Saturday, February 2, 2013

Ayam Mak

Sejak kakak aku post gambaq kt wasap family kitorg,
terus aku terkenang kenang, teringat ingat
Haih da gaya org mengidam..

Dulu time arwah Mak ade,
salu die masak lauk tu.. Nampak simple,
tapi kalau dh masuk mulut, rase nak mkn tanpa henti

Air tangan Mak adalah yg terbaik kan..
kengkadang jeles jugak.. tgk org lain ade mak..
Mak depa masakk mcm mcm..
Hargai lah mak selagi masih ade kan..

Mak mmg suke masak..
Tak heran la anak dia semua sihat belaka..
Masalahnye, kalau mak just goreng ikan je pun,
dh rasa sedappp sgt. mkn mesti bertambah.

Kalau bulan puasa, kami jarang or tak penah
membeli lauk kt bazar Ramadhan. 
nak nak pun beli air.. tu pon jarang sangat.
sebab tiap hari mak akan masak nasik berlauk,
menu tambahan mcm mee goreng ke, bihun sup ke..
kuih pon mak mesti buat sendirik..
Kalau takat popia tu, siap mak buat sendirik kulit nye.
Fuhhh. kalau dikenang, sedihnya tak dapat lg nak rasa
semua tu lagi.. Sedih jugak bile kenang, tak dpt 
nak rasa tido kt lengan Mak :'(

Harini nekad nak ke dapur..
Nak masak Ayam mcm mak selalu buat
Dh siap masak, hanya mampu pandang je..
Sonoknye kalau ade family teman makan..


Ayam goreng jer..tapi ade aksesori tambahan giteww
Daun kari + cili api + bawang goreng + gula
itu yg buat ayam tu jd special..

Menu tambahan udang kunyit + telur hancur
saje jer.. aii kan peminat udang hihii.
Jemput makan semua..


Thursday, January 31, 2013

First day at work

Alhamdulillah, syukur & terima kasih Allah atas segala nikmat dan kurniaan rezeki.

Tahniah kepada my only akak
sebab dah dapat kerja kat tempat baru. Semestinya peluang yang datang ni
takkan selalu ada. So, lepas ni akan bermulalah fasa2 baru dalam kehidupan seharian.
Didoakan semoga Akak tabah, cekal dalam menghadapi apa jua
rintangan. Semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan.
Semoga dapat menyesuaikan diri kt tempat baru, rajin2 senyum :")

 
 

Wednesday, January 30, 2013

Berkira, Kedekut atau Beringat?

1) BERKIRA :

Tempat : Sebuah restoran ternama di Kuala Lumpur.
Keadaan : 2 orang lelaki berdiri di kaunter pembayaran. Selepas membuat pembayaran, si A berbisik kepada si B.

Dialog : "Restoran hujung sana harga makan Nasi Putih, ayam goreng dengan sayur RM4.10. Restoran ini makan lauk yang sama, dengan harga RM4.20. Padahal bentuk rupa restoran sama saja, bukan ada servis istimewa pun".

Jika kita membebel dengan dialog begitu, bermakna kita adalah seorang yang BERKIRA. Ada kebaikan dan keburukan. Baiknya, kita tak akan makan di situ lagi dan merungut. Buruknya, kita terlalu berkira dengan rezeki yang telah kita makan.

Dialog yang sepatutnya : "Restoran hujung sana harga makan Nasi Putih, ayam goreng dengan sayur RM4.10. Restoran ini makan lauk yang sama, dengan harga RM4.20. Alhamdulillah, rezeki masing-masing".


2) KEDEKUT

Tempat : Sebuah restoran kurang ternama di Kuala Lumpur.
Keadaan : Seorang lelaki dengan mata terkebil-kebil memandang ke arah papan tanda harga yang tergantung di dinding restoran. Mulutnya mula mencongak-congak mengira harga makanan.

Dialog : "Nasi Putih 70 sen, campur ayam goreng RM2.50 bersamaan RM3.20, campur sayur 70 sen, dengan teh o ais RM1.10. Semua sekali berjumlah RM5.00. Mahalnya! Baik aku makan nasik putih dengan telur goreng saja, baru RM1.80. Kenyang jugak!".

Jika kita membebel dengan dialog begini pula, bermakna kita adalah seorang yang KEDEKUT. Lebih banyak keburukan daripada keburukan. Keburukan yang ketara ialah kita tidak berkeinginan untuk mengeluarkan sedekah disebabkan kebakhilan kita.

