Friday, November 30, 2012

Gender Intelligence (2)

As requested by Ummi RAN & Akak...

So sorry, sayep tak bape pandai nak menulis, tak bape pandai nk explain, dan tak bape pandai nak menghuraikan. Tapi ini la seadanya yg dapat saye kongsi kan.. Erm, nampaknye topik ni betul2 menarik perhatian ye. Hihi.

Lelaki ~Monotrek~

  1. minat benda / alatan (selain manusia)
  2. mono-tracking : fokus 1 kerja dalam 1 masa [so, jgn bg lelaki arahan kerja yg bnyk dalam 1 masa. biarkan dia selesaikan 1 keje, then br bg arahan keje yg lain]
  3. matanya melihat kaedah kanta zoom (jauh dan kecil sudut)
  4. matanya kurang sel terima warna [sbb tu kengkadang x pandai nk mix+match kn baju]
  5. telinga dengar guna 1 otak (fokus 1 bunyi)
  6. nk selesai semua mslh dgn cepat
  7. cepat lupa
  8. selesai masalah dengan ubah faktor luaran diri
  9. berfikiran sendirian
  10. bila stress, selesai sendiri mendiamkn masalah
  11. memburu (aktiviti menguasai sesuatu) boleh hilangkn stress
  12. pegi shopping secara objektif (terus ke kedai, beli, balik)
  13. dh dapat barang, seronok 2-3 minit slps membeli
  14. mudah tido
  15. komunikasi terus & bpegang kpd perkataan [straight to the point, tak cakap berkias2] 
  16. anytime asal datang moodnye [seks]     

Perempuan ~Multitask~

  1. minat manusia
  2. buat banyak kerja dlm 1 masa [sambil masak bleh basuh baju, etc]
  3. mata guna wide angle (luas sudut dan dekat)
  4. mata seperti HD TV (bnyk guna sel warna)
  5. telinga guna kedua2 otak, boleh dgr mcm2 
  6. nk kongsi semua mslh dulu then br selesai
  7. kuat ingatan yg bkaitan emosi & perasaan
  8. selesai mslh dgn ubah faktor dalaman diri
  9. bfikir secara berpasangan atau bertiga
  10. bila stress nk luah pd org tsayang
  11. shopping bleh hilangkn stress
  12. pegi shopping secara subjektif (enjoy jln2 tgk brg)
  13. dh dpt barang dibeli, seronok sampai 2-3 bulan
  14. susah nk tido, ade je perkara yg difikirkan
  15. komunikasi berbunga bahasa, menjaga hati, melihat non-verbal
  16. keinginan seks mengikut jadual & mood dalaman dan luara        

Beza Lelaki & Perempuan di Tempat Kerja / Luar Rumah

Lelaki akan fikir tentang : 
  1. wawasan
  2. misi
  3. objektif
  4. strategi
  5. kualiti
  6. pelanggan
  7. perancangan
  8. penilaian
  9. kejayaan
  10. sukan
  11. sosial
  12. politik
Huraian : Lelaki akan fokus dgn ape yg dia tgh buat masa dia kat luar rumah. Thats why korang takpayah pelik bila dia kat luar / tgh keje, dia takkan call takkan sms (kecuali utk hal tertentu). Kengkadang ade sesetengah isteri yg bengang bila suami tak call atau sms. Then, mula la nk buat spekulasi yg bukan2. Hentikan. Memang itu sifat lelaki. So, buang jela prasangka bukan2 tu okay.

Perempuan akan fikir tentang :
  1. kerja pejabat
  2. kawan-kawan
  3. bos
  4. anak
  5. suami
  6. masak
  7. baju
  8. kucing
  9. make up
  10. hiasan dalaman
  11. sampah
  12. bil
  13. ikan
  14. dapur
  15. bla bla blaa, etc
Huraian : Macam yg dh diterangkn kt atas td, perempuan kt multitask. So, walaupun dia kat opis atau kat luar, dia tetap akan fikir macam2 perkara, macam2 benda. Sbb tu walau sesibuk mane pon, seorang wife ni mesti akan call suami, call maid nk tanya keadaan anak. Itu la sifat perempuan kan.. Selalu ade perasaan empati. 


Beza Lelaki & Perempuan di RUMAH

Untuk aktifkan minda lelaki di rumah ialah dengan menyatakan dia diperlukan (appreciate him), dan beri dia MAKAN dan MAIN... kemudian baru minta tolong sebelum dia TIDUR.

