Tuesday, January 31, 2012

Mamawee Cafe

cousin, brother, friend .

Suke makan di sini.. Mamawee Cafe, sekinchan. Tgk la... Sekali order, tak muat meja ! Hahaha

Monday, January 30, 2012

sesuatu yang tak dirancang kadangkala menyeronokkan ye?

Kejadian hari Ahad 29hb Januari - aku kene jadi driver . Kul 10 camtu kitorg sebanyak 2 kete gerak ke Subang, rumah Abg Sepupu aku - Abg Naj. Aku bawak Waja, yg ade dalam tu cume Kak Fiah and Wak Nap. Sekereta lagi John bawak Wak Jehar, Wak Mon and nenek dia. 

Tujuan? hariitu Faiz mau bertunang bahh. Sama Maria, rumahnye di Kampung Medan, PJ. So nye pergi rumah Abg Naj itu tumpang duduk rehat semata, siap hidang Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Mantap gitu. Di sana / di situ ade sekereta lagi menunggu. Faiz sama Kak Ety anak beranak.

Kul 12 lebey gerak ke PJ. Kalini ku tak mau drive lagi. Abg Naj drive. Bagus, jalan PJ bz. Ku pening dan stress kalau drive. Di PJ, dekda sama marka sekereta, plus Tikah Rahman - tunangnye John. Jadinye cuma ade 4 kereta saje.
Majlis selesai lebih kurang jam 3. Fuhh hari sangat panas kot. Pengsan *pitam..

Rehat sebentar - solat di Masjid. Dan dan ku call Ain Suriyadi - seseorang yg pernah menjadi kawan baikku mase di SAM Muhammadiah Batu 1 dulu. Die datang dengan anak dia. Alhamdulillah ade rezeki untuk bertemu lagi. Happy sgt.




Selesai semuanya, masing2 bawa haluan sendiri.. Kami? Menuju ke KL. 




JAKEL. Lagi? aku tak rancang mau beli ape2. Tapi memandangkan Abg Naj sejak dulu janji nak belanje kain baju kurung sepasang, so harus la dituntut. Alhamdulillah. Dapat sepasang untuk raya. Terima kasih banyak banyak. Semoga terus dimurahkan rezeki.




Mandi dan solat di rumah Abg Naj. Kul 8 gerak pulang ke kampung. Aku speed, nk kejarkan AJL kononnye, walaupun dapat dengar kat HotFm, tapi tak puas tak dapat tengok baju meriah retis retis.




10 minit sebelum kul 10, kitorg sampai kt rumah. Alhamdulillah - semua selesai dan selamat.




p/s : taktau motip tajuk takde kene mengena dgn cerita.

Friday, January 27, 2012

POTLUCK!

berbaris kau makanan

haaa, makanan lagii

Kak Rohaiza, Kak Nadiah, Kak Salina

Kak Ina, Kak Zura, Kak Mas

Kak Nadiah, Kak Farah, Kak Tini



Semalam, 26 Januari - aku dengan kekawan buat potluck kt opis.. Hiks, da plan dari minggu lepas lagi tau. Alhamdulillah terkabul dan tercapai jugak plan kitorg nih. Best sangat sangat. Dapat makan makanan yg bervariasi dan berbeza.. Selalu kat kantin asek menu yg same jek. Tsk.

Antara menu menu yg ade mase potluck semalam :

1) Laksa yg mantap : Kak Zura
2) Spagheti, kuah rojak Mak Bee, jeruk betik : AKU!
3) Popia sardin yg kemas, roti & kon aiskrim : Kak Mas
4) Kentang goreng ade garam (best!), nenas dan jambu : Kak Ina 
5) Dessert (ore0 & nestum) ohh heaven.. : Kak Rohaiza
6) Air Tembikai sejukk ade ais : Kak Nadiah
7) Aneka Aiskrim fuiyoo beku tekak : Kak Tini
8) Aneka Junk Food : Kak Farah (sepatutnye bawak kek batik tapi die demam, sian)

Di samping itu, kami jugak ade tetamu ala alaa juri Master Chef ILDAS hikss iaitu Kak Salina dan Saifudin. Saifudin ialah pelajar yg buat latihan industri kt ILDAS merangkap adik sayang Kak Zura and Kak Ina. Hiks. Matila kalo dorg bace statement ni. Mesti nanti Kak Rohaiza sume jeles. Hikss.

