Showing posts with label ProgILDAS. Show all posts
Showing posts with label ProgILDAS. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Yeay, Kursus!

Hi, everyones! So sorry menyepi sekejap. Tak cukup masa nk update :)

Okay ini cerita hampir nak basi. Hihi, sorry. Nk cite pasal Kursus Kakitangan pada 10-12 Disember 2012 haritu. Asal usulnye, hanya 30 orang nama staff je yg diarah untuk p kursus ni. Yg bakinye akan pegi time bulan Januari 2013 nanti. Dan pada awalnya nama aku tak naik pon untuk pegi time 1st batch ni. Tak aci sungguh. Ala aku kan kekwat. Tak puas hati ah tak dapat pi dengan kengkawan se geng se kepala. Tertinggal nama aku dengan Kak Mas.

Tapi, hasil usaha kami setelah melalui beberapa rintangan onak dan cabaran, berhempas pulas, akhirnya Jumaat (7 Disember 2012) tu kitorg dibenarkan untuk join 1st batch ni. Lagipun ade beberapa orang yg mintak excuse atas sebab sebab yg tak dapat dielakkan. So why not la kan kitorg gantikan tempat mereka yang tak dapat nak pi tu.

Okay, weekend tu aku busy dengan kelas mekap. So, malam Isnin tu baru dapat nak packing baju. Dengar cite banyak aktiviti outdoor so terpaksa tinggalkan baju2 kurung kesayangan aku. Hiks. Penuh dan mampat 1 beg tu. Barang mekap ku tolak ke tepi, baju yg tebal pon ku pandang sepi sebab banyak benor rumours yg aku dengarr. Ok sabar tau.

Lebih kurang jam 08.00 pagi ++ kitorg gerak naik bas sewa dari IPN, sebab bas ILDAS semua pi service. Bas IPN best dan tenang sangat suka dan gembira. Sikit pon tak rasa pening dan mual2. Hehe. 

Hampir2 nak sampai ke tempat nak dituju, aku check segala bagai signal telekomunikasi. Hehe, hampa hati bila line Maxis out. Tskk. Line Celcom naik la 1-2 bar tu pon ibarat hidup segan mati takmau. Ye, hal ni aku dah maklum dari awal lagi..

Kitorg disambut dengan senyuman pihak Konsultan, oleh Cikgu Mahadi dan Kak Liza. Siap serve air limau sejuk sejuk untuk kitorg lagi.

Nak tau, tempat kitorg kursus? 


Riverstone Eco Resort, Ulu Yam. Tempat yg tenang dan damai. Malam2 dengar bunyi binatang, serangga dalam hutan. Walaupun pakai generator yg dimatikan pd jam 12.00 tengah malam, tapi cuaca kat situ dingin n tak rasa panas pong :)

Makanan yg dihidangkan sangat memenuhi citarasa, enak sekali dong! Siap ade nasik ambeng lagi tau. Syoknye makan dalam talam :) Hihihi

Sangat berpuashati dengan penganjuran kursus ni, dengan pemilihan konsultan. Program teratur dan tak memaksa untuk kita rushing. Besh oh. Pengisian program pon menarik. Bak kata Cikgu Mahadi, ape pon kene sentiasa ade 2S dalam diri : Sabar & Syukur. 





Antara pengisian aktiviti : Paintball, Ceramah & Perkongsian, Abseiling, Obstacle, Rakit, Tahlil & Nasi Ambeng, Buffet Durian dll.
  
Ape pong tenkiu so much untuk semua yang telibat dalam perkongsian selama 3h2m di Riverstone Eco Resort, Ulu Yam. Terutamanya untuk 24 orang staff yg terlibat dalam 1st batch kursus ni, pihak konsultan Cikgu Mahadi dan Kak Liza yg sporting habis, Cikgu Jinggo di atas komitmen dan perkongsian ilmu hutan, Ateh dgn perkongsian NLP, LUA dll, En. Fazrul dan semua staff Riverstone Eco Resort :)


Friday, November 30, 2012

Gender Intelligence (2)

As requested by Ummi RAN & Akak...

So sorry, sayep tak bape pandai nak menulis, tak bape pandai nk explain, dan tak bape pandai nak menghuraikan. Tapi ini la seadanya yg dapat saye kongsi kan.. Erm, nampaknye topik ni betul2 menarik perhatian ye. Hihi.

