Friday, December 30, 2011

Tentang Dhia



Korang layan tak cerita Tentang Dhia ?
Best & syahdu sangat
Tapi ceritanya da habis pon semalam...

Aku pon pada awalnya takde la menghayati sangat cite ni
Kekadang ada yang terlepas beberapa episod
Tapi takpelah, lepas ni kene marathon balik kat TONTON
Huahuahuahuha

Ending cerita ni semalam
Mmg sedih sangat ..
Ramai yang buat status kat Facebook pasal cerita ni
Ramai gak yang menangis tengok ending cerita nih
Ada yang kata cerita ni kalau masuk panggung,
leh kalahkan kutipan Filem Ombak Rindu.
Entah, ai malas komen lebih2

Tapi, ape yang aku tak puashati
bila kejahatan dan kekejaman Ku Salmi
tak dibalas dengan setimpal nya
Macam senang senang tu jer dia lepas
Sungguh TAK ACI !

Yang terharunya time ending tu
Bila Dhia - Lakonan Nora Danish,
mati - sebab sakit kanser dia
then suami Dhia, 
Zikir - Lakonan Ady Putra
pon mati sebab angin ahmar

Cinta Sehidup Semati
sweet sangat !





MARI GELAK BERDEKAH DEKAH


 
sumber : Facebook

KUSERU RINDU ITU


Novel yang aku sambar kat Alamanda haritu ( SINI ).

Sinopsis:

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.

Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.

Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.

Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?



Agak tebal. Tapi, aku beli sebab aku yakin cerita dalam novel ni best. Lagipun karya Hanni Ramsul tak pernah mengecewakan.

Dalam masa tak sampai 3 hari aku da dapat habiskan pembacaan. Tak sabar nak habiskan hingga helaian terakhir. Ternyata, i was right.

Tak percaya, cubalah baca.











p/s : Keje sebagai Librarian mmg kene banyak membaca. Fakta atau Auta ? MOTIP ?

Sunday, December 25, 2011

Pak Usu Sambut 3 Orang Menantu

Tahniah Pak Usu (adik abah yang paling bongsu) - pada 25hb Disember 2011 tu kitorg reramai memeriahkan Majlis Persandingan 3 orang sepupu aku.. Humaidy, Hibatul Haqqi & Haniffah.

Beruntung Pak Usu & Mak Usu, dapat 3 orang menantu tahun ni yer... Hehe. Nak tau cerita lanjut, mai singgah blog kakak aku & blog kakak sepupu aku.. Sila KLIK SINI dan SINI yer.. Hihihi.


anak sulung Pak Usu - Humaidy & Norzaimah

angah - Hibatul Haqqi & Nurul Aini

Ayatul Husna (Cahayamata Haqqi & Aini)

Anak ke-3 - Haniffah & Nurul Izni


 Selamat Mendirikan Rumah Tangga
Moga Terus berbahagia hingga ke Akhir Hayat :)

Saturday, December 24, 2011

Window Shopping

Kejadian ini berlaku pada hari Sabtu; 24 Disember 2011 .

Perancangan awal Aku, Akak & Abg K adalah untuk meronda di GM Klang. Tapi bila dah sumbat sumeorang dalam 1 kete, terjadilah perbualan seperti di bawah.


YONG : Nak g mane ni lili? Nak g SOGO? Carik henbeg lagi?
SAYA  : ( Dalam hati berkata : Ayat perli la ni )
SAYA  : Entah.


Beberapa minit lepastu, ade panggilan masuk dari Ngah aku. Aku jawab, tapi pelik. Kenapa kah suara Ngah aku bertukar jadi pompan? Tetibe blurr. Bengong ! Dah tentu la Kak Ngah aku yang tengah cakap.


KAK NGAH : Kat mana ni maksu?
AKU  : Kat Klang, tapi kitorg nak keluar berjalan. Nape? Kat mana? Nak datang rumah Yong?
KAK NGAH : Nak pegi mana? Tak pegi rumah pak usu ke? Tolong tolong buat ape ape yg patut?
AKU  : Nak tolong buat ape lagi?
KAK NGAH : Tu berkat nk bagi tetamu sume dah siap ke?
AKU  : Tu semua da settle la.. Siang ni dah takde buat ape ape dah. Malam nanti je tolong     angkat angkat barang bawak p dewan. Kat mana?
KAK NGAH : Tgh makan. Korang nak pegi mana ni?
AKU  : SOGO
KAK NGAH :( Sesambil suara Ngah menyampuk ) SOGO jalan jammed la..
AKU  : Oh yeke. Tahla Yong. Jomla. Bawak Waiz jalan jalan.
Kak NGAH : Oklah..