Ape yg perempuan fikir bila di rumah? Still..
  1. kerja pejabat
  2. kawan-kawan
  3. bos
  4. anak
  5. suami
  6. masak
  7. baju
  8. kucing
  9. make up
  10. hiasan dalaman
  11. sampah
  12. bil
  13. ikan
  14. dapur
  15. bla bla blaa, etc

Berdasarkan ape yg dah dikongsikan kt atas, so kene la amik maklum yang cara untuk korang mendidik anak lelaki dan perempuan adalah tersangat sangat beza. Jangan samakan cara korang didik anak lelaki dengan cara korang didik anak perempuan nanti sebab sifat mereka berbeza.. Okay?



Gender Intelligence

Assalamualaikum, hi everyones!

Nak ceghita ni yg semalam (29/11/2012) kite join Seminar anjuran opis kite, ala ala seminar untuk staff la kan.. Mule mule pikir macam bohsan je (negatif sungguh) tapi takku duga sangkaan kite meleset dan melecet semata mata.

Nak tau sebab ape, sebab time mukadimahnyee jer penceramah tu dah start buat kelakarrr. Dia sampaikan mukadimah +- 1 jam tau takkk. Pastu baru terus masuk kt isi program tuuu.

Kalo kome nak tau, seminar tu tentang memahami perbezaan laki dan pompannn. Penceramah yang dijemputt datang dariiiiiiiiiiiiii jauuuuuh tau, nun Jitra Kedah sanee. Bapak jauhh. Kitorg panggil dia Pak Utih aje.. Umur da 58 yrs tapi nampak macam 40an giteww. Hehe

So far, selama 1 hari tu banyakkk dan terrrlalu banyak sebenarnye input yg kite dapat. Benda tu semua kita dah alami dalam kehidupan seharian kitaa. Kita dah hadapi perangai orang laki tu, tapi sebab kita takde ilmu tentang tu, tu yg terjadinya pertikaian, tak puas hati, stress. Tapi yg sebenar benarnyee bile Pak Utih kupas satu persatu baru lah kite sedar yg sebenarnye perangai laki tu mmg sifat die begitu.

Itu yang bile dengar Pak Utih cakap terus memasing akan terdetik kat hati "oh, patutla camtu", "oh, patutla perangai die cenggini", "oh", "eh, aah betulla", dan bla bla bla.. Kt situ gak la baru kita tau dan sedar yg sebenarnya pendekatan yg kite kene guna dalam didikan dan layanan kepada anak laki dengan anak pompan tu adelah berbeza sama sekali okayy. Thats why la, jgn nk didik anak hantam kormo jeee. Kene gune cara yg berbeza sbb anak laki sifat die lain, anak pompan pon sifat die lain. Heee.

Terlalu banyak bende nak share tapi apakan daye masa mencemburui kita. Hahaha. Nk sambung buat kerja, kome layan la gamba yer.

Amik gamba ni dari FB Pak Utih, cube cari sayee. Jumpe takk?

 

Wednesday, November 28, 2012

Kebiasaan yang biasa.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Okay, harini jom kite diskus tentang kebiasaan yang biasa kita / orang sekeliling kite selalu buat. Macam2 kan? Tapi ape yg sy nk kupas harini ni pasal isu di Facebook. Ade yang taktau pasal Facebook? Ade yg takde acc facebook? Even skrg ni adik2 tadika, sekolah rendah semua dah ade facebook kan. Inikan pulak orang berpangkat atok nenek pd kita.

Tak kesahlah kan. Semua tu sebab ikot peredaran teknologi zaman skrg. Macam dah jadi trend ye dak. Kalau takde facebook tu yang kelihatan pelik skrg ni kan.

Isu nye, status dan komen.

Pernah tak jadi kat diri korang, once bile korang update status di Facebook. Tak kesahla ape ape status pon. Then datang hamba Allah hamba Allah yg sangat extra caring dan loving akan komen. Ok fine, really appreciate it. Maksudnya, ade org komen so bermakna ade la org baca status kite tu.

Tapi, masalah akan timbul bile ade sesetengah orang akan bagi komen-komen yang tersasar dari landasan sebenar. Senang cerita, out of topic la kan. Ok, tak kesah la kan. Hak korang sebagai pengomen @ tukang bagi komen. Tapi boleh tak kalau kita set kat minda kita, please respect others? Respect perasaan orang lain. Respect situasi orang lain. 