Lelaki ~Monotrek~

  1. minat benda / alatan (selain manusia)
  2. mono-tracking : fokus 1 kerja dalam 1 masa [so, jgn bg lelaki arahan kerja yg bnyk dalam 1 masa. biarkan dia selesaikan 1 keje, then br bg arahan keje yg lain]
  3. matanya melihat kaedah kanta zoom (jauh dan kecil sudut)
  4. matanya kurang sel terima warna [sbb tu kengkadang x pandai nk mix+match kn baju]
  5. telinga dengar guna 1 otak (fokus 1 bunyi)
  6. nk selesai semua mslh dgn cepat
  7. cepat lupa
  8. selesai masalah dengan ubah faktor luaran diri
  9. berfikiran sendirian
  10. bila stress, selesai sendiri mendiamkn masalah
  11. memburu (aktiviti menguasai sesuatu) boleh hilangkn stress
  12. pegi shopping secara objektif (terus ke kedai, beli, balik)
  13. dh dapat barang, seronok 2-3 minit slps membeli
  14. mudah tido
  15. komunikasi terus & bpegang kpd perkataan [straight to the point, tak cakap berkias2] 
  16. anytime asal datang moodnye [seks]     

Perempuan ~Multitask~

  1. minat manusia
  2. buat banyak kerja dlm 1 masa [sambil masak bleh basuh baju, etc]
  3. mata guna wide angle (luas sudut dan dekat)
  4. mata seperti HD TV (bnyk guna sel warna)
  5. telinga guna kedua2 otak, boleh dgr mcm2 
  6. nk kongsi semua mslh dulu then br selesai
  7. kuat ingatan yg bkaitan emosi & perasaan
  8. selesai mslh dgn ubah faktor dalaman diri
  9. bfikir secara berpasangan atau bertiga
  10. bila stress nk luah pd org tsayang
  11. shopping bleh hilangkn stress
  12. pegi shopping secara subjektif (enjoy jln2 tgk brg)
  13. dh dpt barang dibeli, seronok sampai 2-3 bulan
  14. susah nk tido, ade je perkara yg difikirkan
  15. komunikasi berbunga bahasa, menjaga hati, melihat non-verbal
  16. keinginan seks mengikut jadual & mood dalaman dan luara        

Beza Lelaki & Perempuan di Tempat Kerja / Luar Rumah

Lelaki akan fikir tentang : 
  1. wawasan
  2. misi
  3. objektif
  4. strategi
  5. kualiti
  6. pelanggan
  7. perancangan
  8. penilaian
  9. kejayaan
  10. sukan
  11. sosial
  12. politik
Huraian : Lelaki akan fokus dgn ape yg dia tgh buat masa dia kat luar rumah. Thats why korang takpayah pelik bila dia kat luar / tgh keje, dia takkan call takkan sms (kecuali utk hal tertentu). Kengkadang ade sesetengah isteri yg bengang bila suami tak call atau sms. Then, mula la nk buat spekulasi yg bukan2. Hentikan. Memang itu sifat lelaki. So, buang jela prasangka bukan2 tu okay.

Perempuan akan fikir tentang :
  1. kerja pejabat
  2. kawan-kawan
  3. bos
  4. anak
  5. suami
  6. masak
  7. baju
  8. kucing
  9. make up
  10. hiasan dalaman
  11. sampah
  12. bil
  13. ikan
  14. dapur
  15. bla bla blaa, etc
Huraian : Macam yg dh diterangkn kt atas td, perempuan kt multitask. So, walaupun dia kat opis atau kat luar, dia tetap akan fikir macam2 perkara, macam2 benda. Sbb tu walau sesibuk mane pon, seorang wife ni mesti akan call suami, call maid nk tanya keadaan anak. Itu la sifat perempuan kan.. Selalu ade perasaan empati. 


Beza Lelaki & Perempuan di RUMAH

Untuk aktifkan minda lelaki di rumah ialah dengan menyatakan dia diperlukan (appreciate him), dan beri dia MAKAN dan MAIN... kemudian baru minta tolong sebelum dia TIDUR.

Ape yg perempuan fikir bila di rumah? Still..
  1. kerja pejabat
  2. kawan-kawan
  3. bos
  4. anak
  5. suami
  6. masak
  7. baju
  8. kucing
  9. make up
  10. hiasan dalaman
  11. sampah
  12. bil
  13. ikan
  14. dapur
  15. bla bla blaa, etc

Berdasarkan ape yg dah dikongsikan kt atas, so kene la amik maklum yang cara untuk korang mendidik anak lelaki dan perempuan adalah tersangat sangat beza. Jangan samakan cara korang didik anak lelaki dengan cara korang didik anak perempuan nanti sebab sifat mereka berbeza.. Okay?



Gender Intelligence

Assalamualaikum, hi everyones!

Nak ceghita ni yg semalam (29/11/2012) kite join Seminar anjuran opis kite, ala ala seminar untuk staff la kan.. Mule mule pikir macam bohsan je (negatif sungguh) tapi takku duga sangkaan kite meleset dan melecet semata mata.

Nak tau sebab ape, sebab time mukadimahnyee jer penceramah tu dah start buat kelakarrr. Dia sampaikan mukadimah +- 1 jam tau takkk. Pastu baru terus masuk kt isi program tuuu.