Bape minit lepas tu, ade SMS masuk. Kak Ngah aku ajak pegi Mid Valley puloks. Oklah. Kitorg follow jerrr.






Aku da agak mesti sesak kat situ. Nak nak pulak hari cuti camni. Agak susah nak cari parking. Aku da mule rase sakit kepala bile tengok keadaan sesak camtu. Nak nak pulak perut terasa kosong. Lapar.

Bertemu lah 4 orang adik beradik kat situ. Aku suka n happy (eh, mcm sama je suka dgn happy tu). Aku teruja sangat, rasa berbunga bunga hati dapat berkumpul sume adik beradik bersama ipar ipar dan anak buah. Yelah kitorg ni adik beradik 4 orang jer. Bukan senang nak berkumpul sesama macam nih.Terharu. Nak emo bole?

Takde nak borong ape pon kt situ. Nama pun window kannn. Lagipun orang ramai. Hilang semangat aku. Cuma rasa seronok sebab dapat berkumpul and jalan sama sama. Kan best kalau pegi bercuti sesama?

Keluar Mid Valley da dekat kul 4 kot. Aku da sakit kepala. Rasa lapar gilerrr. Kitorg singgah makan Nasi Arab kat Shah Alam. Tak hilang lagi rasa seronok tengok meja panjang panjang makan sesama. Huhu. Kalau Abah ade lagi best kan. Kalau arwah Mak ada lagi berganda ganda BEST !



gemokkan diri huahua

Abaikan tajuk entry itu.

Aku kekenyangan, tapi kene ikut jugak la bile dorang ajak pegi makan. Bole tak kalau aku taknak cerita panjang panjang? Sile review entry di bawah :)





Maafkan aku di atas kemalasan ini. Huahuahuahua. Ketahuilah niat murni aku untuk promote blog kakak kesayangan aku nih. Aha, motip? Kau ingat blog kau lg glamer ke dari blog kakak kau, lili?




Friday, December 23, 2011

berjaya!

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi, berjaya gak aku sampai ke rumah Yong aku lebih kurang kul 9 malam. Da malam baru sampai. Banyak betul halangan nyer. Beria sungguh keluar ofis kul 4 petang. Tapi kalo da dasar aku ni memang suke tehegeh hegeh. Kalau bersiap tak reti nak cepat, ade ade je hal nye.

Keluar ofis tu kul 4 petang, sampai kat tengah jalan.. Hujan selebat lebatnye. Aku gagahkan jugak drive and selamat sampai kt rumah. Terus masukkan beg dalam kete n bersiap mandi mandi tukar baju bagai. 

Keluar rumah pulak terus singgah rumah sebelah.. Tunjuk muke - depaorang pun tengah bersiap siap packing barang nak gerak ke Puchong. Dapat rambutan seikat buat bekal dalam perjalanan. Huhu

Singgah kat Sungai Besar, amik baju kat Bling Bling Butik - pergi pulak ke Pasaraya Ekonomi Yang Yang, nak membelikan anak buah aku punye barang. Last minit dia call mintak tolong belikan. Alhamdulillah, selesai..

Opss, terlupa pulak ade janjitemu dengan kawan aku kt depan Agro Bank. Haha tak menyempat nak jumpa, takbleh nak tunggu esok esok sebab nak selesaikan Urusan Seri Paduka Baginda. Konon!

Sempat sempat lagi isi minyak full tank ! Malas nak bhenti bhenti dah.

Jam da menunjukkan ke angka 6 petang. Alahai banyak betul urusan. Yong aku da call call. Risau takut aku tak tau jalan. Hari makin gelap, hujan, jammed.

Berani kan jugak meredah jalan licin, hujan lebat. Hujan kat sepanjang jalan. Ya Allah... Lindungilah aku. 

Penat aku makan rambutan, sampai gatal gatal tekak. Aku berhenti kt Drive Thru McD. Hehe teringin sebenarnye nak makan kentang goreng yg masinnnn. Best. Sepanjang perjalanan mengunyah. Sesambil otak ni ligat memikir, mengenal jalan..Taknak sampai sesat.