Makanan sangat banyak. Kire jimat la pade hari kejadian, sampai petang ooo ulang makan makanan itu. Kirenye kantin pade hari itu ku pandang sepi jela heh.

Alangkah seronok dapat buat lagi lain kali tapi kene tukar menu. So far setakat ni da banyak aktiviti aku kongsi dengan dorg - mancing, makan, bowling, melalak, shopping. 

Heheh, so lepasni korang nak buat aktiviti ape pulakk hehe. 

Jomla kite buat tadaruss jom.

 

Thursday, January 26, 2012

Mari Kayakan Jakel..


Tutti Frutti




setelah kepenatan mencuci mata di Jakel, melayan kehendak budak kecik nih. Mintak upah ke Tutti Frutti.. Hiks, kopak..

Monday, January 23, 2012

Hasil Shopping XD


Shopping?



kami jalan ke KL harini.. tapi taktau pulak plan Yong aku nk ke SOGO.. masuk masuk je nampak henbeg. memang pantang la kan. Adeii rosak betul habit skrg nih. Dengan kak Yong sekali terjebak dgn perangai aku nih. Sambar Guess jerr.. Alkebetulan less 50% tuuuuuu. Hiks.

Haziq td da ckp kt aku.. " takyah beli la maksu, mahal la ". Well u know me, kalau da bkenan tuuu. Ade ku kesah? Kalo takde sale, lagi mahalllll. Lagila tak mampu kottt.. Hehe alasan sematamata!

Sunday, January 22, 2012

Pabila Cinta Memanggilku...

Novel terbitan KARYA SENI ENTERPRISE;
Ditulis Oleh Syamnuriezmil.

Baru harini start baca now da hampir separuh buku. Best, tapi mcm tak sanggup nk teruskan. Bukan sbb ape, tp sbb tak sanggup nk hadapi keputusan Yang Ayesha.. Samade die pilih Adam Harith, atau Amirul Irfan..

2 beradik, lain emak.. merebut cinta seorang gadis keras kepala... Ala ala cinta 3 segi. Yg pasti, Yang Ayesha cintakan Adam Harith ! Tapi, abg Adam, Amirul Irfan nekad utk dapatkan cinta Yang Ayesha walaupun terpaksa berebut dgn adik beradik die sendiri.

Mungkinkah Amirul Irfan akan gunakan kuasa veto daddynya, Dato' Zakuan untuk dapatkan Yang Ayesha? Nak tau kesudahannye, sileeee bace..

Misi Pencarian...

Saturday, January 21, 2012

ini diaaaaaa...



p/s : Selamat Tahun Baru Cina ! jaga diri masa cuti ni tauuu.
sayep da slmt sampai di rumah yong kt Klang, bersama Haziq...
wallawehhhhhh!

Thursday, January 19, 2012

ini entry bengang.


Perlu kot kadangkadang kite kene buat listing kerja kite supaya orang tau ape kerja yg kita tengah buat. So that takde la suara suara busuk yang pertikai dan buat tuduhan cakap kita takde kerja ke ape ke bla bla bla.

Demyu la aku paling tak suke bile orang anggap "Librarian" tak banyak kerja, bole rileks ke ape. Sangat salah sama sekali. Aku sendiri tak penah nak pertikai status bebanan kerja sesorang tu. So berhenti la jadi orang yang suka menyebok. Aku tak suka.

Nak diikutkan, library kt ILDAS ni memanglah tak sesibuk library lain. mcm state ke ape. Tapi cukupla menjadi masalah sebab aku dibebankan dengan kerja di luar bidang tugas aku. Sumpah aku tak kesah. Aku suka. Aku suka diberi / dipertanggungjawabkan dengan kerja kerja lain. So aku bleh belajar buat kerja lain, tak bertumpu pada 1 bidang jer. Aku suka nak jadi multi purpose. Serba boleh. 

Tapi isu ini timbul bila aku dengar cakapcakap belakang yang nak pertikai aku selalu takde kat library. Di samping muka muka bengang bile ada orang datang library tapi aku takde. Lantak korang nak pikir aku ni curik tulang ke melepak ke ape. Sebab aku yang tau hakikat sebenar. 

