Thursday, December 27, 2012

saye suke CARA awak

Hi hi everyones :)

Mek tak kesah bile ade orang tanye, 

"eh, kau dengan die bercinta eh?"

Dan aku mesti akan jawab,

"taklah, kami kawan jer.. tak declare couple pon"

Mek tak kesah bile seseorang tu dengan pendirian dia,

"aku dengan die kawan je, so die tak bleh nk kongkong or tentukan ape yg aku bleh dan tak bleh buat"

Itu contoh okay.

Ok, aku nak bersangka baik dan aku nak positif. Aku taknak fikir die kongkong. Bagi aku, kongkong is bila dia tak bagi aku kelua pi Teluk Batik dengan mak mak orang kat ofis. Itu is kongkong kan.

Tapi bila dia cakap,

"Awak kalau keluar tu jaga diri dan jaga aurat ye"

Itu korang nak klasifikasikan sebagai apa? 

Bagi aku, aku akan klasifikasikan sebagai "menjaga". Yeah, bukan kongkong okay. Wei, seseorang tegur kau pada perkara yang baik, takkan korang tak suka kan? Kalau korang buat, korang dapat pahala. Begitula kekdahnye.

Baiklah, aku pun tak warak. Aku pon belum cukup pandai, belum cukup baik. Tapi, honestly.. Aku sedang dan akan cuba nak jadi lebih baik.

Kengkadang, orang yg terdekat di sekeliling kita especially macam family kita pun belum tentu mampu nak tegur dan bimbing kita. Kan? Ok, kite tak bleh nak salahkan dorang. So, dengan itu kite sendiri cariklah inisiatif sendirik untuk berubah. Betul tak?

Makanya, aku sangatlah bertuah sangatlah bersyukur bile ada orang yg macam bleh bimbing aku ke jalan yg benar dan diredhai. Echeeeewahhh.

Jadi, aku sangat suka cara kamu dong! Dan aku suka kamu deng deng dong deng! Eh?





Apepun, terima kasih. Gembira dapat saling berkongsi, saling menegur dan saling membimbing :)




p/s : Maaf kalau entry ini poyo..
 

ke PEGHAK kite :)

Hari Isnin, 24hb Disember haritu kami sepakat apply cuti. Kengkonon nak menjongket menghilangkan stress sesama. Heheh. Plan asal ajak semua ahli potluck join, tapi disebabkan beberapa hal lain, makanya yang dapat join hanyalah Aku, Kak Zura, Kak Mas, Kak Nadia & Kak Ina.. 

Dan kesepakatan yang dicapai, Kak Zura, Kak Mas and Kak Nadia memasing nk feeling lone ranger, nk feeling anak dareeee macam aii la tewww. Hiks. Memasing meninggalkan suami dan anak-anak hehe. Kecuali Kak Ina, die awal awal da habaq nak bawak hubby & anak-anak. Pasainya dia terus gerak dari Manjung, rumah mak mentuhak die. Hehe.

So atas sebab tu, kitorg tong tong duit minyak kete Kak Zura, pasai kete die paling besar dan paling kukuh. Heee nak bawak Vivas takut ade yg duduk kat bumbung pulak. Hee. Kami sepakat nak buat ala ala potluck, sorang sikit bawak makanan lauk pauk. Walaupun tetibe ade orang tertinggal telur dadar kat rumah. Cheh.

Destinasi menghilangkan stress yang pertama ialah di Pantai Teluk Batik. Kami sampai jam 10 pagi.. Orang tak bape nak ramai. Masih tenang dan lapang jugak. Takpayah jalan nak selisih bahu, sangat selesa. Hehe, aktiviti sebelum mandi ialah MAKAN. Yess, i like..