Alhamdulillah.......................  Selamat jugak sampai.. Tengok tengok kakak aku  dari Terengganu  ( http://norwidadi.blogspot.com/ ) pun baru je sampai.. Seronok sangat. Lepas rindu nak jumpe dengan anak buah aku, WAIZ..


doakan keselamatan dakuuuu

AMARAN : ini entry otopublish



Aku nak gerak pegi rumah abg Yong aku kat Klang -
sharp je pukul 5, punch kad, start kete, GO !

Sile doakan aku selamat sampai ke destinasi

Nak redah pegi rumah Yong sesoraaaaaaang okay - nak redah jalan lagi
Mintak mintak jangan sesat. fuhfuhfuhffff



p/s : Sile jakun dan muntah dengan entry ini. Kbai.



ala ala model giteww

Tarikh : 13 Disember 2011
Hari : Selasa
Jam : 05.30 petang
Tempat : Pantai BNO







SBPA oh SBPA !







=






Bukan nak seronok sebab gaji naik jer
tapi banyak perkara lagi yg nak kene fikir kan
Kene tingkatkan prestasi kerja
Kene pastikan % penilaian prestasi
menepati seperti yang ditetapkan
Kalau tak, sia sia je kene VSS kan

Tapi.. apa yg berlaku sekarang nih
kita rasa dah usaha dah buat kerja sehabis baik
tapi kalau "pegawai yg menilai"
taknak bagi markah yg sepatutnya kita dapat
CMNE PULAK TU?





Thursday, December 22, 2011

Menumpang Kaseh Pada Yang Sudi ...

mesra tak mesra tak?


Entry ini bukan entry untuk minta simpati.
I'm okay, still n forever will be okay.. Insya Allah

Terima Kasih pada Makcik Faizah @ Cik Zah @ Mummy @ MAK

Tempat aku menumpang kasih sayang seorang mak
Tempat aku menumpang lepak bila mana aku kesunyian @ bosan

Thank you for being so niceeeee to me
I love you the way u are :)

[ no title ]

roommate di Holiday Villa Hotel & Suites




Tuan Tanah blog  

Wednesday, December 21, 2011

R A B U


Harini hari pertama dalam minggu ni aku masuk ofis. Itupun pukul 10.44 am baru punch card. Pepagi tadi lagi da menapak kat Dewan Sri Bernam Sungai Besar, sbb ILDAS jd host untuk Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Daerah Sabak Bernam.

Lemau lemau lemau . Mau cuti lagi boleh? 

Google
Keje banyak. Nak kene buat checklist. Kene settlekan ikot priority.
Kalau tak, takut ade yang tertinggal. Takut ade yang sepatutnye kene submit awal, tapi tak siapp. 

Grrrr, malas bole? 
 

Tuesday, December 20, 2011

merajuk





Sepanjang perjalanan balik dari makan
macam tu je rupenye
tak nangis
tapi merajuk.
aku cuit cuit pon kene tepis
buruk betul nak majuk majuk dengan Maksu nye
Merajuk sebab ape?

Sebab aku kate malam tu aku tak nak tido 
dengan diaaa
Dia memang suke tido dengan aku
Alah, aku tak kesah ponnn
tapi tido nye lasak sungguhhh
Abis muke ai kene sepak terajang
Adoi sabar jelaaa
Jangan sampai bercalar balar muke Maksu kau ni
Abis kurang duit hantaran karang eheh
Sian dia..

Merajuk punye pasal, 
malam tu aku tido dengan Fasha je..


p/s : Maksu sayang 9 orang anak anak buah maksu
takde lebih takde kurang
ADIL dan sama rata :)

Monday, December 19, 2011

Merayakan BONUS Yong :p

Sonoknye bile orang lain dok bangun awal nak pegi keje, tapi aku still bole malas malas atas katil. Yang penting bermalas bukan di atas katil rumah sendiri, tapi atas katil rumah orang lain. Ye, i am still, masih di rumah Yong - Klang. Huahuahua. 

Harini bonus da masuk di akaun tuan tuan dan puan puan ye, masuk sekali dengan gaji. Wah masyuk la tu. Aku jer bernasib baik dapat bonus awal daripada orang lain. Hiks. 

Tak bape boleh nak bangun lambat, Kak Ipar kejut suruh bangun. Abg aku ajak sarapan kt luar - Hamboi. NASI LEMAK SRI SARAWAK. Ssesesedapp.

Then, menuju ke Jusco Bukit Tinggi. Ape bikin?