Tolongla paham. Kalo taknak paham memang agak banganggg la kan. Ini serius punye bengang. Aku cukup tak suke kalau orang nak pertikai kerja aku sedangkan ape yg aku buat tu betul. Lain la cerita kalau aku mmg nyata dan jelas buat salah.

Aku da la sesorang jaga library ni, kalo time tu aku nk berak dah tak tahan, so jangan la nk pertikai kalau time korang datang tu aku takde. And kalau time tu aku da lapa gile gile. Takkan korang nk pertikai kalau time korang dtg aku tengah nak makan kat kantin.

Lagi pulak, kat ILDAS ni memang banyak meeting, aku terlibat dengan Mesy Pengurusan, Mesy 5S, Mesy Pemilihan Anugerah Pegawai Berkualiti, Mesy Maklumbalas dan Aduan Pelanggan,Mesy Aset Alih. Kalau tetibe nak buat Mesy Jawatankuasa ISO, tetibe nk buat Mesy Badan Kebajikan kakitangan? Tu pon aku terlibat gaks.

Aku jugak yang nak kene buat minit mesy untuk beberapa mesy, korang? Tinggal nak attend meeting memang tak payah nk pikir ape pon kan?

Belum lagi kerja sedia ada kt library ni? Sumpah aku memang tak sempat nk rekod rekod buku yang baru dibeli. Kalau dah kerja lain lebih mendesak, aku ni berkorban la nak tinggalkan dulu kerja kerja hakiki aku. Setiap pagi nk kene amik surat khabar, belom lagi yg jenis pemalas lepas baca surat khabar, sesuka hati taknak letak elok2, main sepah sepah jer. Kerusi takmau susun elok elok. Buku pon terabur terabur. Korang tau ke sapa yg nak kene buat semua tu, kalau bukan aku?

Tahun lepas aku da terlepas nak buat 2 naskhah buletin yg sepatutnye kene terbitkan pada tahun 2011. Sebab ape? Sebab aku ni mendahulukan kerja lain, sampai abaikan kerja sendiri. Masih tak puas hati? Dah tentu awal ni aku kene buat buletin tu jugak. Sape nak kene pikir semua tu? Kalau bukan aku aku dan aku?

Tak baik kan nk merungut merungut camni. Tapi ape puncanya? Kalau tak bukan sebab korang bengang dan tak paham keadaan aku. Bukan sengaja aku pegi2 kat Admin, kalau takde sebab, kalau takde nak hanta laporan ke ape bagai,jumpe Pegawai ke ape. Bukan sengaja aku anaktirikan library ni. Aku ni makan gaji jugak. Bertindak mengikut arahan. Saya yang menurut perintah. 

Laporan post mortem pon aku lom siapkan lagi. Permohonan keahlian pusat sumber pon tak proses lagi. Apelagi nak hadap buat 5S sorang. Orang lain bolehla sebab ade team. Aku? Sorangsorang. 

Kekadang sampai aku lupe ape kerja aku. Sampai aku buntu nak buat kerja yg mana 1 dulu. Semua penting semua nak cepat.

Stress. grr



Wednesday, January 18, 2012

berhenti berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Haa...
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Rapuh :(

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

powered by lirik lagu indonesia

Monday, January 16, 2012

bukti

Hari & Tarikh : AHAD; 15 Januari 2012

PAGI :

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, daily routine.
Ronda rumah sebelah, carik sarapan hehe.
Iron baju.
Mandi, bersiap.
Minum Aura CEO Coffee
Start kereta.
Bismillah, Mulakan perjalanan.


TENGAHARI :

Kenduri kawen, Kuala Selangor.
Dalam kereta 11.00 am - 02.00 pm

 PETANG :

Gerak pegi rumah Cik Pok.
Makan sikit + sembang + layan budak budak hiks.
Pegi tesco.
Hantar Haziq balik asrama.
Pulang ke sabak.
Singgah Sungai Besar carik barangss.