Makanan sangat banyak, rase penuh isi perut. Hehe. Kak Ina bawak Mee Goreng, tumis Ikan Bilis, Air Oren, Keropok Ikan. Aku bawak nasik dan sambal tempe bilis tu. Kak Zura bawak Spagheti. Kak Mas bawak sardin. Haaa, banyak macam 1 bas nak makan. Lupe pulak, Kak Nadia bawak telur dadar (sepatutnye). Hehe.

Lepas kekenyangan, aku orang pertama basahkan diri. Tu pon pasal nak monitor Icha, anak Kak Ina. Dan kak Zura orang terakhir basahkan diri pasal die tak habis habis mengunyah. Haha





Kak Ina tak mandi pon. Aku stress bile die bagi alasan nak jaga anak die si Zarith. Walhal anak die sedap je tido. Bleh je nak suh mak mentuhak die jagakan. OK, kak Ina bawak mak mentua die. Mak mentua die sporting ikot kami enjoy tanpa merungut dan mak mentua die macam saloma. Sekian, terima kasih. Hehe.

Selesai mandi, makan untuk round kedua. Time tu orang da mula ramai. Fuhh, nasib baikk. Kami pun menuju ke Lumut. Cuci mata, orang sangat lah crowded. Yelah, cuti skolah kan. Masing2 mesti pakat nak ke Pangkor. Tak dapat nak jalan lama sangat, tak dapat nak singgah minum ABC dan makan laksa. Terpaksa abaikan bau laksa yg menggoda sebab ade misi lebih penting. Yiiiiiiiiiiiiiiieha.




Destinasi seterusnya, tempat hilangkan stress dan mengempiskan poket ialah AEON Jusco Manjung. Memang macam batak sebab AEON Manjung baru bukak, parking kete pon free lagik tau. Dan mestilahhhh banyak offer diskaun diskaun hahaha. Niat asal hanya nak ke ELIANTO, nak carik barang Mekap Mekap. Kengkonon dapat tahan napsu, tapi apakan daya mek manusia biasa kan. Syaiton kiri kanan dok hasutt. Tercapai baju Scarlet. Pastu yang nak jadi gila bila kat AEON ade jual tshirt muslimah jenama Zariya. Salu salu beli on9 1 baju harga rm40 - rm70.. Tapi takkusangka sempena baru baru opening ni depa pi jual Zariya, BUY 1 FREE 1. Kau tak gila?

Dekat kul 7 gak baru beredar dari AEON, nak layan Kak Nadia ngidam Mee Szziling.. kami ke Tesco lak pulak. Hehe. Itupun Kak Mas terjebak lagi buang duit kat Tesco. Hehe. Asal asal nak balik petang, jadinye kul 10 malam baru sampai rumah.

Huhu, ape pun sangat enjoy dan seronok. Walaupun penat kaki berjalan tapi rase puas dapat spent time dengan kengkawan yg sekepala dan seporting. Walaupun mereka tu mak mak orang, sikit lagi nak jadi nenek, tapi memang bertuah dan berhuntung dapat kenai depa. 

Kalauuuulah Kak Fara, Kak Rohaiza, Kak Tini, Kak Seha, Kak Yanti dan yg lain-lain dapat join sekali, sure sure meriah Teluk Batik, sure sure gegor AEON Manjung tu.

Haha. Okbaii.

            

Thursday, December 20, 2012

Lauching "PAGE"

Assalamualaikum, salam sejahtera :)

Dengan rendah dirinya, saya menjemput anda semua untuk
"LIKE" page baru ni..


Page dan baby bisnes ni baru sangat diwujudkan,
hasil perbincangan tak rasmi saya dengan Kak Mas..

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat, bole terus PM kami di Page tersebut.
Mari bantu kami, kami akan bantu anda untuk beri harga yang berpatutan dan sesuai 
untuk bajet majlis anda.

Untuk semua kenalan, blogger dan silent reader di blog ni,
jgn lupa Like dan Promote ye :)
Jasa anda amat dihargai...

Kami akan berikan sedikit komisen untuk anda yang dapat bawa pelanggan yg akan
menggunakan khidmat kami.

