nk masuk pasar knnn. kitorg membelibelah dan window shopping sket. Hasil rembatan kami ialah 8kg Ikan Cencaru, 10kg kerang, sebiji labu, timun, sengkuang. Kemudian, aku menuju ke kedai ala ala kedai borong untuk memborong kentang, hotdog, sos, pinggan pakai buang, polisterin, tisu, sudu, dan banyak lagi lahhh. aku lupa, ok sorry.

Sempat jugak aku ke kedai abah, untuk tapau nasik lemak dan barang karipap 3 4 5 ketul. hehe. then terus pula ke tempat memproses ayam untuk amik ayam sebanyak 10 ekorr
 yang dah disembelih dan dipotong potong . 

dapat tak bayangkan ape ke rupa kereta aku time tu?

Sesampai di rumah Kak Rum, die terus bergegas untuk pergi ke program bagi bantuan kerusi roda bg yg memerlukan. tekontang kanting tinggal aku, mak KRum dan KNoreen.

Mulalah operasi basuh ayam, siang ikan dan kerang.

Siap semua keje, aku amik KRum dan bawak bersama ayam tadi untuk dihntar diperap ke Parit 3 Sungai Besar. Penat oii, tak tipu. Tak habis takat tu, terus ke pekan Sg Besar, sambung membeli belah. Haish, selagi tak mula program mesti ade jerrrr barang tak cukupp..

Well, mesti ade yg tertanya tanya nape aku busy gitu kan. hehe
jam 03.00 ptg aku n krum ke Bilik Gerakan Dato' Dzul pulak. Sure2 aku tak sempat mandi. Meeting dgn Dato' bleh plak aku dtg dgn bau ayam n ikan. Kau Hado?

Haha. Abis meeting aku ke Sg Besa dgn Aqi n KSuzy. Nk amik ayam, nk amik ayam.
Dh amik ayam, ke Sg. Beso la kiteee. Adoi letih Sg Beso tgk aku asek dtg 2 3 4 kali.
Otw tu, abah call. Suruh cepat cepat balik. Nk tau nape? Nanti kan entry akan datang. Haha

Nak dipendekkan cerita, kitorg meletihkan badan dan otak ni
semata-mata untuk menjayakan mandat yang dh diberi oleh Pejabat Belia & Sukan
untuk merealisasikan Program Mesra Santai Belia
Anjuran Gerakan Belia 4B (GB4B) Cawangan Kampung Batu 38.
Disebabkan untuk perlantikan sehingga tahun 2015 ni, aku dah dilantik sebagai Setiausaha.
Kelakar kan?

Program tu mensasarkan seramai 100 org belia, tapi kami jemput gak orang orang tua, orang berpengaruh, wakil rakyat dan masyarakat setempat.

Selain daripada BBQ, kami gak pasang Screen besauuuu untuk Final Bola Sepak Msia
ATM lwn Kelantan malam tu kan. So sedikit sebanyak jadikan tu sebagai tarikan untuk dorang hadir.. Alhamdulillah sambutan agak memberangsangkan. Ditambah tambah dengan cabutan bertuah dan pertandingan teka bijik labu..

Usai abis je program waktu tu.. AJK AJK kene la tinggal untuk berkemas mane mane yg patut. Kutip sampah angkat meja dll..
Tgh syok dan khusyuk aku berkemas tu, aku dengarr suara sumbang eheh gurau jerrr.. 
Suara suara abg deejay + yang lain lain
Nyanyi lagu Happy Birthday, dan aku nampak cahaya lilin dari kek yang dipegang oleh KRum

Rerupenye KRum, Aqi n Tunang KRum skali terlibat dan bersekongkol untuk suprise aku.

Terharuuuuu sangat tau.

Ape pon, to KRum, my lovely couzy Aqi & AJK yang lain..
Tengsomuch for celebrating n suprising me..








p/s : aku tau ramai yg tak baca habis entry ni, kn aku da pesan ini entry bebel. haha

 

21st October turns to 24 years old :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Syukur Ya Allah ; Terima Kasih Allah
atas ruang dan peluang untuk aku terus bernafas atas muka bumi ini..
Untuk peluang dan baki sisa hidup yang ada ni, 
diharapkan aku masih diberi kesempatan dalam misi menjadi hamba yg solehah ; 
yg sentiasa taat pada Agama dan perintah NYA...
Semoga perjalanan umur yang ada ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati.


Dikesempatan dan ruang yang ada ini jugak aku nk merakamkan
Jutaan TERIMA KASIH, SYUKRAN, THANK YOU
atas semua doa dan ucapan daripada
Abang, Kakak, Pakcik, Makcik, Sepupu, Anak Saudara, Seluruh Kaum Keluarga 
yg jauh mahupun dekat, rapat mahupun renggang ;
Kakak Angkat, Abg Angkat, Adik Angkat, Pakwe Angkat (eh, haha!)
Sahabat, Rakan, Teman2 di ILDAS, JAIS, PAID, ex-schoolmates sekelas, 
junior mahupun senior, ex-tempat keje lama, dan sesiapa sahaja yang bergelar
 sahabat, rakan, teman mahupun kawan.. yang mungkin kita mengenali secara tak sengaja, ataupun sekadar mengenali di alam maya (Facebook, Blogger, etc),
 atau sekadar mengenali melalui pertemuan sekali dua dan 
mungkin juga tidak pernah bertegur sapa..