MALAM :

Kemas almari baju
kemas bilik
alih almari dan penyidai baju
iron baju
Mandi.
minum Aura CEO Coffee
Bukak laptop
Siapkan borang keahlian pusat sumber & laporan Post Mortem
keep messangging cuzzy

PAGI :

tido pade jam 04.00 pagi
bangun tido pada jam 06.15 pagi


NOW :

keadaan masih normal
tak sakit kepala sbb kurang tido
tak ngantuk.
keep calm n cool. positive.


ALHAMDULILLAH :)



** testimoni ini berdasarkan pengalaman penulis belog ini sendiri. tak gune nak menipu, takkan dapat ape ape pon kalau tipu. terimas kalo percaya, taknak percaya? sile cuba, dan rasai sendiri. Yang penting : POSITIF !


Saturday, January 14, 2012

Aura Life

Harini melangkah ke Butik Chinta Sungai Besar.. Ade sedikit briefing ttg produk Aura Life. Korang penah dengar tak pasal produk ni ?

Alhamdulillah, walaupun aku br 2 hari try produk ni pun, da nampak kesan positif pade diri... eh, bulehh pulak dr try 2 hari baru harini sebok nk briefing ek? hihi.

kalo korg rase berkobar nk tau bende ni, cetry google psl produk ni, dan korg akan dpt jwpn serba sedikit psl produk ni. terlalu banyak testimoni positif yg dh terbukti. korg tak teringin ke?

Friday, January 13, 2012

bernasib baik - Alhamdulillah

Pada 10.01.2012 haritu aku dapat satu SMS dari 63365.

Message : RM0.00 Congrats!You've won COSMO/LeScenteur Promo. Redeem your prize at MTOUCHE office before 31/01/2012. 

Mulemule aku macam tak percaye, tapi aku teringat memang aku ade cubecube masuk peraduan kt Cosmopolitan via SMS bulan bape tah haritu. Macam tak sangke bleh menang.

Untuk mengkompomkan kemenangan nih, aku  call la office MTOUCHE tu, then die ade la bg email pemakluman kemenangan aku itu. Nak tau ape hadiah yg dorg nak bagi?

LeScenteur Promo Priza worth RM250
EDT,
Roll-on Deodorant,
Hand & Body Lotion,
Perfumed Talcum



Alhamdulillah, lepas ni tetiap bulan ah nk beli Cosmopolitan !

Thursday, January 12, 2012

comel kan kami?


skoolmate aku upload gamba niih kat Facebook..
punye la lame gamba ni die simpan,
mase zaman Tadika Kemas tahun 1994 lagi.
time ni kitorg ala ala konvekesyen laa kunun.. hiks

punye la berkurun zaman tok kadok gamba nih
sampaikan aku konpius 
tak kenal diri aku sendiri yg mane satu

korang bleh cam tak mane 1 aku?

Wednesday, January 11, 2012

nk ade entry WW jugak!





bz bz...

Tuesday, January 10, 2012

Pengumuman!!

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Hehe ade gaye macam nak tulis surat cinta ker? Hiks. Untuk berlaku adil kepada semua, dengan ini saya mengumumkan bahawasanya saya sudah mempunyai kereta sendiri, tidak perlu lagi menagih simpati untuk meminjam, dan menumpang. Tskk (sentap).

Sungguh pun kereta itu hanyalah sebuah VIVA, tapi syukurlah kerana ramai lagi yang belum bernasib baik di luar sana untuk membeli kereta mahupun motor mahupun basikal. Saya simpati. Dan saya mengalu-alukan sebarang kritikan dan gelak tawa kalian untuk mengutuk saya kerana membeli kereta Second-Hand. Syukur Alhamdulillah - saya mengambil inspirasi dari bos saya dalam ucapannya pada Perhimpunan Bulanan Warga ILDAS minggu lalu "Ukur Baju di Badan Sendiri.. Memang fesyen sentiasa berubah. Tetapi, biarlah.. Tak perlu kita nak kejar fesyen tu.."

Lagi pula saya amat bersyukur, kereta itu dibeli dari kawan saya sendiri, tanpa perlu saya mengeluarkan modal untuk menambah "tinted" atau apa apa pun. Jika ade pun, itu adalah kehendak saya sendiri. Dan sekiranya ada sebarang masalah sekalipun, sy akan amik henpon dan terus call dia bagitau ape masalah yg jadi pada kereta itu. So far setakat ini semua okay dan selepas saje die menghantar kereta di rumah pada  08 Januari 2012 (Ahad), saya terus memecut kereta itu ke Kuala Selangor dengan amat senang hati.