Hahahaha.


fuiyyyoh !


Aku mau tengok Songlap. Bebudak mau tengok Alvin & the Chipmunks. So?

Alkebetulan cite Songlap tu hanya 18 tahun ke atas jee yg bleh tengok... 

So, bebudak tu kene bawak diri 4 orang tu g tgk cite Alvin & the Chipmunks, sementara itu kami yg dewasa 3 orang nih (Aku, Yong & Kak Yong) pegi tengok cite Songlap. Bole pulak macam tu? Ah, aku tak koser nak tengok kartun tuh. * Pentingkan diri.

Taktau la ape rupe mereka berempat dalam panggung tu, tapi kitorg g jugak hantar dorg kt tempat duduk sebelum kitorg masuk. Nasibla, cite kitorg habis lagi lambat pulak tu dari cite dorg.. Mmg kesiannn kene menapak sendiri berempat kt luar tuu..


p/s : Cite Songlap tak bape nak heaven la. Tak pegi tengok pun takpe kot ~


Cuti lagi



Selamat Bekerja korang !


p/s : Aku masih di rumah abg Yong aku
memang awal awal lg da apply cuti
sesaje, aku tau aku mesti penat harini, 
mesti rase malas nak keje
so better la aku cuti kan.
Yeay, so seronok !

terharunyeee :)

Pepagi bute pukul 05.30 
Dapat MMS..
konon nak terharu laaaa
sile nangis
huahuahuauhau !






bebudak nih khusyuk bace buku yg aku belikan tu
hahaha kekonon menghargai la yerrr
ke bapak nye yg suruh berlakon je tuh
sebab nak MMS kt aku..
hiks


Perkongsian Rezeki

Alhamdulillah.. Pepagi Ahad (18 Dis 2011) tu lagi da dapat rezeki.. Syukur di atas nikmat dan kurniaan dari Allah ..

Actually pagi ahad tu dapat sms dari BankIslam yg mengatakan ade duit masuk kt akaun. Dan mengikut kepada perkiraan aku, amaun tu bukan amaun duit gaji, tapi amaun duit bonus yg dijanjikan oleh PM pade perbentangan bajet bulan 10 haritu.. Syukur

Sejurus lepas tu aku pon sms bestie bestie officemate aku, kekonon nk kongsi kegembiraan dan nak sampaikan maklumat pd dorg... Yelah sebab selalu nye aku yg rajin inform kt dorg kalo ade any claims da masuk. Hiks.

Dan aku ni jugak jenis baik kn. Eheh terpuji diri sendiri. Walaupun ikotkan jumlah yg aku dapat ni tak sebesar dan sebanyak orang pangkat JUSA dapat, tapi ape salahnye kite kongsi rezeki yg kite dapat tu dgn keluarga dan org yg terdekat dgn kite...

Kemain suke Ngah aku bile tau aku da dapat bonus. Siap bersorak lagi. Dia pulak yg heboh nak manfaatkan duit yg aku dapat tu.

So nye, lepas habis kenduri tu kitorg pon (Yong sefamily, Ngah sefamily & aku) meronda meronda laaa menghabiskan tenaga. Kekonon nak tunggu sampai timing perut bergendang mintak makan laaa.

Kitorg ronda ronda kt Alamanda Putrajaya :)

Terhenti kt iStudy, bebudak melayan iPad. Geram je tgk rase nak beli bole?


Ce tengok kt tangan aku. Ade plastic bag yg aku pegang, maknenye ade la duit yg habis belis barang tu. Gatal kaki masuk ESPRIT, gatal tangan belek henbeg. Hantu henbeg o_O

Sesudah tu masuk kedai buku MPH. Itula, abg Ngah aku dok merancang kan.. Aku tak kate pape, die pulak yg berjanji dengan bebudak tu.. Sudahnye, 8 org niece n nephew aku dok pegi dari 1 rak ke 1 rak nak carik buku pilihan hati.. Hehehe mcm mcm gelagat. Kecoh pon ade.

Tah buku komik ape yg dorg beli.. Aku pon tak tengok, terus amik dan baya kat kaunter je...  Bak kate kak ngah aku : "untung dorang mintak buku, kire bagus la tu daripada mintak bende lain". Hahaha memang untung.
 