Nak bergurau skali pon, biar kena pada tempatnye. kan?

Nak nak pulak beli owner status tu, bile dia update status nk bgtau perasaan sedih dia, or dia ada masalah. Takpun bila dia tengah cari maklumat atau jawapan pd sesuatu perkara. So, korang rasa patut tak bile korang respon dengan komen komen yg tak masuk dek akal?

Contoh, update status : Sesape bleh update keadaan lalu lintas kat area Bagan Tengkorak?
Contoh, komen 1 :  Kalo nk traffic lancar naik la kapal tebang. Heheww
Contoh, komen 2 : Kt Bagan Nira ni jalan lancar kete tak banyak pongggg
Contoh, komen 3 : Eh, bagan tengkorak? ade ke name tempat gitu?

Itu contoh yang sangat random. Tak masuk akal dan out of topic. Bayangkan la kan, orang tu update status nak dapatkn info yg tepat. Kite taktau kan ape masalah dia, taktau ape kepentingan dia nak dapatkn info tu. Tapi bleh tak kite just cuba dan try bersangka baik je. Kita anggap dia betul2 perlukan jawapan yg masuk akal dan pasti. Betul2 nakkan info yang tepat. Itu belum ++ komen yang lagi tah ape ape kan. 

Kengkadang akan wujud dan timbul topik baru kat status tu.

Contoh, komen 4 : Eh, ko baru nak gerak balik ke?
Contoh, komen 5 : Ko balik kampung ye weh? Dpt banyak durian tak kt dusun?
Contoh, komen 6 : Wahhhh, durian. Bestnye. Nak nakkk
Contoh, komen 7 : Sedapnye kalau dapat buat roti jala cicah serawa durian.
Contoh, komen 8 : Eh ade tak resepi serawa durian? Nak bleh?
Contoh, komen 9 : bla bla bla blaaa..

Haa, ape kes cite lalu lintas bagan tengkorak tetibe jadi kesah durian? Apakah?

Itu belom lagi aku bagi contoh, kalo si owner update status nak bagitau dia tengah sedih, or tengah sakit.. Bleh tak kalo we just komen sesuatu yang tenangkn dia atau pun bagi komen untuk tanya keadaan dia. Kengkadang, mmg la kite pikir komen yg tak masuk akal, yg out of topic ataupun komen berbentuk humor akan buat die ketawa atau tenang (kononnye), tapi bagi sesetengah orang yg emosi nya tengah terganggu, dia tak perlukan semua tu. Dia just nak orang paham n bg pendapat, sokongan atau tenangkan dia. Memang, sometimes komen korang yang kelakar tu hanya akan buat dia rasa lebih stress okay. 

Ingat, tak semua orang hadapi sesuatu perasaan atau keadaan tu sama macam mana kita hadapi benda tu. So, cubalah untuk jadi matang.

Kita berhak nak kata apa pun, berhak nk taip apa pun. Tapi, tolong pikir keadaan dan perasaan orang lain jugak.

Easy to do, but really hard to do.

Kita takkan tau ape yg orang lain rasa melainkan kita sendiri yg alami perkara tu.

Cukup sekadar ini perkongsian dariku.. 




p/s : Benda ni jadi kat kita semua, antara kita mangsa nya atau kita jd pemangsa hehe. Mungkin, aku sendiri penah buat cmni kat status org lain. So Sorry pd yg terkena. Jujurnya, aku sendiri penah alami situasi camni. Awalnya akan timbul rasa bengang, tapi lama2 dah macam alah bisa tegal biasa. Huhu. Tak bape nak amik port atau kesah sgt. Ini pendapat peribadi semata2, takde kena mengena dengan sesapa pun okay. So takmau sentapp sentap :)


Tuesday, November 27, 2012

Hadiah HariJadi

Assalamualaikum..


Meskipun ulangtahun kelahiran aku da hampir sebulan berlalu,
tapi janganlah jeles sebab aku masih menerima hadiah hari jadi hokayy.  Hiks

Abaikan la orang orang yg dengki dan jeles itu,
yang penting sesapa pun yg nak bg hadiah kt aku sangatlahhhh
dialu-alukan.
Anytime. Hehe. 