Keputusan saya untuk membeli kereta ini dilakukan oleh diri saya sendiri tanpa paksaan dari mana mana pihak. Keputusan saya jugak tidak dipengaruhi oleh mana mana pihak. Hiks. Tak sempat untuk berbincang dengan adik beradik saya sendiri pon kerana i'm so badlyyy and urgentlyyy nak guna kereta. Saya letih untuk menjadi seorang manusia yg meminjam dan menumpang kereta orang lain. So, saya anggap tindakan saya untuk memudahkan semua pihak.

Ape yg penting, saya dapat berulang alik ke pejabat sendiri atau pergi ke rumah abg, sanak saudara dengan sendirinya. Hehehe. Dan yang lebih membahagiakan saya apabila memakai kereta yang sangatttt jimat minyakkkk.

Saya tidak mempedulikan ape ape kate kate belakang tentang kereta ini, saya sukakanya dan bau perfume dalam kete ini wangiiiiii. Selain itu, kawan saya dengan murah hati telah sedekah kan pada saya free of charge sebuah skrin utk menonton dvd atau tv dalam kereta itu. 

Tindakan saya sangat kejam. Ye, saya telah meminta tempoh jaminan selama 3 tahun kepada kawan saya. Hihi, sian kauuu. Dan saya telah memaksa dia untuk maintain menghidupkan road tax kereta saya selamalamanya. Huahuahuahua (gelak jahat).

Okbai.

Monday, January 9, 2012

kuale kuale selangor

Awal awal lagi da planning dengan Yong, hari Ahad (08 Januari 2012) nak pegi melawat Haziq kat asrama.. Dan awal awal lagi da pesan kat kawan aku, hari Ahad kereta mesti da sampai kat rumah, sume gara gara Haziq. Rindunye kat anak buah yang sorang nih. Sebelum ni pun berminggu minggu tak jumpe, tapi still okay takde nak rindu ke ape. Tapi kan lain perasaan nye bile die ade kat asrama. 

Tak sangka minggu ni dia bleh keluar outing dengan family. Yong awal awal lagi da amik dia kat asrama, bawak pegi tesco beli barang. Aku sampai, da lambat. Dorang sume da tunggu depan Restoran Nasi Ayam Gemas. Siap siap nak makan. Biase la Helmy, nampak Maksu je - semedang cakap lapar. Sabar jelah. 

Dah makan, solat dulu kat surau tesco. Then Yong tinggalkan Haziq dengan aku. Yong terus balik Klang, tak payah nak patah balik ke sekolah Haziq dah. Time tu jam baru kul 3 petang. Haziq da pesan awal, bole keluar sampai kul 5.30 petang je tau. Ok then.

Yong suruh offer Haziq, nak ke pegi Sekolah Sains K.Sel, jumpe abg sepupunya - Syafiq. Pucuk dicita ulam mendatang. Memang aku gerenti dia takkan tolak tawaran aku. Aku pegi, KakFia (Mak kepada Syafiq), pon belom sampai lagi.. So kitorg pon duk jela sembang sembang kt pondok sekolah tu.

Dekat sejam gak tunggu family Syafiq tak sampai sampai. Kering tekak, aku offer budakbudak tu KFC.. Suke la masing masing.. Siap beli KFC tengok tengok Kak Fia da sampai.. Aku sampai tengok budak 2 orang tu tengah makan nasik. Aik Haziq kate da kenyang tadi.. Berselera je tengok dorg makan. Biase la kalo duduk asrama, kan tak sama rasenye dengan makanan yg biasa kita makan kt rumah..

Dekat kul 5.20 baru aku gerak hantar Haziq g asrama. Mujur dekat dari Sekolah Sains tu. Sempat lagi aku dok kiwikan kasut kulit Haziq.. Sebelum balik tu aku sempat tanya, "Minggu depan nak suh Maksu datang lagi ke?".. Haziq jawab: "Datangla, nanti Haziq call yer kalau ada nak beli apeape".. Hehehe.. Ai aiii sir!




