Friday, March 4, 2011

Diet mengikut Jenis Darah

   

  
kome kome tau x jenis darah kome? jgn jadi mcm aku ye, thn lepas baru kabut kabut nk check jenis darah..so, pade sape2 yg masih lom tau jenis darah kome tu, better g klinik berhampiran anda untuk check jenis darah.. then barulah boleh kenalpasti and ikot diet yg sesuai dgn jenis darah kome.. ceh, aku mcm nk bg ceramah kesihatan pulak.. ade kene mengena ke librarian dgn pegawai kesihatan? okay ni xde kene mengena dgn yg telah meninggal dunia atau masih hidup.. aku cume nak kaitkan mende ni dgn diri aku sendiri (tolong jgn ckp aku selfish ye)..

JENIS DARAH AKU : A

ade ke sesape yg same jenis darah ngan aku? kalo ade, aku nk nyanyi "kita serupa, kita serupa, lalalalalaaa...". okay dah dah cukup nk merepek.. so, di sini aku bgtau ye diet yg sesuai utk jenis darah seperti aku :

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, 
   namun rendah lemak
• Mengurangkan stress dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba 


korang tgk, korang bace.. ha ni yg x puas hati.. yg aku x suke makan tu la yg kene banyak mkn.. haaa, cmne nk telah sayur, nk kene jd vegetarian ye? wallaweyy, kalo minum soya tu suke laaaa.. ha, tang "sistem pencernaan yg sensitif" tu aku sgt setuju okay..mmg tepat sekali.. so kesimpulannya? entah, no komen!!! (mood : bengang)


untuk diet jenis kumpulan darah B, AB dan O
sile rujuk di sini


4 c0mplaints:

wida said...

darah akak jenis aper?sama tak?

Unknown said...

@wida
entah x tau la same ke x.. lor kak pon x tau jarah jenis ape ke?

wida said...

tau..lupa.nanti cek balik kat buku beranak:P

Unknown said...

@wida
kt buku beranak ade ke? awat sayep xtau

Post a Comment

A big thanks sudi singgah and tinggalkan komen. Korang memang cool lah !

Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...