Kalo kome nak tau, seminar tu tentang memahami perbezaan laki dan pompannn. Penceramah yang dijemputt datang dariiiiiiiiiiiiii jauuuuuh tau, nun Jitra Kedah sanee. Bapak jauhh. Kitorg panggil dia Pak Utih aje.. Umur da 58 yrs tapi nampak macam 40an giteww. Hehe

So far, selama 1 hari tu banyakkk dan terrrlalu banyak sebenarnye input yg kite dapat. Benda tu semua kita dah alami dalam kehidupan seharian kitaa. Kita dah hadapi perangai orang laki tu, tapi sebab kita takde ilmu tentang tu, tu yg terjadinya pertikaian, tak puas hati, stress. Tapi yg sebenar benarnyee bile Pak Utih kupas satu persatu baru lah kite sedar yg sebenarnye perangai laki tu mmg sifat die begitu.

Itu yang bile dengar Pak Utih cakap terus memasing akan terdetik kat hati "oh, patutla camtu", "oh, patutla perangai die cenggini", "oh", "eh, aah betulla", dan bla bla bla.. Kt situ gak la baru kita tau dan sedar yg sebenarnya pendekatan yg kite kene guna dalam didikan dan layanan kepada anak laki dengan anak pompan tu adelah berbeza sama sekali okayy. Thats why la, jgn nk didik anak hantam kormo jeee. Kene gune cara yg berbeza sbb anak laki sifat die lain, anak pompan pon sifat die lain. Heee.

Terlalu banyak bende nak share tapi apakan daye masa mencemburui kita. Hahaha. Nk sambung buat kerja, kome layan la gamba yer.

Amik gamba ni dari FB Pak Utih, cube cari sayee. Jumpe takk?

 

Thursday, November 1, 2012

Korban ILDAS

norliyanapauji.blogspot

 Terkejut ler teww. Bukak2 tetengok ade gamba lembu kan. Hehe
Tu lembu yang telah selamat dikorbankn time Program Korban ILDAS pada hari Isnin,
29 Oktober 2012 haritu..

Lembu tu ganas, time nk sembelih terkencing2, dok nk libas orang, dok nk kejar orang.. 
Haha gerun weii.

Alhamdulillah, setakat 4 tahun ++ kat ILDAS ni, tetiap tahun mesti ade majlis korban dibuat.
Well, seperti tahun2 sebelum ni, korban ni dibuat kt ILDAS,
segala urusan lapah melapah, pembahagian & masak2 dibuat secara beramai2, gotong royong.

Ape yg penting, KERJASAMA!


norliyanapauji.blogspot

 Kalau nk diikutkan, tahun ni aku ditugaskan untuk tugas pembahagian daging2.
tapi, disebabkan ramai yang tak datang, cuti dan sebagainya,
so aku pon menawarkan diri untuk tolong kengkawan yg ditugaskan kt bahagian 
potong2 dan timbang daging utk diagihkan.. hehe

norliyanapauji.blogspot

 Macam2 aksi dan ragam dengan kengkawan ni,
tapi yang paling over nye mulut asek la nk potpetpotpet tak bhenti henti.
Sokmo ngomel daging tu banyak lemak
Jenuh nk buang lemak pasaiii pisau yang dibawak tumpul semedang.

norliyanapauji.blogspot

Yang aku pulak, bile time orang sebok potong daging,
aku dok layan SMS kat henpon. Hehe
Alang2 pegang henpon, tu yg dapat snap gamba seketul dua..
 
norliyanapauji.blogspot

Abis je keje, selesai je pengagihan.. kitorg balik ke opis.. rehatkan badan yg bau lembu tu..
huh, penat rupenye mengerjakan sekoq lembu. 
Tahun ni, kami serahkan tulang temulang tu kat caterer Anjung Selera,
Depa dok pakat masak tulang tu buat sup, pastu caterer2 tu sponsor gak nasik n lauk2 lain.

Best sesangat... 2 mangkuk gak sup tulang aku tibaiii. fuhh, terangkat sungguh.
Lepas makan jer, tersadai la aku kekenyangan. Hehe.

 

Friday, October 12, 2012

Seminar Rahsia Keajaiban Otak Manusia

Harini seharian berseminar... Tak jauh, kt ILDAS je.. Utk staff.. Kitorg panggil seminar otak otak hehek.
Bile da masuk dewan, baru terdetik kt hati.. Oh, best gak seminar ni.. Positif positif. Penceramah pon best. Banyak pengisian yg ada..
Bos aku suh kami manfaat prog ni.. Bayaran nk baya mahal tauu. Hiks. Tp okay la.. Berbaloi.. Siap dapat beg handouts n VCD harga RM20 setiap sorang.
Nk hilangkn ngantuk ptg2, penceramah suh kami jwb 160 soalan dlm masa 30 minit. Nk kenalpasti ape potensi diri..
Alhamdulillah, keje kt tmpt ilmu, mcm2 manfaat kita dapat.. Nnti bleh share dgn orang lain pulak..


Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...