Semalam 26 Nov 2012,
dapat hadiah hari jadi daripada Sepupu aku
sepupu paling comel hehe (wekk!)
Sepupu yg sentiasa ade untuk kongsi susah senang,
kongsi suka duka, sentiasa ada ruang dan waktu,
untuk aku. Kitorg dah macam adik beradik dah.. 
Dengan sape dia jumpa, dengan sapa dia berkawan, dengan sapa dia bercinta, 
kt mana dia berada, semuapun dalam poket aku. Hihihi
Cume kengkadang aku jer berahsia dengan dia

Apeapepon, tengs a lot untuk hadiah ni.
Niat asal nak suruh dia survey kan buku ni ade jual kat mane.
Tuptup dah dibeli. Nak baya tp dah dikata as a 'gift' kan
alhamdulillah..

Penulis : Hilal Asyraf
             
InsyaAllah, buku ni akan jadi panduan dalam misi pencarian cinta.
chewah chewah...


Awak, Kita Ini Bercintakah?

 Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
Melafazkan kata cinta berbalas-balasan,
Bahkan sering ada jarak antara kita,
Dan wujud pelbagai batasan.

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
Tiada bicara manis,
Dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

-----------------------------------------------------------------------------------

Ya,
Kita ini bercinta,
Cuma bukan dengan definisi mereka,
tetapi dengan definisi Nya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
Sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
Juga bukan pada bicara kata,
Tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
Dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila kita bersama,
Kita bukanlah keluarga biasa,
Bahkan pasangan yang siap untuk menembus Syurga Nya.

Awak,
Bukankah itu adalah cinta?




~ Hilal Asyraf ~





Monday, November 26, 2012

Terima hakikat

AMARAN : Ini entry tanpa gambar.


Mulai harini dan saat ini, kehidupan aku akan jadi
Back to normal
Back to basic

Ye, sedih.

Sebab....

Bila aku balik rumah nanti, dah takde orang sambut aku..
Dah takde orang lari kejar aku..
sambil menjerit "Maksyuuuuu"

Waaa.. nak nangis bole?

Seminggu weh. Start dari 17hb Nov die balik,
sampai la ke pagi tadi (26hb Nov) aku masih dapat jumpe die sebelum pi kerja tadi.

Dalam tempoh tu la aku melayan kerenah die, bergaduh, ketawa, 
makan, tido dan mandi pon bersama. 
Mestila terasa kan bile dia takde.

Hehe. mesti tertanye tanye aku meroyan cakap pasal sape kan..
Ni pasal anak buah aku, si pompan kecik yg kuat bebel YAYA.
Kan die sama Ibu  sama abg2 die (Nabil, Afiq & Aqil) & baby die (Aisya)
duk kampung selama seminggu ni. 
Yela, lagipun aku ni kan da selalu sgt keseorangan n kesepian,
jadinye bile depaorang ade kt rumah terasa riuh rendah dan meriah la.

Tu yg bila harini dorang da nk balik Semenyih, 
terasa la jugak jadinye.
Puas ku seka air mata aku dari jatuh tau. Eceeewahh.


Heee, seminggu ni kan puas aku gaduh dengan dorg,
gaduh mulut la tapi, gaduh rebutkan remote tv,
gaduh cubit cubit sbb si pompan kecik kuat bebel suke 
carik gaduh, suke smackdown aku haha.

Dalam tempoh tu gak, ade yg makan nk bersuap.
haish, tido sebantal setoto.
nak nak pulak tiap malam aku pakaikan pampers
kat si Yaya tu. Kekadang die suruh peluk.
Hei, si Yaya budak kuat mengadu.
penah sekali tu die tertido kat luar, aku pon angkat 
bawak masuk dalam bilik, pakaikan pampers
tapi rerupenye die tipu aku tau takkkk. purak2 tidooooo.
Cisss tertipu tipahhh.

Haha, malam nanti rindu la nak wish
"Selamat Malam Yaya"
sebelum tido...
kalau Yaya ade, dia mesti wish balik kat aku
"Selamat Malam Maksyu"...

Pagi tadi aku bangun nak p kerja kul 6,
si Yaya pon bangun gak.
Agak pelik di situ. Tak pernah pernah dia bangun awal cenggitu.
Die tau la kan harini dia da nak balik Semenyih.
Haih sadis.

Sedih kannnn. sebab tak pernah2 menghabiskan masa bersama
dorang dalam tempoh yg panjang dan lama begini tau.
Rindu  jugak kat baby baru si Aisya.
Budak kuat nangis, kuat kentut. Kentut bau busuk macam orang tua.

