Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Octoberians

Ramai sungguh keluarga, kenalan dan saudara mara yang celebrate birthday pada Bulan Oktober. 
Hehe Oktober kan best. Kt notification facebook, setiap hari pasti ade 2-8 orang yang celebrate
on the same date pd bulan Oktober..

Dalam famili aku sendiri, aku - akak - kak yong - haziq - abg khir - aisya
born on October.. Best kan. 
Tu belom campur pakcik makcik sepupu sepapat anak sedara atok nenek
 dan sesape lagi dlm kerabat aku hehe.

Dalam kehidupan aku seharian bersama kengkawan @ kakak kakak yg perangai the boom
pon, aku masih dikelilingi dengan majoriti yg lahir pd bulan 10..
Tau tak ape istimewa bulan 10 ni? heheh

kak ina's - kak fara's - me - kak mas's BIRTHDAY CAKES

Kesimpulan untuk entry ni,
bulan 10 adalah bulan makan kek.
Sekian, tenkiu :)




p/s : ayat2 dalam entry ni agak cacamarba & tongganglanggang tatabahasa nye. sorry.
now, masih di opis. kerja lagi till Sunday. Ok, 14 hari kerja tanpa cuti.
Oh yeahh..

  

Monday, October 22, 2012

Suprise 2

Harini da 22hb Oktober.. Hari Isnin, biasela Monday blues.. Pegi keje macam biase, takde perasaan pape. Sesampai kt ofis ade la 2 3 orang kawan yg wish "Happy Birthday"..
Again, tenkiu so much :)

Pegi Halaqah, tetengok harini macam ramai yang takde. 
Kak Ina xde, Kak Rohaiza xde, Kak Zura busy jaga kursus.

Sesudah Halaqah, terus masuk opis. Leka leka dengan hal duniawi. MasyaAllah. 
Jeling kt jam, da kul 10. Ok, lapar. Perut da gendang gendang. Cacing da mengamuk. Dangg!
Kak Tini masuk library, baca buku. Aku tegur. "kak, tak lapar ke? dh mkn?"
Kak Tini jawab "jap lagi br p makan".

Alamak. takde geng lain da nak ajak makan.
 "nak ajak sape lagi ni?" aku monolog sendiri dalam hati. 
Haish.

Then, Kak Tini dtg kat kaunter. Ajak bsembang. Bla bla bla. 
Sembang sembang pasal nk Herbalife. monolog lagi "da kurus pon sibuk nk kurus lagi, aku yg mcm ni je xde motivasi nk kurus". 

Tetiba.

Kak Zura, Kak Rohaiza, Kak Fara, Kak Mas, Kak Ina 
datang masuk library..
Bawak sebiji kek.

Panggg!

Another suprise for me..
Terharu pulak..




Oh, memasing da berpakat.

Lepas tiup lilin, dorang ajak makan kt kantin. Good. 
Aku mmg laparr.

Sesampai kat kantin, dorang sesebok menghidang..


Banyak nye makanan!!
Tengkiu again. Sebab susah payah untuk semua ni..
Ade pulut + rendang ayam + sambal udang + ikan masin + 
keropok ikan + dadih + pelam & kuah rojak + nuggets + air laici

Dah kenyang makan, dapat hadiah pulok dari Kak Ina

bear pink yang somel & brooch. Tenkiu kak Ina syg

Specially to :
Kak Sieha, Kak Zura, Kak Rohaiza,
Kak Yanti, Kak Fara, Kak Nadia, Kak Mas,
Kak Ina & Kak Tini

Tenkiu so much untuk semua,
tenkiu for celebrating my besday..
Saya sayang kakak kakakku semua.



p/s :

Ya Allah,
Engkau titipkanlah dalam hati kami
Sifat saling hormat-menghormati
Saling sayang-menyayangi
Saling kasih-mengasihi
Agar ikatan ukhwahfillah ini
Tidak akan terlerai
Biarkan ianya tersimpul.. 
 