Sebelum pegi tu anak buah aku yg banyak ckp, tapi xde gigi.. si afiq bercakap - die tu ckp main lepas je... : " Ala, tak mahal pon buku tu, tak sampai rm10 pon.. rm8.00 je.. ". Lawak betul dengar die ckp cmtu.. Yg dah pandai bace, mmg la sampai nak amik 2 buah buku pon ade, yg tak leh blah nye yg lom pandai bace pon dok beli buku komik. asyik tgk gamba jela tu. 

Lagi sorg, si kecik Yayah dok usung buku ape tah, aku cume nampak harga buku tu rm39 kot. Alahai, anak anak... Tah mane mane dikautnye...

Keluar je dari MPH, semua bising kate dah lapar pulak... Ingat nak suruh dorg mkn buku buku tu je tapi tak sampai hati lak. Hehe. So seperti yg dah dirancangkan segala galanya dek Ngah aku, kitorg pon menuju keeeee...............................





Yeay, Nasi Arab. Yummy, best sedap terbaik. Lelagi bile makan bersama insan insan tersayang. Chewah !Rugila tak cukup korum Akak sefamily takde kan. Selera sungguh mereka mereka makan. Alhamdulillah, semua kekenyangan. 

Masuk kereta, memasing zzzzzzzzzz. 


Sunday, December 18, 2011

Majlis Persandingan Anip & Izni





sumber gambar : FB pakcikku 

17 Disember 2011

Assalamualaikum..

Hari Sabtu pepagi lagi da bangun, walaupun tak bape nak awal... Tapi kire awal la jugak di pagi hari cuti cmtu. Nak nak pulak aku rase belom cukup rehat lagi berbengkel kt Subang Jaya 3 hari lepas..

Packing baju, iron baju, bersiap !

Gerak g rumah Pak Usu Hamdan, lebih kurang 10 - 15 minit je dari rumah Yong aku... Tengahari tu ade nk buat tahlil sikit before konvoi ke Bangi.. 

Ade program ape kat Bangi?

Actually, kitorg nak meramaikan, mengecohkan, memeriahkan Majlis Pernikahan my cousin, Anip; dengan pasangannye Izni... Tahniah tahniah.. 

Kt Bangi tu ade disediakan homestay- semedang duk kt homestay jela ai yeee nanti..

Alhamdulillah majlis lepas asar tu berjalan lancar.. Maka sah la Anip bergelar suami kepade Izni.. 


Saturday, December 17, 2011

Tertipu o_O

Kesian kat diri aku, tertipu. Haha. Eh, nak gelak ke nak nangis?
Tak payah nak nangis sgt lah! Small matter jee, tapi just wanna share the experience with my blog's reader.

Alkisah mase aku kat Holiday Villa Hotel & Suites Subang Jaya tu,

Rujuk balik entry ni ------ klik sini

1st night kat situ, disebabkan malam tade disediakan supper @ minum malam,
So, abis je bengkel malam tu lebih kurang kul 11 pm, masuk bilik terase perut macam laparrrr pulok. berkeriuk keriuk bergendang perut. 
Mane taknye, last makan malam pon time kul 7pm kan. Ingatkan ade supper tapi dah pihak hotel kate tade, takkan nak pakse dorg suh sediakan pulak.

Nak dijadikan cite, dan nak dijadikan hal, tula awal awal lg tak mau standby beli maggi / biskut. Aku pon bagi cadangan kat roommate untuk order McD. 

Waaa demand makan nak sedap semedang !

Call la operator hotel untuk dapatkan nombor McD delivery tu, then aku tanye bleh ke nk call guna telefon hotel & ade ape ape charge tak nanti. 
Tau tak, operator tu kate : Boleh, its free
Ha, percume okay nak buat call. aku rase aku lom pekak tak salah dengar pon. So, aku buat jela call dengan yakin dan tanpa was was.

Okay abis cite tu, so tak payahla cite mcm mane aku makan ape yg aku order tu.

Pada hari terakhir and mase nk check out tu, tetibe je depaorang bagi bil soh bayar. Die kate untuk call yang kite buat tu, Aik pelik. pfffpf. 
Kate free? Nasib baik rm3.70 je bole la lagi cool nak bayaar. 
Kalo dorg charge rm370.00 cmne cmne cmne. Tak ketor tangan nak pegi cucuk kad ATM?





Moral of the story : Tiade bende yg free kat hotel. Sky juice pon kene baya.


Sekian.