Dahla takmau emo emo.
Bebile free kang aku lepak ah rumah depa pulak kan.




p/s : Tau2 jer aku tgh update entry ni, Yaya baru pas call. Bergenang airmata aku bile Yaya cakap "terima kasih Maksyu sebab jaga Yaya". Waaa, sedih nak nangis. Okbai

Wednesday, November 21, 2012

Menyunat hehe

Pojan & Aqil

Pada 18 Nov 2012 (ahad) yang lalu, kami sekeluarga selamat dan selesai adakan kenduri kecil-kecilan. Kenduri doa selamat untuk 2 orang anak buah yg berkhatan, Pojan (anak Yong yg no.3) dan Aqil (anak Ngah no. 3) dan tahlil untuk arwah Bonda, dan kaum keluarga yg dah kembali ke rahmatullah..

Pojan, 7 tahun & Aqil, 5 tahun.. Awal awal pagi lagi dh bangun (lagi awal dr Maksu nye). Sy bangun tengok diaorang dah siap mandi. Amboi, eksaited sungguh. Yg peliknye tak seorang pon yg kejutkan saya pagi tu. Mungkin depa tau saya letih. Malam sebelum tu sy tido lambat, mengemas rumah. Huh, terasa macam nak sambut raya, terasa macam nak kenduri terima menantu. haihh. Maklum lah, rumah saya pon dah lama tak buat kenduri..

Alhamdulillah, Makcik Kamisah settlekan semua urusan masak memasak di kedai. Takpayah kami nk pening kepala. Kalau idak, mau saya tak tido malam. Huhu. Cume petang sebelum tu saya & Kak Yong jenguk jugak ke kedai untuk tolong ape2 yg patut.

Usai solat subuh & kuliah, jemaah masjid pon datang. Begitu jugak sanak saudara. Majlis bermula lebih kurang jam 07.00 pagi. Diakhiri dengan menjamu selera. Makanan & menu yg banyak sampai tetamu pening nk pilih ape yang nak dimakan. Huhu.

Antaranya : Nasi Lemak, Pulut, Nasi Impit beserta Rendang daging, ayam goreng, sambal sotong, hati ayam masak kicap, sambal ikan bilis, hati lembu masak merah, kuih muih, bubur kacang durian dan lain lain. Fuhh, semput nak menaip menu menu yg ade.

Jam 07.30 ++ pagi Abg Yong & Abg Ngah saya gerak ke Klinik Salleh, membawa 2 orang anak buah yang bakal disunatkan. Huhu, kami hanya terima khabar melalui Whatsapp. Lebih kurang hampir jam 10 pagi baru mereka balik. Time tu sanak saudara pon dah ramai yg pulang ke rumah masing-masing.

Hee Alhamdulillah anak2 buah saya anak yang kuat. Menangis sikit tu biasalah. Sunat pd usia muda kan. Hee. Tapi ngeri sy nak tengok. Takut pengsan. Haha. Biaselah, budak bersunat ibarat pengantin. Dilayan bagai raja sehari. Ape saja kemahuan dituruti. Aqil pun abis dibuli nya saya. Makan setiap masa nak bersuap. Amboi manjanya kau dik. Yg Pojan pulak akhirnya menjangkit penyakit makan bersuap. Nasib baik Maksunya baik hati kan. Hahah.

Apepun, terima kasih pada kaum keluarga yg hadir. Kawan2 saya pon ade yg datang. Maaf tak dapat nak jemput 1 ILDAS. Terima kasih. Sedihnya, ada sesuatu yg kurang pada majlis ni...
My only sister, AKAK tak dapat nak balik kampung kerana kekangan jarak dan waktu. Meriahnya kalau dapat sesama berkumpul kan. Takpelah, saya redha.

Harini dah masuk hari ke-4 mereka bersunat. Semalam pada hari ke 3, mereka da mula pakai seluar.. dah ade yg berjoget.. dah ade yg tido mengiring. Moga bertambah sihat anak-anakku!


p/s : Ape kaba mereka di rumah? 


 

My BFFs Wedding Day

Pada 17hb November 2012 (Sabtu), jam 10.00 pagi lagi aku da gerak menuju
ke rumah kawan baik aku. Yg aku kenal sejak dari Tadika Kemas lagi.
Si kembar Ain & Sikin dah selamat pon dinikahkan dengan jejaka pilihan hati depa.