Dialog yang sepatutnya : "Nasi Putih 70 sen, campur ayam goreng RM2.50 bersamaan RM3.20, campur sayur 70 sen, dengan teh o ais RM1.10. Semua sekali berjumlah RM5.00. Tak apalah, rezeki aku kali ni cuma nasi putih dengan telur goreng saja. In Shaa Allah, kenyang".


3) BERINGAT

Tempat : Sebuah restoran tidak ternama di Kuala Lumpur.
Keadaan : Seorang lelaki dengan berpakaian sebagai Pekerja Am masuk ke restoran dan berdiri agak jauh dari kaunter pembayaran. Matanya ditumpukan ke arah tanda harga di dinding restoran itu sambil berkira-kira untuk duduk terus atau melihat harga makanan dahulu. Dia bijak sebab mengira harga makanan dahulu sebelum duduk.

Dialog : "Kalau makan nasi putih dengan ayam goreng.. Apa, RM10.50?! Tak patut! Apa punya restoran ni! Ini bukan mahal main-main, tapi mahal sungguh-sungguh! Patutnya restoran ni tak perlu ada di Kuala Lumpur! Malaslah makan sini!".

Jika kita membebel dengan dialog sebegitu, bermakna kita adalah seorang yang BERINGAT. Sangat baik untuk kita yang tegar dengan semangat menabung demi masa depan yang cemerlang dan sesuai jugak bagi kita yang "kais pagi mkn pagi, kais petang mkn petang". Namun bagi orang yang kaya raya, mengungkapkan dialog sebegini membawa kita dalam kategori Berkira dan Kedekut.

Dialog yang sepatutnya : "Kalau makan nasi putih dengan ayam goreng... RM10.50? Rezeki makanan aku bukan di sini dan pemilik restoran ni pun tak dapat duit daripada aku kalini. Aku cari makan tempat lain yang sesuai dengan duit yang ada di tangan".


  Tepuk dada, tanya hati..
Kita berada dalam kategori yang mana?

Bicara adab :

Begitulah antara contoh dialog orang yang berkira, kedekut dan beringat. Semua itu masalah sikap. Walaupun kita mengeluarkan perkataan tersebut untuk diri sendiri, sekurang-kurangnya kita perlu peduli dengan rezeki orang lain, terutamanya pemilik restoran tersebut. 

Tak perlulah kita menafikan haknya sebagai penuntu rezeki juga kerana dia melakukan perkara tersebut mengikut perkara yang telah difikirkan betul. Andainya kita melihat sesuatu yang tak betul seperti harga cekik darah, servis tak bagus,  mengapa kita tak memberitahu si pemilik restoran atau paling tidak pun mengadaikan kita tak mampu nak makan kat situ.

Selain tu, ketiga-tiga kisah ini sebenarnya lebih merupakan adab berdialog supaya kita menjaga setiap perkataan yang keluar dari mulut kita. Elakkan mana-mana perkara yang boleh dielakkan kerana setiap ungkapan dari mulut kita adalah sikap dalam diri kita. Usahlah sampai ada yang terasa di hati dan menimbulkan suasana bermasyarakat yang tidak baik.

Walau bagaimanapun, dari segi bahasa, setiap perkataan dan dialog yang kita ucapkan boleh menggambarkan ketulusan dan keikhlasan kita. Jadi, berhati2lah bila berdialog/bercakap.   






p/s : 

- #berpesanpesan #sampaikanwalausepotongayat #sharing  
- artikel sumber dari Solusi Isu 52 



 

Solemnization.. (1)

Alhamdulillah, moga sentiasa diluaskan rezeki kami..

Congrats my partner, Kak Mas.. sebab berjaya dapatkan 1st job
untuk Mekap Mekap.

On 27 Januari 2013, Kampung Batu 38
Kak Azizah's Solemnization


 

Friday, January 25, 2013

Draf

Haiii. Selamat petang. Okay. banyak cite nak update,
tapi as usual la kan, alasan yg sama.. BUSY.
hehehe. maaf and sorry.

Okay now cume nak update sikit pasal
pembikinan project Wedding Guestbook.

Masih sedang cari idea, masih terkontang kanting
tapi yg pasti dh start kelua modal beli barang. Hiks 
agak semangat kan.. 