InsyaAllah, kami dalam usaha untuk improve skill kami. Apepun, itulah seadanya dan sesederhananya. Kami mungkin tak se "pro" make up artist yg lain, tapi kami akan cuba 
buat yg sebaiknya untuk anda :)

Tenkiu, tenkiu, tenkiu :)




#pelik entry ni mcm lain mcm, kan?

Yeay, Kursus!

Hi, everyones! So sorry menyepi sekejap. Tak cukup masa nk update :)

Okay ini cerita hampir nak basi. Hihi, sorry. Nk cite pasal Kursus Kakitangan pada 10-12 Disember 2012 haritu. Asal usulnye, hanya 30 orang nama staff je yg diarah untuk p kursus ni. Yg bakinye akan pegi time bulan Januari 2013 nanti. Dan pada awalnya nama aku tak naik pon untuk pegi time 1st batch ni. Tak aci sungguh. Ala aku kan kekwat. Tak puas hati ah tak dapat pi dengan kengkawan se geng se kepala. Tertinggal nama aku dengan Kak Mas.

Tapi, hasil usaha kami setelah melalui beberapa rintangan onak dan cabaran, berhempas pulas, akhirnya Jumaat (7 Disember 2012) tu kitorg dibenarkan untuk join 1st batch ni. Lagipun ade beberapa orang yg mintak excuse atas sebab sebab yg tak dapat dielakkan. So why not la kan kitorg gantikan tempat mereka yang tak dapat nak pi tu.

Okay, weekend tu aku busy dengan kelas mekap. So, malam Isnin tu baru dapat nak packing baju. Dengar cite banyak aktiviti outdoor so terpaksa tinggalkan baju2 kurung kesayangan aku. Hiks. Penuh dan mampat 1 beg tu. Barang mekap ku tolak ke tepi, baju yg tebal pon ku pandang sepi sebab banyak benor rumours yg aku dengarr. Ok sabar tau.

Lebih kurang jam 08.00 pagi ++ kitorg gerak naik bas sewa dari IPN, sebab bas ILDAS semua pi service. Bas IPN best dan tenang sangat suka dan gembira. Sikit pon tak rasa pening dan mual2. Hehe. 

Hampir2 nak sampai ke tempat nak dituju, aku check segala bagai signal telekomunikasi. Hehe, hampa hati bila line Maxis out. Tskk. Line Celcom naik la 1-2 bar tu pon ibarat hidup segan mati takmau. Ye, hal ni aku dah maklum dari awal lagi..

Kitorg disambut dengan senyuman pihak Konsultan, oleh Cikgu Mahadi dan Kak Liza. Siap serve air limau sejuk sejuk untuk kitorg lagi.

Nak tau, tempat kitorg kursus? 


Riverstone Eco Resort, Ulu Yam. Tempat yg tenang dan damai. Malam2 dengar bunyi binatang, serangga dalam hutan. Walaupun pakai generator yg dimatikan pd jam 12.00 tengah malam, tapi cuaca kat situ dingin n tak rasa panas pong :)

Makanan yg dihidangkan sangat memenuhi citarasa, enak sekali dong! Siap ade nasik ambeng lagi tau. Syoknye makan dalam talam :) Hihihi

Sangat berpuashati dengan penganjuran kursus ni, dengan pemilihan konsultan. Program teratur dan tak memaksa untuk kita rushing. Besh oh. Pengisian program pon menarik. Bak kata Cikgu Mahadi, ape pon kene sentiasa ade 2S dalam diri : Sabar & Syukur. 





Antara pengisian aktiviti : Paintball, Ceramah & Perkongsian, Abseiling, Obstacle, Rakit, Tahlil & Nasi Ambeng, Buffet Durian dll.
  