Sunday, January 8, 2012

Vokal Bukan Sekadar Rupa







Saturday, January 7, 2012

baling bola ramai ramai

Penat keje ?
Sengal sengal badan, kaki sakit
Ohh, setahun jage bape banyak kursus
ke hulu ke hilir, turun naik tangga
Belum lagi kerja sampai malam
Orang lain da tido, kite baru sampai rumah

Stress ?
Keje banyak tak habis habis
Lom lagi stress dengan keadaan sekeliling
Lagi pulak dengan macam macam hal lain

So, here we go !!
Lets enjoy ourselves ~

sape punye yg asek ke longkang?

markah sape paling rendah tu woott~

saye kurus dalam gambar ni. mungkin reality?

excitedd

diam diam ubi, berisi...

Friday, January 6, 2012

celebrating OUR birthday


Okay - ini cerita basi. Tapi entry ni entry baru tau. Sila jangan kutuk okayyy sebab post cerita basii. 
Kejadian ni berlaku on November, motip utama ialah untuk meraikan HARI LAHIR kami sendiri, berlibur, bersukaria, bla bla bla.

Since weols berkongsi bulan lahir yang sama [ Me, Kak Fara, Kak Ina, Kak Mas - on October ], so y not kan celebrate sesame? Oh, mase tu jugak kitorg celebrate sekali birthday Kak Zura - on November. Plus, kitorg jemput Kak Rohaiza sebagai our GUEST :)



tetamu kami - THANKS sbb sudi join kitorg

me with Kak Zura (Novemberian)

" us "

yg comel itu saye ~ wott

tak sabar nak tukar2 hadiah,

bukan harga jadi ukuran,

terima seadanya,

TERIMA KASIH.....


bole ke?



...........................

Thursday, January 5, 2012

nak MENGIDAM bole?

Poyo macam pregnant, tetiba nak mengidam. Taktau ape motip perasaan aku nih. Mendengarkan officemate (yang betul2 pregnant), mengidamkan TEMPOYAK. So, aku dengan sukacitanya nak mengidamkan....


Puding roti + sos kastard


Kau hado? Ermm marvellousssss lah kalau dapat makan sekarang. Aku makan Puding Roti tu time berbengkel kt Holiday Villa Hotel & Suites Subang Jaya haritu.. Mmg terbaikkk. 3x jugak dorang hidangkan Puding Roti nih. Puas la makan. Time tu mmg aku pulun habisss, sangat banyak aku makan ! Kupaksakan jugak makanan ni masuk dalam perut walaupun pade ketika tu aku da kenyang. Hiks, rase lemak lemak berkrim sos kastard tu. Terangkat.

Nak sekarang, sape sudi masakkan? Hiks

Tazkirah Khamis




Kita akan jadi seperti orang yang disekeliling kita. 
Jika kita hendak berjaya, 
berkawan dengan orang-orang berminda positif.
Jika kita hendak gagal, 
berkawan dengan orang-orang berminda negatif. 
Hadis pun ada menyebut 
umpama berteman pembawa minyak wangi, kita akan rasa harumannya. 
Bertemankan tukang besi, Akan terkena percikan api..




p/s : Aku ade jual minyak wangi.. Ade yg berminat nak beli?

Wednesday, January 4, 2012

berjuang dengan "bende alah"


Assalamualaikum ...

Ahaaaaaai, penat badan - penat kepala - penat mata - penat jari - segala2nya penat !
Termasuk harini (Rabu), maknenye dah 2 harila ai dok menghadap "bende alah" nih.. Macam kerja senang, tapi bak kate orang - Bukan Senang Nak Senang.. Kan ?


sumber : google

Apakah?

Lebih kurang macam dalam gambar tu laa "bende alah" yang aku tengah hadap sekarang nih. Bukan buat kalendar ye.. Bukan cetak kalendar.. 

Tapi....

Buat PLANNER.. Tau kan PLANNER tu ape? Takkan tak tau kot. Kerjanya memang senanggg, just kena masukkan semua program, mesyuarat & kursus yang ILDAS buat kat dalam PLANNER tu. SEMUA okayyy... Kene masukkan ikut tarikh. Bukan aci letak je tauuu. Senang kan?