Buat mase ni tgh pikir utk design dalam sebab rase 
macam susah nk pikir design cover luar nye. 
adeii. dh submit simple draft ni kt customer. 
die kate okay je. adekah patut di proceed?



Okay nak sambung keje. Babai.

Tuesday, January 15, 2013

Teman Baru

Assalamualaikum.. Salam Selasa hehee..

Sorry sorry blog aku ni kengkadang jadi mcm bisekut.. On off. kejap ade kejap takdakk. Hee well, u know me la kann. Bizi kalah menteri.

Okay, jangan salah anggapan dengan title post ni yer. bukan dapat teman pengganti, bukan dapat pakwek baru. hehe. Heee, eksaited nak tau?

Camni, sekarang ni.. aku da tak keseorangan kt rumah. dah ade kawan. dah duk bertiga. ehee. Nape tah abah aku tetibe jer amik cikgu praktikal dok menyewa kt situ.. Ade 2 orang pelajar dr Unisel, buat praktikal kt pra sekolah batu 38.

Cube teka cikgu laki ke pompuan? Ehem. Gatai sungguh.

Cikgu perempuan laaa, muda lagik dari aku. Asal dari Klang n PJ. Ewah, ni macam entry pasai biodata mereka pulak. Hehe.

So, dorang buat praktikal 3 bulan.. Abah aku charge murah2 jer.. Buat mase ni, dorang duduk la berdua dalam bilik kakak aku tu. Harap2 selesa la untuk dorang.. Br 2 malam dorang kat sini.. Panjang lagi masa nak ditempuh tu.. Mudah2an semuanya okayy la kan..

Okay, aku janggal ade orang kt rmh. Sbb aku dh biase sendiri. Selalu balik keje, aku terus masuk bilik.. Tapi bile ade orang ni takkan la nk memerap dlm bilik. Kene la bermanis muka, takut dorang rase kekok pulakk kann.

Dorang pon dah siap2 pesan kat aku.. Selama 3 bulan dorang kat sini, dorang tak bagi aku mkn luar. Sbb hari hari dorang akan masak. Bagusss kan. Rajinn sungguh. 

Takpelahh, kurang2 dapat kawan baru, ade kawan sembang.. Nk hilangkan kesunyian :)
          

Friday, January 11, 2013

Makeover 11.01.2013

Harini aku dengan Kak Mas bermain dengan warna2,
bermain dengan berus..
Aku rase dah lama sgt tak pegang berus. Gian gian.
Dok jenuh nak mencarik wajah2 yg sudi jd model sukarela. Hehe

Alhamdulillah, ade orang datang menyerah diri..
Tepat je sampai waktu rehat,
Kitorg pun mulakan operasi..
Hehe... 

Nah, jom tengok hasil budak baru belajar :)



Untuk melihat hasil2 makeover & job kecik yang lepas,
jemputlah singgah & like page kami..



Terima kasih

 

Monday, January 7, 2013

unwell


Sunday, January 6, 2013

Weekend

Assalamualaikum, selamat berhujung minggu :)


Seronok. seronok. seronok.

Rasenye weekend kalini paling lapang, bebas dari sebarang aktiviti
wah, seronokk.

1st weekend pada 2013 yang beri peluang untuk aku bermalas-malasan
yeayyy!!
boleh rehat secukup2 nye, bleh tido sepuas2nye..

okeh, sangat puashati (:
 

Friday, January 4, 2013

Jumaat Pertama 2013

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah.. Pagini kita semua masih bernafas, masih bleh bangun tido celik mata tengok anak / suami / isteri kt sebelah.. Aku, bangun tido tengok HP.. Eh, ade sms pulakk. Heee.

Harini, penghulu segala hari.. Jumaat 22 Safar.. Jumaat pertama pada tahun 2013. Alhamdulillah. Moga kita semua diberi nikmat kesihatan yang baik untuk terus beribadat. In Shaa Allah, Aamiin.

Dan harini jugak, semua staff ILDAS tersenyum sbb dapat Kalendar dan Diari dari HQ JAIS. Mane taknye, selama bape tahun keje ni.. Rasenye tahun nilah Diari paling cantik dan eksklusif yg kitorg pernah dapat. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada Pengurusan JAIS, yg tak melupakan staff di nunnn cerukk Sabak Bernam nih. 

