Showing posts with label cuti meysia. Show all posts
Showing posts with label cuti meysia. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

01.01.2013

 01.01.2013

Wah wahhh.. Mentang mentang balik rumah kul 4.00 pagiiii dari Dataran Shah Alam. Dah tu, jam 08.00 pagi baru hegeh hegeh nak bangun. Syok layan tido padahaiiii ade misi nak disettlekan haritu...

Alhamdulillah, a good start for 2013 InshaAllah.. Harini kami, Gerakan Belia 4B & KRT Cawangan Batu 38 ade buat Program Khidmat Masyarakat Gotong Royong di rumah Nenek Esah, salah seorang penduduk kampung kat sini.. 

Jam 09.00 pagi kami gerak ke rumah nenek tu. Bersihkan halaman rumah.. Masing-masing amik peranan dan tugas sendiri. Ade yg potong rumput, kumpulkan sampah, buang dan sisih mane yang tak diperlukan..

Alhamdulillah, kami diberi kekuatan untuk buat semua ni. Dan bile semua dah selesai, pada jam 11.00 pagi kami buat sedikit tahlil ringkas. Makanan Nasi Ambeng dan siap ditempah. Air tebu pulak ade yg bermurah hati nk derma.. Bubur Sum Sum pun dah siap dipacking.

Seterusnya, kami agihkan Nasi Ambeng + Air Tebu + Bubur Sum Sum kepada yg hadir, dan bakinya kami hantar ke rumah yang lain. Mungkin tak dapat nak hantar kepada semua penduduk kampung, tapi itulah semampunya yg kami dapat bagi.

Terimakasih kepada yang dah bagi peruntukan untuk kami laksanakan program ni, terimakasih kepada yang dah sumbang masa dan tenaga untuk sama-sama turun padang membantu merealisasikan program ni. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas segala jasa kalian semua. InshaAllah, Aamiin...



Tahun Baru 2013M

Assalamualaikum.. Sorry mungkin sedikit terlewat utk wish Happy New Year 2013. Tapi takpelah kan.. Time flies so fast, takde pape yg menarik pun. Cume bila berganti tahun ni, makin singkatlah masa kita. So, jom grab baki masa yg sedikit ni untuk kita buat dan menjadi lebih baik.

Dah berapa lama hidup ni pun, rasenye belum pernah nak celebrate.. or else nak countdown tahun baru.. Tak pernah teringin nak keluar tunggu bunga api pada jam 12.01 pagi. Tak pernah teringin dan tak pernah kesah.

Cume, tahun ni mungkin berbeza. Bukan sebab nak countdown dgn bunga api, tapi sebab nak isi waktu tu dengan mungkin aktiviti yg lebih dan ade manfaatnya, InshaAllah.. Beberapa orang pelajar muallaf yg belajar kt ILDAS, pelawa dan offer untuk join Program Ambang 13 di Dataran Shah Alam. Sgt teruja nk join. Lebih2 lg bile "dia" dan mereka beria2 ajak.. Tapi bukanlah niat pergi tu sebab mereka, tapi niat tu sbb excited nk dengar pengisian program tu..


So, pada jam 11.30 pagi 31 Disember 2012 (Isnin), bas bergerak dari ILDAS. Staff ILDAS yang pi cuma Abg Zairee (staff yg btanggungjwb dgn Pljr Muallaf / PSDK), Bob, Aku, Kak Ina & 2 orang pemandu (Wak Jumali & Wak Cak Om)..

Jam 04.00 ptg kami  sampai kat Masjid Negeri.. Jalan2 cuci mata. Terjebak Kak Ina beli sepasang jubah. Time kat Masjid Negeri tu jumpa dan selisih dgn ramaiiiii sgt muslimah berjubah, berniqab.. Subhanallah. Cantik sangat sangat. Rase tenang pandang dorg.. Rase diri ni kerdil dan hina sangat. Ya Allah, aku belum cukup sempurna, tak cukup sempurna tutup aurat. Dalam hati, aku merintih dan berdoa semoga Allah beri aku hidayah dan kekuatan untuk berniqab suatu hari nanti, utk jadi mcm mereka.. InshaAllah.

Lepas solat Maghrib di Masjid Negeri, kitorg bergerak ke Dataran Shah Alam. Time tu orang tak ramai lagik.. Pastu, kitorg pi makan kt gerai2 jualan tu... Pas je makan tengok padang tu dah penuh. Fuiiyohhh, takjub seketika. Hehe. Penuh dengan ribuan ratusan manusia kot. Dah tak nampak jalan sebab dah penuh dengan orang. 

Agaknye salah 1 tarikan nye sebab kdtgn Ust. Azhar Idrus. Yelah, UAI kan dh jadi penceramah bebas no 1 malaysia. Hebat hebat kan. Rase seronok bile dapat dengar UAI secara live, bukan di TV or YouTube. Wahh, teruja okeng.

Tapi apakan daya, kaki mata dan badan tak berdaya nak tunggu sampai abis.. So, we decide untuk gerak awal ke masjid. Takut nk menghadapi ribuan ratusan manusia bersesak sesak time dah habis program tu nanti. So, cabutttt awal pi naik bas. Hehee..

Dekat kul 2 am gak kot baru gerak dari Shah Alam tu.. Time tu badan dah letih, mata dah penat tapi cume keadaan tak bape selesa nak tido dengan nyenyak. Sakit pinggang oii naik bas.
Jam 4 am sampai kat depan rumah kak Mas.. Tempat aku dengan Kak Ina tumpang park kereta.. 1st time tau drive kete sensorang jam 4 am. Tak gilee ke. Pecut gak nak cepat cepat sampai rumah. Dah tak pikir nak mandi dah.. Cume nampak katil jeee. 

Ape pun, pengalaman yg menarik.. Walaupun penat tapi Alhamdulillah satu pengisian yg menarik untuk malam tahun baru kalini.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. 

Thursday, November 15, 2012

Maal Hijrah


" Orang yang berhijrah ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah 
oleh Allah untuk melakukannya "








p/s : Jom sama sama berubah menjadi yang lebih baik.. InsyaALLAH, Aamiin...


Wednesday, July 25, 2012

KUL - PADANG ; Part 3

Lagi gambar. Random.

































KUL - PADANG ; Part 2

Banyak tempat yang Pak Feri bawak kami sebenarnye, tapi ni jela sebahagian gambar yang dapat di snap. Alkisah aku malas nk pegang Tab bebesau, pegang kamera Ngah jela pong. Bile bateri abis, melongo jelar.. Gambar2 yang ade ni, time ni kami dah kt Bukit Tinggi.. Kt Padang tu cume transit sekejap je mase kt airport tu :)

Istano Bosa Pagaruyung

lyly's
bekpes kt Hotel kartini..


Murtabak Mesir ; sorang sepinggan :)





Jam Gadang (ala ala Menara Condong Teluk Intan giteww)



KUL - PADANG ; Part 1

Hahah, sian kan.. Bukan takat basi dah ni, tapi dah tumbuh cendawan segala bagai. Pengotoq! Sorrylahh.. Malas malas boleee, rase mau delete je blog ni haha. 

Ni gambar gambar trip ke Padang, Indonesia on 09-12 June 2012 yg lalu.. Aku pegi dengan Ngah's sekeluarga.. Best best. Speechless!









Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...