Melalui ape jua medium penyampaian,
Face to Face, Call, SMS, Private Message dan di Wall Facebook,
Line, Whatsapp, Blog, email dan lain2.. 


Tiada penghargaan lebih berharga selain dari ungkapan
TERIMA KASIH, SYUKRAN, THANK YOU
yang hanya mampu diucapkan atas semua 
doa kesejahteraan, kesihatan, kejayaan, kebahagiaan dll..
Semoga Allah akan terus memberi taufik dan hidayah kepada kita semua 
sebagai hamba di muka bumi ini..


Wassalam.





p/s : sorry kalau ade yang terlupa mention / tertinggal.

Friday, October 12, 2012

Seminar Rahsia Keajaiban Otak Manusia

Harini seharian berseminar... Tak jauh, kt ILDAS je.. Utk staff.. Kitorg panggil seminar otak otak hehek.
Bile da masuk dewan, baru terdetik kt hati.. Oh, best gak seminar ni.. Positif positif. Penceramah pon best. Banyak pengisian yg ada..
Bos aku suh kami manfaat prog ni.. Bayaran nk baya mahal tauu. Hiks. Tp okay la.. Berbaloi.. Siap dapat beg handouts n VCD harga RM20 setiap sorang.
Nk hilangkn ngantuk ptg2, penceramah suh kami jwb 160 soalan dlm masa 30 minit. Nk kenalpasti ape potensi diri..
Alhamdulillah, keje kt tmpt ilmu, mcm2 manfaat kita dapat.. Nnti bleh share dgn orang lain pulak..


Wednesday, October 10, 2012

Coming soon



Pasni kalo lapar time memalam
ataupon malas nk ke dapur
bleh la call
1-300-82-2020

order saja!
segalanya di hujung jariii haha

tapi skrg masih dlm proses renovation
taktau bile bukaknye
tapi pandai depa pasang signboard sesiap
nak bakar line orang Sungai Besa..

Lokasi PHD ni kt Sungai Besa ye
sebaris Kedai 1Malaysia tu..

Agak-agak sampai ceruk mane eh die bleh hantar?
Kampung Pisang? Parit Baru? Lubuk Pusing?

Wait n see jela nanti :)
 

 
 

Tuesday, October 9, 2012

Nak sehat

Korang jomla sokong aku. Aku tgh gigih n tgh btekad nk sihat ni. Well sebelum ni pon sehat gak tp kurang bgerak so badan jadi berat dan malas. Hasilnya lemak tumbuh merata...

Setakat ni baru kemampuan nk ke stadium sabak sekali seminggu je. Yelah kekangan masa. Aku kn bakal wakil rakyat. Heuehueuu. Tapi takpola aku nekad nk maksimumkan masa yg ada. InsyaAllah moga aku terus istiqamah..

Selalunye aku ajak Kak Ina, officemate aku join skali.. Kak Nadia pon ade penah join gak... Cousin aku Kak Zila & Abg Muiz pon rajin gak ke stadium tu. Dorg la yg telah bukak pintu hati aku nk ke stadium tu hehe. Terus tanam azam nak pegi sekerap mungkin.

1st time nye aku dgn Kak Ina hanya mampu jalan + lari2 anak sekejap2 6 rounds. Doakan kami bleh larii @ jogging utk 6 rounds tu bterusan lepasni. Heee kbai.

# aku update via mobile je ni. Sbb tu x cantik!

Monday, October 8, 2012

Sebelas (11)

Alhamdulillah... Syukur to Allah!
Bertambah tambah duit raya utk anak buah aku next year... Happy & hampir menitiskan airmata kegembiraan aku bile terjaga jam 05.00 pagi, check hp.. Ade msg kt whatsapp.. Kakak ipar aku yg ke-2 dh selamat melahirkan seorang baby girl yg comel lote seberat 3.05kg..

Baby ni lahir pd 3.13 am ; 08 Oktober 2012. Wahhh, bertambah tambah geng bulan Oktober kt family kami :)

Erm tak sabar nak jumpe baby ni.. Mcm tak caye je Ngah aku ade 5 org anak skrg ni.. Ingatkn sampai 4 org je hr tu dh stop huhu. Ape pun ini lah yg dinamakan rezeki.. Anak tu pon rezeki kn *tak saba nk ade anak sendirik!

Congratulations Ngah n Kak Ngah.. Moga anak yg lahir ni bakal menjadi anak yg solehah, penyejuk hati Ibu n Abah die..

Agaknye ape la nama budak gegirl ni ye? Haritu lps kakak ipar aku scan n nampak jantina die, kitorg terus panggil baby dlm perut tu Aisya.. Skrg ni da melekat nama Aisya.. Kalau abg aku tak mau letak nama Aisya, aku tetap nk buat degil panggil die Aisya gak. Haha bleh tak cmtu? Well, jd geng mekap geng shopping Lasyu kau nnti ye Aisya.. Hiks.

Gtg, bye!

#Anak buah aku da ade 11 weh.. Hip horey!


Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...