Alhamdulillah, Alhamdulillah :)

 

New Baby Project

Assalamualaikum korangs..


Ni nak kasi habaq sket.. Nk story siket..
Tetibe semalam (Rabu 02.01.2013),  aku dapat job..
Yg peliknye, bukan dapat job mekap..
Tapiiiiiii...
Job utk DIY Wedding Guestbook
Guestbook ni buku tetamu la maknenye.
Ala jaman moden sekarang, ade sesetengah seseparuh
penanten sediakan buku tamu kt 1 sudut atas meja khas..
kat buku tu tetamu bleh la tulis wish dan doa utk penanten.
Guestbook / buku tamu tu leh la jd kenang2an
utk si mempelai. nnti dah tua2 belek2 buku tu, 
mesti gelak gelak baca ucapan2 dlm buku tu..

Tapi tak semua org diwajibkan conteng buku tamu tu..
Sesapa yg rajin jela kann.. Dan dari situ gak nanti
penanten leh tau si polan si polanah ade dtg ke 
majlis dia tu. Yela, time kenduri kan 
penanten busy so kengkadang tlepas pandang or 
tak terlayan tetamu2 yg ade dtg tuuu.

So cukup panjang lebarrr tak penerangan aku 
pasal Guestbook / Buku Tetamu ni? Hehehe..

Itulah project baru yg aku kene siapkan..
Majlis customer (chewahh) aku tu nanti pd bulan  Mei 2013
Banyak masa lg nak carik idea neh. hehe

Manela taukan.. permulaan yg aku nk wat ni nanti, 
bakal jd 1 bisnes part time gak kan..
who knows kannn. 
Alhamdulillah kalo ade rezekinye nnti.. Aamiin.

In Shaa Allah, aku akan update lagik bile DIY Project 
ni dah siap nanti.. Sooo tunggu tau apela nasib
Guestbook yg jadi tu nanti..


p/s : nk start beli barang siket2..

Thursday, January 3, 2013

NEKAD

sumber : facebook

Semoga 2013 memberi 1001 kemanisan, 
dibukakan pintu2 rezeki, 
dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat. 
Semoga aku mampu untuk jadi lebih baik. 
Semoga aku berubah menjadi lebih baik dari sebelum2nya..
Semoga diterangkan hati, diperkukuhkan iman,
Semoga sentiasa menjaga solat, solat di awal waktu,
Semoga terhindar dari perkara2 yg tak berfaedah,
  .........................................
................................................................
..................
............................................................................
................................

Terlalu banyak tekad di hati, janji pada diri
apepun semoga semuanya dipermudahkan
semoga aku diberi kekuatan untuk menjadi lebih baik. 
InshaAllah..




p/s : Azam nak kawen? Segalanya dengan Izin Allah, doakan yg terbaik utk kami. Aamiin

 

Wednesday, January 2, 2013

01.01.2013

 01.01.2013

Wah wahhh.. Mentang mentang balik rumah kul 4.00 pagiiii dari Dataran Shah Alam. Dah tu, jam 08.00 pagi baru hegeh hegeh nak bangun. Syok layan tido padahaiiii ade misi nak disettlekan haritu...

Alhamdulillah, a good start for 2013 InshaAllah.. Harini kami, Gerakan Belia 4B & KRT Cawangan Batu 38 ade buat Program Khidmat Masyarakat Gotong Royong di rumah Nenek Esah, salah seorang penduduk kampung kat sini.. 

Jam 09.00 pagi kami gerak ke rumah nenek tu. Bersihkan halaman rumah.. Masing-masing amik peranan dan tugas sendiri. Ade yg potong rumput, kumpulkan sampah, buang dan sisih mane yang tak diperlukan..

Alhamdulillah, kami diberi kekuatan untuk buat semua ni. Dan bile semua dah selesai, pada jam 11.00 pagi kami buat sedikit tahlil ringkas. Makanan Nasi Ambeng dan siap ditempah. Air tebu pulak ade yg bermurah hati nk derma.. Bubur Sum Sum pun dah siap dipacking.

Seterusnya, kami agihkan Nasi Ambeng + Air Tebu + Bubur Sum Sum kepada yg hadir, dan bakinya kami hantar ke rumah yang lain. Mungkin tak dapat nak hantar kepada semua penduduk kampung, tapi itulah semampunya yg kami dapat bagi.