Ape pong tenkiu so much untuk semua yang telibat dalam perkongsian selama 3h2m di Riverstone Eco Resort, Ulu Yam. Terutamanya untuk 24 orang staff yg terlibat dalam 1st batch kursus ni, pihak konsultan Cikgu Mahadi dan Kak Liza yg sporting habis, Cikgu Jinggo di atas komitmen dan perkongsian ilmu hutan, Ateh dgn perkongsian NLP, LUA dll, En. Fazrul dan semua staff Riverstone Eco Resort :)


Monday, December 17, 2012

Majlis Penutupan Kursus Asas Solekan

Masih lagi pada 09 Disember 2012, Ahad.

Petang itu setelah selesai dan tamat sesi memekap, ade la beberapa orang senior yang datang untuk memeriahkan majlis penutupan kursus tu. Wah, hebat kan. Bagus betul Kak Rumziah yg bersemangat nak adakan majlis penutupan. Yelah, sebagai meraikan peserta dan menghargai tenaga pengajar yang dah berjaya tamatkan 4 sesi kelas tu.

Dan pada ptg tu, diumumkan la peserta terbaik untuk 4 kategori solekan yg kitorang dah belajar.. untuk Solekan Siang : Rozita Ramli, Solekan Malam : Noreen Ramli, Solekan Fotografi : Dee.

Eh, ade tertinggal 1 kategori. Solekan Pengantin kan?


Erk, Alhamdulillah.. Cik Ana bg nama aku untuk solekan pengantin terbaik. Huu. Sungguh tak layak rasenye. Tapi ape pun tetap kene bersyukur kan.. :)


Solekan Fotografi

Ahad 09 Disember 2012

Pd hari kejadian mood tak berape nak hade sebab model saye, Kak Mas tak dapat nak hadir. Hehe, peserta pon ade bape kerat jer. Tulah, agaknye bile dengar mekap fotografi semua macam tak berminat kot.

Sayang sungguh kan. Tak mau grab peluang yg ade ni. Free, makan disediakan, tinggal bawak badan jer. Kan kan. Takpelah walau ape pun aku tetap tingkat semangat walau dalam kepala ni langsung takde idea nak wat tema apa untuk solekan fotografi ni. Ade la aku google beberapa gamba tapi tah macam kurang keyakinan pd diri je, hehe.

Mekap fotografi paling simple dan senang sebab takde ape2 peraturan yg korang kene ikut. Buat lah sesuka hati. Ibarat conteng atas kertas lukisan.

So, untuk haritu aku serahkan muka aku dgn pasrah pada Dee. Haha. Semangat Dee siap bawak bulu mata palsu sendirik lagi. Okay, tengoklahh hasil kt muka aku. Kelakar sungguh.


Bulu mata yang ala ala merak tak bape nak nampak. Ade gamba muka jarak dekat tapi sangat sensored dan takbleh ditayang di sini. Hehe

Untuk belah petang nya, Cik Ana bagi kebebasan samada nak buat mekap fotografi atau nk improve skill mekap pengantin. Yeay, senang hati aku. Haha. Kalini bertukar model la. Aku suruh Kak Ita (kakak kepada schoolmate time skolah, Ain Hamzah) untuk jd model aku. Hiks.

Jom jom terjah ape jadi pd muka kakak tu...




Bersambung...


Solekan Pengantin

Hi Hi Assalamualaikum Salam Mesra dan Salam Sejahtera. Sorry sorry Tuan Punye Blog ni dah lama dah ketinggalan nak update cite baru. Almaklum busy sesaje. Takpo takpo. Banyak bende nak story kat sini.. Kene marathon la gamaknye. Korang baca tau. Hehe

Okay, 08 Disember 2012 (sabtu) haritu aku sambung balik pengajian kelas mekap2 Anjuran Giat Mara tu. Hiks. Mmg teruja habis sebab kali tu nak belajar mekap pengantin. Inilah masanya, inilah permulaannya. Nak nekad nak berazam belajar sungguh2 dan grab ilmu yg Cik Ana bagi sebaiknya. Who know (ceh, speaking lak), 1 hari nanti ade rezeki nak jadi mak andam. Mueheh. Sebagai permulaan semangat dan cita2 aku tu, aku dah pun beli set berus bobbi brown (12pcs). aku beli on9 lagi tu. Mmg semangat habis datang kelas bawak berus sendirik. Hiks