SUPRISE

Entry bebel :


20.10.2012 - Sabtu - 06.30 pagi

Dh bangun awal pagi, walaupun badan penat letih lesu akibat seminggu kerja non stop sampai jam 11.00 malam, tapi tetap kugagahkan kugigihkan jua demi menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan (tetibe ayat skema)

Tindakan pertama yg aku buat selepas bsiap, aku terus start kete (eh, aku da ade kete ye?) menuju ke rumah Ketua Belia GB4B (apakah?), Kak Siti Rumziah.. Tapi aku selesa dan senang panggil die Kak Rum. Heheh

Aku memandu laju 140km/h (ok, tipu je) terus ke destinasi kami : Pasar Awam Sungai Besar.
Tanpa jeans dan mekap, aku cume bertracksuit dan tshirt sempoi sebab nk masuk pasar knnn. kitorg membelibelah dan window shopping sket. Hasil rembatan kami ialah 8kg Ikan Cencaru, 10kg kerang, sebiji labu, timun, sengkuang. Kemudian, aku menuju ke kedai ala ala kedai borong untuk memborong kentang, hotdog, sos, pinggan pakai buang, polisterin, tisu, sudu, dan banyak lagi lahhh. aku lupa, ok sorry.

Sempat jugak aku ke kedai abah, untuk tapau nasik lemak dan barang karipap 3 4 5 ketul. hehe. then terus pula ke tempat memproses ayam untuk amik ayam sebanyak 10 ekorr
 yang dah disembelih dan dipotong potong . 

dapat tak bayangkan ape ke rupa kereta aku time tu?

Sesampai di rumah Kak Rum, die terus bergegas untuk pergi ke program bagi bantuan kerusi roda bg yg memerlukan. tekontang kanting tinggal aku, mak KRum dan KNoreen.

Mulalah operasi basuh ayam, siang ikan dan kerang.

Siap semua keje, aku amik KRum dan bawak bersama ayam tadi untuk dihntar diperap ke Parit 3 Sungai Besar. Penat oii, tak tipu. Tak habis takat tu, terus ke pekan Sg Besar, sambung membeli belah. Haish, selagi tak mula program mesti ade jerrrr barang tak cukupp..

Well, mesti ade yg tertanya tanya nape aku busy gitu kan. hehe
jam 03.00 ptg aku n krum ke Bilik Gerakan Dato' Dzul pulak. Sure2 aku tak sempat mandi. Meeting dgn Dato' bleh plak aku dtg dgn bau ayam n ikan. Kau Hado?

Haha. Abis meeting aku ke Sg Besa dgn Aqi n KSuzy. Nk amik ayam, nk amik ayam.
Dh amik ayam, ke Sg. Beso la kiteee. Adoi letih Sg Beso tgk aku asek dtg 2 3 4 kali.
Otw tu, abah call. Suruh cepat cepat balik. Nk tau nape? Nanti kan entry akan datang. Haha

Nak dipendekkan cerita, kitorg meletihkan badan dan otak ni
semata-mata untuk menjayakan mandat yang dh diberi oleh Pejabat Belia & Sukan
untuk merealisasikan Program Mesra Santai Belia
Anjuran Gerakan Belia 4B (GB4B) Cawangan Kampung Batu 38.
Disebabkan untuk perlantikan sehingga tahun 2015 ni, aku dah dilantik sebagai Setiausaha.
Kelakar kan?

Program tu mensasarkan seramai 100 org belia, tapi kami jemput gak orang orang tua, orang berpengaruh, wakil rakyat dan masyarakat setempat.

Selain daripada BBQ, kami gak pasang Screen besauuuu untuk Final Bola Sepak Msia
ATM lwn Kelantan malam tu kan. So sedikit sebanyak jadikan tu sebagai tarikan untuk dorang hadir.. Alhamdulillah sambutan agak memberangsangkan. Ditambah tambah dengan cabutan bertuah dan pertandingan teka bijik labu..

Usai abis je program waktu tu.. AJK AJK kene la tinggal untuk berkemas mane mane yg patut. Kutip sampah angkat meja dll..
Tgh syok dan khusyuk aku berkemas tu, aku dengarr suara sumbang eheh gurau jerrr.. 
Suara suara abg deejay + yang lain lain
Nyanyi lagu Happy Birthday, dan aku nampak cahaya lilin dari kek yang dipegang oleh KRum

Rerupenye KRum, Aqi n Tunang KRum skali terlibat dan bersekongkol untuk suprise aku.

Terharuuuuu sangat tau.

Ape pon, to KRum, my lovely couzy Aqi & AJK yang lain..
Tengsomuch for celebrating n suprising me..








p/s : aku tau ramai yg tak baca habis entry ni, kn aku da pesan ini entry bebel. haha

 

21st October turns to 24 years old :)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Syukur Ya Allah ; Terima Kasih Allah
atas ruang dan peluang untuk aku terus bernafas atas muka bumi ini..
Untuk peluang dan baki sisa hidup yang ada ni, 
diharapkan aku masih diberi kesempatan dalam misi menjadi hamba yg solehah ; 
yg sentiasa taat pada Agama dan perintah NYA...
Semoga perjalanan umur yang ada ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati.