Terimakasih kepada yang dah bagi peruntukan untuk kami laksanakan program ni, terimakasih kepada yang dah sumbang masa dan tenaga untuk sama-sama turun padang membantu merealisasikan program ni. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas segala jasa kalian semua. InshaAllah, Aamiin...



Tahun Baru 2013M

Assalamualaikum.. Sorry mungkin sedikit terlewat utk wish Happy New Year 2013. Tapi takpelah kan.. Time flies so fast, takde pape yg menarik pun. Cume bila berganti tahun ni, makin singkatlah masa kita. So, jom grab baki masa yg sedikit ni untuk kita buat dan menjadi lebih baik.

Dah berapa lama hidup ni pun, rasenye belum pernah nak celebrate.. or else nak countdown tahun baru.. Tak pernah teringin nak keluar tunggu bunga api pada jam 12.01 pagi. Tak pernah teringin dan tak pernah kesah.

Cume, tahun ni mungkin berbeza. Bukan sebab nak countdown dgn bunga api, tapi sebab nak isi waktu tu dengan mungkin aktiviti yg lebih dan ade manfaatnya, InshaAllah.. Beberapa orang pelajar muallaf yg belajar kt ILDAS, pelawa dan offer untuk join Program Ambang 13 di Dataran Shah Alam. Sgt teruja nk join. Lebih2 lg bile "dia" dan mereka beria2 ajak.. Tapi bukanlah niat pergi tu sebab mereka, tapi niat tu sbb excited nk dengar pengisian program tu..


So, pada jam 11.30 pagi 31 Disember 2012 (Isnin), bas bergerak dari ILDAS. Staff ILDAS yang pi cuma Abg Zairee (staff yg btanggungjwb dgn Pljr Muallaf / PSDK), Bob, Aku, Kak Ina & 2 orang pemandu (Wak Jumali & Wak Cak Om)..

Jam 04.00 ptg kami  sampai kat Masjid Negeri.. Jalan2 cuci mata. Terjebak Kak Ina beli sepasang jubah. Time kat Masjid Negeri tu jumpa dan selisih dgn ramaiiiii sgt muslimah berjubah, berniqab.. Subhanallah. Cantik sangat sangat. Rase tenang pandang dorg.. Rase diri ni kerdil dan hina sangat. Ya Allah, aku belum cukup sempurna, tak cukup sempurna tutup aurat. Dalam hati, aku merintih dan berdoa semoga Allah beri aku hidayah dan kekuatan untuk berniqab suatu hari nanti, utk jadi mcm mereka.. InshaAllah.

Lepas solat Maghrib di Masjid Negeri, kitorg bergerak ke Dataran Shah Alam. Time tu orang tak ramai lagik.. Pastu, kitorg pi makan kt gerai2 jualan tu... Pas je makan tengok padang tu dah penuh. Fuiiyohhh, takjub seketika. Hehe. Penuh dengan ribuan ratusan manusia kot. Dah tak nampak jalan sebab dah penuh dengan orang. 

Agaknye salah 1 tarikan nye sebab kdtgn Ust. Azhar Idrus. Yelah, UAI kan dh jadi penceramah bebas no 1 malaysia. Hebat hebat kan. Rase seronok bile dapat dengar UAI secara live, bukan di TV or YouTube. Wahh, teruja okeng.

Tapi apakan daya, kaki mata dan badan tak berdaya nak tunggu sampai abis.. So, we decide untuk gerak awal ke masjid. Takut nk menghadapi ribuan ratusan manusia bersesak sesak time dah habis program tu nanti. So, cabutttt awal pi naik bas. Hehee..

Dekat kul 2 am gak kot baru gerak dari Shah Alam tu.. Time tu badan dah letih, mata dah penat tapi cume keadaan tak bape selesa nak tido dengan nyenyak. Sakit pinggang oii naik bas.
Jam 4 am sampai kat depan rumah kak Mas.. Tempat aku dengan Kak Ina tumpang park kereta.. 1st time tau drive kete sensorang jam 4 am. Tak gilee ke. Pecut gak nak cepat cepat sampai rumah. Dah tak pikir nak mandi dah.. Cume nampak katil jeee. 

Ape pun, pengalaman yg menarik.. Walaupun penat tapi Alhamdulillah satu pengisian yg menarik untuk malam tahun baru kalini.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. 

Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...