BENGKEL PENILAIAN PROGRAM LATIHAN ILDAS SESI II / 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera . Phewiit

Sihat ker pembace belog aku nih? Da 3 - 4 hari belog aku menyepi tanpa entry kan? Sooo Sorryyy..
Kesibukan menyebabkan aku terpakse ketepikan sementara segala kehendak dan kepentingan peribadi. Konon!

Aku baru balikkk.. Sejak 14 - 16 Disember 2011 dok berkampung berbandar kat Holiday Villa Hotel & Suites Subang Jaya sebab terlibat dengan Bengkel Penilaian Program Latihan ILDAS. Memang lah bole akses internet kt hotel tu, tp sebab mase mase yg ade tu dok sebok dengan perbincangan bengkel, so memang harapan ler nak update belog or BW..

Katenye hotel tu taraf ala ala ala 5 star? betul ker? Agaknye la tu.. Bilik memang selesa dan best, siap bole main kejar kejar dengan roomate, Kak Ina.. Hiiks. Tapi disebabkan sesampai je kt hotel ni, keadaan kesihatan terus jatuh merosot 50%, so tak dapekla nak menikmati dan berpuas puas sangat kt situ. 

Redha jela.. kan sakit tu penghapus dosa-dosa kecil?

Lagi satu, kt hotel ni bukan saje mengamalkan konsep 1Malaysia, tp boleh la jugak dikatekan mengamalkan konsep 1World okayyy. Sebab apee? Macam macam bangse pekerja yg kerja kt hotel ni tau. Dok terbelit tersimpul lidah nak bercakap dengan depa nih. Sudahnye, diam dan senyum jelaaaa. Huhu.

Kat hotel ni ade Bowling, tapi sbb tgh tak berapa nak sihat so rase tade hati pon nak main. Tak teruja pon pandang tempat bowling tuu. Ade swimming pool. Tapi takbleh nak swimming sebab kene pakai swimming suit, bikini etc. So toksah harap nak terjun pakai tracksuit or selua tido kau okay.

Ade Spa. i loike nak massage massage tapi tade geng nak pegi so terpakse lupekan hasrat dan balik ke bilik untuk tido. Hiks. Ade Gymnasium tapi as usual org kite kebanyakannye sangat malas untuk bersenam. Eh, really? hanye ramai bangsa Cina jer yg masuk kt gym tu.

Lagi, ade tempat Karaoke. Tapi mcm alalalala disko pulak lampu die so seram nak masuk okay. Tmpt karaoke tu open tade bilik bilik mcm RedBox okeh. Bole nyanyi 3 lagu for FREE of charge tapi WAJIB kene beli air minum harga RM21.00. Sangat 'murah'.

Banyak lagi kedai dan tempat menarik kt hotel tu kalo nak tau sile google atau terus pegi tgk di tempat kejadian. 








Sekian, terima kasih.


Thursday, December 15, 2011

Lirik Lagu Filem Ombak Rindu


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku





 
p/S : lagu ni menyayat hati & sangat sayuuu okay
nak nangis bole?




Tuesday, December 13, 2011

Cuti 3 Hari

Assalamualaikum ..

Harini hari pertama kerja, setelah bercuti selama 3 hari... Program & aktivit sepanjang cuti 3 hari tu,agak pelbagai laaa.. haaa..., ni yang nak cerita ni...

Hari jumaat (09.12.2011) tu lagi aku da sampai kat rumah abg Yong aku... agak penat la rupenye memandu dari Sabak - Shah Alam - Klang. Fuhh, memang mencabar la kononnye..

Hari Sabtu (10.12.2011) nye pulak aku pepagi lagi bersiap siap nak gerak ke Melaka... Nak berkonvoi follow rombongan pengantin la kununnye.. Sepupu aku, Humaidy nak bersanding kt rmh pengantin pompannye di Bukit Rambai, Melaka... Kalini aku kene drive membawak Kakak Ipar & Anak2 Buah aku sebab abg Yong aku ade kelas weekend tu...

Gagahkan & terpaksa la berani kan jugak nk drive jejauh ke Melaka tu. First time la katenyee... Seram2, istighfar panjang jugak laaa.. Tapi nasib baik aku cool.. So sumenye selamat la.. Hihihi

Kitorg sampai kat Melaka berkonvoi tah bape banyak kete, tapi lebih la 20 orang yg join pegi mengiring pengantin tu... Pas da meraikan dorang bersanding, makan beradab, potong kek.. Kitorg pon gerak la menuju ke Homestay yg dah disediakan.. Bertempat di Alai, Melaka.. 