Dikesempatan dan ruang yang ada ini jugak aku nk merakamkan
Jutaan TERIMA KASIH, SYUKRAN, THANK YOU
atas semua doa dan ucapan daripada
Abang, Kakak, Pakcik, Makcik, Sepupu, Anak Saudara, Seluruh Kaum Keluarga 
yg jauh mahupun dekat, rapat mahupun renggang ;
Kakak Angkat, Abg Angkat, Adik Angkat, Pakwe Angkat (eh, haha!)
Sahabat, Rakan, Teman2 di ILDAS, JAIS, PAID, ex-schoolmates sekelas, 
junior mahupun senior, ex-tempat keje lama, dan sesiapa sahaja yang bergelar
 sahabat, rakan, teman mahupun kawan.. yang mungkin kita mengenali secara tak sengaja, ataupun sekadar mengenali di alam maya (Facebook, Blogger, etc),
 atau sekadar mengenali melalui pertemuan sekali dua dan 
mungkin juga tidak pernah bertegur sapa..


Melalui ape jua medium penyampaian,
Face to Face, Call, SMS, Private Message dan di Wall Facebook,
Line, Whatsapp, Blog, email dan lain2.. 


Tiada penghargaan lebih berharga selain dari ungkapan
TERIMA KASIH, SYUKRAN, THANK YOU
yang hanya mampu diucapkan atas semua 
doa kesejahteraan, kesihatan, kejayaan, kebahagiaan dll..
Semoga Allah akan terus memberi taufik dan hidayah kepada kita semua 
sebagai hamba di muka bumi ini..


Wassalam.





p/s : sorry kalau ade yang terlupa mention / tertinggal.

Tuesday, May 1, 2012

Birthday Party..

Ahaaaaa, tiade nk party sgt la sebenarnye.. Sebab party sebenar di buat pada malam hari. Haruslah ade kek bagai, siap BBQ lagi kauu. Kelas!

Btw, kitorg dijemput oleh Officemate, Kak Tini untuk datang memeriahkn birthday party anak die malam tu.. Tapi disebabkan kitorg ala alaa anak dareee sunti takbleh kelua malam kan, so kitorg request nak datang petang lepas ofice hour.

Tapi really so sad lah sebab tak semua dapat join.. Memasing cuti.. Sungguh tak puas hati hokayyy. Kak Zura cuti pegi KLIBF ; Kak Farah sakit perut mata ; Kak Ina taktau la cuti kenape kan ; Kak Nadia pule cuti emergency p tgk mak die kt Hospital Klang.

Well tak kesahlah kannn....

Birthday Boy Aqil Rifqi si becok with Ibu dia, Kak Tini




Laksa time.. 

Tetamu lain ; adik2 manis yg buat LI di ILDAS


Monday, October 24, 2011

hadiah

belom habis lagi
cerita berkisar kn
mase aku keje - jadi urusetia Seminar
kat Masjid Negeri haritu
tyme tu ade la akak ni ngan husben die
bukak meja jual buku
so, aku tetengok laaa
kotkot ade buku yang aku
berkenan di hati
aku ni bleh la dikatekan
minat membaca gak
tapi nk laju, bace novel..
sehari pon leh khatam!
name pon Librarian kan
so memang sesuai la
hobby tu dengan aku
poyo lak
tapi ahkak n husben die tu
cume jual bebuku ilmiah sahaja
tade novel novel okay
and aku tertarik dengan satu buku ni
berbelah bagi nk beli ke tak
tapi, bile aku positif pd diri,
mane tau ade gunenye buku ni
pada aku 1 hari nanti kan
lgpun, tak rugi langsung
kalo kite kelua kan duit utk beli buku..
lagipun aku anggap,
buku ni sebagai hadiah harijadi
untuk diri aku sendirik
nak tau buku ape yg aku beli?
kalo korang tgk,
mesti korang kate
aku poyo..
aku tak poyo,
cume gedik sikit..


  
 






Sunday, October 9, 2011

hadiah

saye da dapat
birthday present
in advance...
nk tau ape die?
nk tau sape yg bagi?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




apakah?
itu dieeee..
eyeshadowww 120 kaler youu
 gojes gojes..



thankyu so much
sepupuku..
atas perkongsian rezeki :)


Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...