Okay macam biaselah, Cik Ana buat demo sebelum lepaskan kitorg untuk buat sendirik. Utk mekap pengantin kalini lebih tebal dalam penggunaan foundation nye. Selagi masih nampak jerawat, liang2 pori atau parut, selagi tu la kome kene tepek foundation tu. Hiks. Dan yang lainnye dalam solek pengantin ni, kite tambah penggunaan bulu mata. Ha, nk pilih bulu mata pon kene la pilih yang sesuai dgn mata pengantin tu okay.

So untuk belah pagi tu macam biasa lah, Kak Mas yg mekap kan aku. Hee. Aku tadah muka jela. So, hasilnya..


Itu hasil tangan dari Kak Mas, eyeshadow tak bape nak nampak sebab kak mas guna warna gold. So, mekap ni sesuai untuk mekap time nikah. Nampak natural n sweet gitu. Ala, bukan puji diri sendiri yg sweet. Puji mekap okay. Jgn salah paham. haha

Okay untuk belah petang nya, giliran aku bermain dengan berus, bermain dgn warna2 eyeshadow. So nervous macam nak mekap pengantin betul2 padahal Kak Mas dah beranak 3 hahah. Nekad sungguh nak buat betul2. Konon la tapi. Ceh






Amacam? Ade rupe pengantin tak? Heheh. Tolong lah abaikan muke kampung aku tu ye. Haha. Cume aku rase warna lipstik tu soft sangat lah. Agak2 kalau warna merah menyala okay tak? Kehkehkeh.


Ini semua rupa mak andam dan model hehe. Peserta pada hari kejadian sangat luar jangka dan melebihi sasaran. Sebab nye bile dengar mekap pengantin mesti sume orang eksaited kan. 

Okay tunggu update untuk kelas last on Sunday nye ye. Haha

Thursday, December 6, 2012

Ketidakadilan

Hi, Salam Petang!

Emosi tengah terganggu ni, sedang sentap dan sedang emo. So, abaikan kalau entry ni merepek atau tersasar dari topik yg sepatutnya.

Nk tanya ni, pernah tak korang alami keadaan bila orang tak pedulikan korang? ok fine, bile orang berlaku tak adil dengan korang? bias? kepimpinan berat sebelah? mesti akan timbul di benak kite, mesti akan terlintas "eh, knp die bole? knp aku takbleh?"... akan timbul bile benda tu jadi kat kite kan.

okay bukan bcakap soal kawan, bukan nk komplain family members.

Tapi, penah tak hadapi situasi.. kat tempat korang kerja.. bila orang sekeliling /  bos korang buat endah tak endah je dgn korang? penah tak?

Contoh la kan, korang keje jawatan peon kt syarikat korang. tapi org sekeliling / bos korang tak endah kan korang pon. tak kesah la kalo korang buat keje bnyk mane skali pun. tak kesahlah kalo besar mana jasa korang skali pon. usahkan nak endah, ape lagi nak amik tau pasal hati dan perasaan korang.

Sakit hati? kecewa? betul kan.. sampai 1 tahap korang akan rasa korang tak diperlukan. korang still buat kerja macam biasa. tapi sebenarnya orang tak pedulikan korang pon. kiranye takkan jadi apa kalau korang takde. betul tak? mesti stress nak keje dalam keadaan macam tu.

Yg lebih menyakitkan hati bila ape je yang berkenaan dengan korang, mesti akan dipandang sepi. ape2 masalah yg timbul, tindakan penyelesaian yg diambil tak secepat dengan orang orang lain kat situ. sakit hati weh... mmg sakit hati bila korang je yg asyik kene mengalah dalam pape hal pun.. dan lagi sakit hati bila dorang tak carik jalan pon nk selesaikan masalah yg timbul kt tmpt korang tu.