Bleh tahan besar gakk rumahnye, ade 4 bilik, siap bleh main ping pong, bleh karaoke, bleh akses internet, & bleh mandimandi kt pool. Bebudak mmg meriah la kan dapat mandi mandi tu...









Motip bukan nak promote homestay ni okayyy.. Hihihi
Malamnyer, kitorg buat xtvt bebas ler kan.. Aku sekereta follow la kereta Abg Ngah aku berjalan2 sekitar Melaka. Konon jer.

Hajat dihati nak naik bot tapiiiiii beratur panjang punyeeee la ramai orang kat situ nak tunggu turn naik bot. Al maklum bile cuti sekolah camtu la gayenyeee.. So, terrpaksa batalkan plan and teruskan dengan plan yg lain.



Next destinasi kami singgah dan meronda kat Jonker Walk.. Tempat yg aku nak sangat pegi, tapi pack nye tak payah nak cakap laa kan. Kete berpusu2, kemain banyak lagi. Orang yg pegi Jonker Walk tu pon bukan main ramai lagi... Berhimpit himpit. Mmg mencabar. Mencabar kewibawaan aku sebagai pemandu pon iye jugak..

tapiiii, takbleh nak berjalan dan belibelah sangat ler.. sebab bawak bebudak.. memacam ler ragamnyeee..

Sebelum balik ke homestay, kitorg singgah makan dekat jer ngan homestay tu, Makan besar di Alaaaa.. Kassim !



Al - Fatihah

Malam tadi telah kembalinya ke rahmatullah
Arwah Abd. Ghani,
bapa kepada officemate aku, En. Azmi
(Ketua Pengawal Keselamatan ILDAS)

Semoga En. Azmi sekeluarga tabah hadapi 
apa yang dah ditakdirkan oleh Allah
dan semoga roh Allahyarham ditempatkan
di kalangan para solihin dan hambaNya yang beriman

Al Fatihah

Salam Takziah

Thursday, December 8, 2011

terrible and totally bad !


okay ini entry mengutuk diri sendiri
haaa rase tak tau nak describe ape dgn diri aku nih
rase mcm teruk, 
eh, careless gile kot aku ni !!

alkisah, tengahari tadi, 
aku & kak ina nak ler menemankan officemate aku kak zura pi bank
time tu memang lah tersangat rushing
sebab ade la bendeee & hal nye
yang membuat kan kitorg kene rushing kan

pastu sampai kat pertengahan jalan, 
aku tengok ade beberapa buah kete bagi2 lampu
aku da mule syak..
should be la ade roadblock kan...

then kitorg pon pakai jela seat belt...
dan tengok2 mmg betul pon
ade police traffic buat road block...
dan dengan konfidennye aku...



Aku : Assalamualaikum tuan..

Polis : Nak tengok ic & lesen

Aku : (terus pandang henbeg then teringat.. damn! 
pursetertinggal kat ofis kot)

Aku : Kak ina, purse tertinggal kat laci ofis...

Kak Ina : ko biar betul yana.....

Kak Zura : nak suruh sesiapa yg kt ofis tlg amikkan tak? 

Aku : (ofkos la muke cuak kan)

Aku : Maaf la tuan, purse saya tertinggal kat ofis..

Polis : Tolong ke tepi

Aku : (bwk la kete ke tepi jalan)

Polis : Keje kat mana?

Aku : ILDAS

Polis : Nak Pegi mane?

Aku : Kitorg nak pegi bank, tadi rushing sangat

Kak Zura : mmg ade hal nak settle cepat kat bank

Aku: saya mintak maaf..

Polis : ic pun tak bawak?

Aku: aah, tertinggal jugak

Polis : camne awak nak p bank kalo awak tak bawak ic?

Aku: kat bank tu urusan kawan saya

Polis : tula buat keje taknak baca Bismillah

Aku: (diam)

Polis : Takpelah

Aku: Terima kasih banyak banyak..




Alhamdulillah Allah lindungi kitorang
ni jugak sebagai pengajaran kat aku
Risau gak kalo kene saman... Aish mcm2 hal pulak nanti

Ape pon aku respect pada polis tu
Jalankan keje dengan berintegriti
Tak mintak duit minum kat aku
apetah lagi la duit rasuah kan


Alhamdulillah, Syukur sangat sangat


Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...