Tsk, sedih sangat sbb pd 16 Nov 2012 (petang Jumaat) tu aku tak sempat
nak datang tengok Sikin menikah. Sbb last minit aku kene p Sri Damansara 
untuk uruskan pembelian buku kt Telaga Biru. Tskk, lagi sedih bile Sikin cakap
takde kawan yg datang pon time die nikah tu.

Ape punye bestfren la aku ni kan.

So, time aku datang rumah die pagi tu.. Sikin dah selesai dimekapkan..
Ain pulak tengah tadah muke kt mak andam. Erm, lepak jela dalam bilik penanten.
Huu, macam tak percaye je kawan kawan aku ni dah kawen, da jadi isteri,
da ade suami. Sat lagi ade anak pulok. Huaaa

Pasni takde kawan tido sebantal tskk. tak dapat dengar Sikin 
ketak ketak gigi time die tido..  :(

Ape pong, i akan selalu doakan uols berdua bahagia, jadi isteri yg solehah
untuk suami korang nanti.. Harapnye persahabatan kite akan terus kekal 
sampai bebile ponnn. Aamiin.

Ain - Yana - Sikin



  Tapi yg bestnye bile p kenduri gini, dapat la jumpe kengkawan sekolah dulu
yg bertahun tak jumpe, berkurun terpisah ecehh
yg memalukan bile aku hampir tak kenai dgn kawan aku tuu
mane taknye dulu time skolah rendah alahaaaiii
memasing comot momot berhingus bagai
sekarang muke da matured da pandai mekap da pandai bergayeee
da nak kawennn da nk jd mak orang pon knnn

antara yang hadir..
Dan dan tu jugak pd hari kejadian,
aku dapat 2 surat saman.
Haaaha, surat jemputan kenduri..
ade 2 orang lagi member batch aku nak sanding
02 hb Disember 2012 nanti...
Wah wahhh, ramai nye nak kawennnnnnnnn!

kawan lepak lepak makan megi zaman dolu dolu
p/ s : Sebenornye pd hari yg sama ade 2 orang lagi batch kitorg yg langsungkn perkahwinan, Nadhir & Afiq Yusof.. Tp i tak dapek nk pegi sbb dh keterlambatan.. Apepun, Selamat Pengantin Baru Nadhir dan Afiq Yusof.. Semoga berbahagia bersama pasangan memasing :)

Thursday, November 15, 2012

Maal Hijrah


" Orang yang berhijrah ialah orang yang menjauhi apa yang ditegah 
oleh Allah untuk melakukannya "








p/s : Jom sama sama berubah menjadi yang lebih baik.. InsyaALLAH, Aamiin...


Wednesday, November 14, 2012

My Favourite Dish



Sebenarnye aku pon taktau simptom hormon ape yg melanda diri aku. Tapi aku pasti, ia adalah gedik semata. Sejak beberapa minggu lepas aku mula mengidam dan terbayangkn lauk kegemaran aku, ketam masak lemak cili api. 

Adei, *telan airliur*. Tapi dek kerana kesibukan aku maka nye berkurun terpaksa aku simpan hasrat aku tu.

Jadi, disebabkan semalam cuti umum sempena perayaan Deepavali. Aku bertekad dan berazam untuk bangun pagi, pergi ke pasar awam untuk carik ketam. Ketam oh ketam.. Fuhh fuhhh. 

Ketam yang dicari telah dijumpai. Dengan harga sekilo : RM21.00. Bapak mahal kan tapi ku tak kesah pasal bile aku belek belek dan usha, ketam ketam tu padat isinya. Best. Aku amik 3 ekoq ketam dengan harapan sekadar nak hilangkn kemengidaman aku tu. Lagipun aku melantak sorang kan.. 3 ekoq bersamaan 1 kilo bersamaan RM21.00.  Gigil.

Balik rumah bermula la operasi memasak. Teruja beb. Sesambil tu aku rebus daging korban ILDAS yang tersepuk dalam peti ais. Hajat dihati nak masak kicap blackpepper. Hantam sajaaalah labu!

Jam 11.00 pagi, aku selesai berkungfu kt dapur. Takyah toleh kanan kiri. Perut lapar akibat tak sarapan. Haiiiiiiiiii, puas hati aku. Mesti bertepuk tangan cacing dalam perut bile hajat dah ditunaikan. Hehe.

Taaaaaaaaaaaaaaada! 



p/s : Teringat arwah mak dulu pon selalu masak Ketam Masak Lemak Cili Api. Yummy dapnye..

 

Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...