Korang paham tak ni ape yg aku bebelkan?

Bagi aku kan, kalo dah macam tu la korang dilayan, nape tak buang je jawatan yg dorang rase tak perlu tu. mcm contoh kat atas, buang n pindahkan je jawatan peon (contoh) tu. Yelah, daripada korang terus melayan si peon macam ape jer.. baiklah lagi mansuh kan atau pindahkan die.

Korang paham tak ni? Isu ni lebih kepada tentang berat sebelah, tak adil. Benci tau. Macam nak mintak tukar, taknak keje sini dah!




*kisah benar*

 

Tuesday, December 4, 2012

Solekan Malam

Yiiiiiihiii.. Sorry lambat pulak kite update entry pasal program hari Ahad tu..
walaupun kat rumah da ade 3G, bleh on9 atas katill, tapi disebabkan kite penat sesangat sangat so kite sanggup abaikan blog kite ni (pity u!)

 So, hari Ahad 2hb Disember tu, kite pon bangun la awal. Hati ni exciteddddd sangat nk attend kelas haritu. Mule2 hari Sabtu mcm tade mood kan, skang da seghonok pulakkk. Hehe. Time tu macam biase, cik Ana buat demo dulu kt model yg sama sbb semua orang takmo jadi model. Well, semua pon nk belajar kan. Nasib baik ahkak tu volunteer mauu.

Dan seperti biasa gak, belah pagi tu kak Mas la yg mekap muka aku dulu. Kalo idak cik Ana da pesan suruh tukar partner tapi biaselahh kan, weols semua kan degil. Hiks kesian cikgu. Untuk hasil mekap ke atas muka ku pada hari tu...


Solekan malam ni nampak lebih tebal dari solekan siang. Sbb solekan siang haritu nampak macam natural jer kan. Yelah, solekan malam kn untuk p dinner ke, party ke hee. So kenela gunakan warna yg lebih terang dan menonjol. Thats why semua pon nampak tebal. Sampaikan foundation kene tepek 2 layer tauuu. Berat muka aii.

Pada hari kejadian kitorg paling lambaat siap. Semua orang da settle mekap tapi kak Mas tak settle2 mekapkan muke aku. Biase la, macam2 kejadian jadi. Muka aku kn macam kertas lukisan, bile ade je salah kene la padam, kene buat correction heheh.

Macam biase lepas siap semua amik la gamba model sesame. Heee. Meh tengok..


Eh, macam ade ter crop pulak gamba tu. Sorry sorry. Tah ngape leh jd gitu. 
Yg buat "thumbs up" tu la Cik Ana yg mengajar kami..

Tengahari tu pas lunch dapatla rehat sejam. Balik rumah, baring, mandi dan solat..
Pastu kul 2, gerak balik ke dewan. Wa wahh nervous nye sesi petang aku pulak kene mekap kan Kak Mas. Hihih. Apela jadinye nanti kan..

Yg tak sukenye, dewan tu ade kipas jorrr. Berpeluh peluh, menitik peluk pompan aku tauu. Hehehe. Dan, seperti pagi tadi jugak... Petang tu pon aku la orang yg terakhir menyiapkan tugasan. Hahaha. Sian depaorang kene tunggu aku.. Dan hasil kelembapan aku tu, inila diee.


Cik Ana kate aku da ade improvement sket sebab kalini die cume tolong touch up sesikit jer. Berbanding kelas yg memula haritu, macam die je yg banyak buatkan. Alhamdulillah,
tapi aku rase aku solek Kak Mas ni macam ter "over" segalanya. Hehe feeling2 macam tgh mekap pengantin padahal mekap untuk event malam jerr.