Bayangkan yee... Kekonon jumlah kursus, ade la dalam 160 kursus untuk tahun 2012 nih. Tu belom campur meeting meeting, bengkel, seminar, etc etc etc etc. So, camne nak key in semua bende dalam PLANNER yg berbentuk gambar di atas tu?

Dan percayalah, aku buat semua tu hanya gunakan Microsoft Publisher ye tuan tuan.. Tak payah nak tempah tempah kat pembekal. So far, da 3 tahun berturut-turut aku buat PLANNER camni untuk bos aku. Dan bermula dari tahun lepas, dia dah arahkan aku fotostat PLANNER ni untuk bagi kat Pegawai-pegawai lain pulak. Hamik kauu. Kan ke haruuu.

Agagaaaaga, tahun nih macam pening nak buat, haha. Pasal sebelum buat PLANNER ni, aku nak kene semak balik pulak tarikh2 kursus2 tu. Da comform, baru bleh masukkan dalam PLANNER. Pastu tahun nih siap aku pulak yang kene susun tarikh2 meeting & program2 lain tu. Aci dan jelaa aku letakkk. Adoi.

Pasni boleh keluarkan quotation, hekhek. Nak claim kat Unit Kewangan, kekonon aku nih ade syarikat percetakan ke ape? Perasan !


keperluan dan kehendak - hihihi

I WANNA IT SO BADLY,
boleh?







p/s : Angan-angan, Sila jadi kenyataan. Aminnnn. 

Tuesday, January 3, 2012

Untuk HAZIQ..

Alahai.. Cucu Sulung Haji Pauji harini dengan jayanya akan melangkahkan kaki ke SMKA Kuala Selangor, Pasir Penambang. Haiiii lah budak kurus sorang tu, nak nak pandai la berdikari, pandai menjaga diri kt asrama tu nanti.

Sungguh pon tak berapa nak rapat dengan dia (tapi tetap sayang), sebab yg lain lain tu dorg sendiri yang memang manja, tapi, terkesan jugak la kat hati ni bile dia salam dengan aku pagi tadi. Alahai maksu pon, macam la jauh sgt sekolah nye tu.. Sesenang leh datang melawat tiap minggu. Kalau maksu nye ni da ade kereta nanti, lagi panjang langkah nak melayan dia nanti.

Kalau tak, Yong aku pon mungkin tak merancang pon nk hantar Haziq tu gerak dari kampung. Tapi since minggu lepas lagi aku da sms tanya tanya, Yong aku buat keputusan nak balik kampung, harini hantar Haziq gerak dari kampung, then pastu baru terus balik semula ke Klang..

Dan selama 2 malam Haziq kat kampung, sempat jugak lah kiranya nk bermanja (konon!), bawak dia tapau BURGER P'E.. Haziq kata "sedap". Lagi dia kata "nanti kalau cuti balik kampung, kita gi beli lagi ye maksu?".. Tersayu hati. Tskk. 

Tak pernah pernah pun selama ni dia nk hirau kan adik adik yg lain sibuk nak tido dengan aku. Malam tu, dia sendiri offer diri, "Haziq tido bilik Maksu bleh? Haziq bentang tilam kt bawah ye?".. Siap pesan "Maksu set alarm kul 6.45 ye, nk bangun solat subuh"..

Hari Isnin semalam pulak, makan tengahri kat Restoren Kuala Kurau Sungai Besar, dan jadi kebetulan Haziq dgn Maksunye ni order menu yg sama : Char Keoy Teow. Memang sedap cuma tak puas sbb pinggan kecik, so kuantiti nye sikit. Bile keluar dari kedai makan tu, sekali lg Haziq ulang dialog yg sama "nanti kalau cuti balik kampung, singgah sini jugak tau"..

Ape yg maksunya bleh jawab? "ok, nanti kita datang mkn sini lg..".

Dan Haziq siap pesan dekat mak dia "nanti kalau cuti balik kampung, haziq balik gilir gilir Klang dengan Sabak ye..". Alahai Haziq..

Haziq Haziq... Semoga terus berjaya. Semoga bakal jadi contoh pada adik adik. Pandai pandai jaga diri.. Maksu doakan yg terbaik untuk Haziq..


Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...