Pelik la haih awat gamba semua macam tetibe jadi terrrr crop. Okay, sebelum balik
sempat gak aku amik gamba dengan partner aku untuk kelas 2 hari ni, Kak Mas..
Hope next week dpt jadi partner lagiii....


Terasa macam bergambor dengan artis katenye. Ala ala aku ni macam orang kampung benorr kan. Mane idaknye mak andam alahaiii muke tak berbedakkkk.

Okay lahh, tunggu update untuk kelas akan datang ye..


Saturday, December 1, 2012

Solekan Siang

Akhirnye tamat sesi 1 kursus asas solekan harini..
harini kitorg belajar teknik untuk solekan siang.. best best. cikgu yg ajar tu nama Ana, asal dari Sepintas Sabak Bernam.. Mula2 briefing dan terangkan alat2 yg digunakan.. Then, cik tu panggil sorg model untuk buat demo kepada semua peserta...

Aku partner dengan kak mas.. untuk pagi tu kak mas yg mekap muka aku.. semua pun dgn hasil tunjur ajak cik tu jugak. heee. sebab kitorg ni bukanla expert benoo.. Hasilnye...


Tengahari tu lepas makan, kitorg diberi 1 jam masa rehat.. Solat.. Tenkiu to Datuk Dzul, yg sponsor makan untuk program kami tu. 

Slps rehat, pd waktu petang tu.. tiba la giliran aku mekapkan kak mas pulak. Muehehe. Risau nervous gigil rasenye. Tula rendah sgt self confidence dlm diri sendiri tuuu. 
Hasil tunjuk ajar cik Ana, tadaaaaaaa....inilah hasil contengan dr aku..


Amacam? ok takk? hehee..
solekan siang ni nampk cam natural je kan, sesuai la utk mekap pi keje, nak p datingg. Hehehehe...Alhamdulillah, kene praktikkn selalu ni.. Kalo tak rase rugi ilmu yg dh dapat ni kan... Ade sesapa nk join? Ke nk suh kite jd mak andam kome kawen nanti? Haha.

Meh layan gamba peserta2 harini..





Kursus Asas Solekan

Selamat Pagi! Salam Sabtu..
Syok la kan harini cuti, bleh bangun lambat lambat hee.
tapi jgn sampai tlajak sampai tak solat subuh pulak okayy..

So harini, ape aktiviti korang?
Shopping? sleeping? Datingg? Wah wah wahh..
Okay harini aku ade kelas mekap mekapp.. 
Kursus Asaa Solekan anjuran Giat Mara ni .. rase teruja pulak nak join  pada awalnye, tp bila dh sampai masenyeee.. aku jd malas! Pasai aku rase nak duk tido kt rumah jerr.. Tapi nak tak nak pon kene la pegi sbb aku dgn Kak Rumziah yg uruskan dan carik peserta untuk program nih. Doa doa harap2 bestla program ni nanti..

Tenaga pengajar tu dr Giat Mara, dia mintak untuk kumpulkan 16 org peserta.. Mula2 haritu dah dapat kumpulkan 15 org peserta.. Tp last minit pulok ade yg cancel. Adei. So tengokkan jela bape org je yg dpt dtg harini.. 

Kursus ni ada 4 sesi.. 2 sesi akan dibuat pd harini dan esok.. lg 2 sesi tu next next next week nye pulak la ye.. Pastu kelas akan diadakan start jam 9 pagi sampaiiiii lah jam 5 petang.. Kematu la montot kauuuu. Hehehe. Ape yang best nye, kursus ni free okayy. Datang bawak diri, takpayah bwk brg mekap pongg. Kak Rumziah pon dgn baik hatinye dh tolong mintakkan sponsor makan dari Datuk Dzul. Dh habis 4 sesi tu karang, Giat Mara siap bagi sijil lg tauu. Huuu teruja tak?

Eh, da pukul 7.45 pagi. Nk bersiap! Bye korang :)


Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...