Thursday, April 28, 2011

remis

petang tadi,
AKU, KAK FARAH, KAK ROHAIZA, KAK INA & KAK NADIA
berkonvoi ke pantai sungai lang
sebab beraktiviti mencarik remis la pulak
yg lg 2 org kakak tak dapat nk join
sebab ade hal yg tak dpt nk dielakkan
syokler kami
nak nak lak mencarik beramai ramai
agak banyak la remis yg kami carik
pehh bile da masak tu, 
mmg terangkat laaaa
pasal fresh lg kn.. 
akibat terlalu excited,
tak beringat nk snap pix pix pulak..
pd sesiape yg tak kenal remis tu.. 
beginilah rupenye
.................................................................................

google 

perghh kekenyangan sampai ke esok gamaknye aku ni
masih terasa kemanisan remis tu
sesape nk try carik pengalaman
mencarik remis,
juz letme know okay
><

murah rejeki

harini mmg murah rezeki 
sebab tak payah kelua duit pegi makan kt kantin
pepagi kul 10 dah mkn nasik
berlauk kn ikan yg dipancing
banyak semalammm

terima kasih daun keladi kepada :
KAK ZURA yang susah payah menyiang ikan
serta menggoreng dengan rangup dan lazat
serta dibawak juga pisang goreng
KAK ROHAIZA yang susah payah potong timun
dan bawak kacang botol
untuk buat ulam..
serta bawak air sarsi yang sejuk dan sedap
KAK MAS yang susah payang masak
sambal yg sedap sedap
resepi turun temurun katenye
mmg terbaik baik baik
KAK ZARINA yang susah payah 
masak nasik
walaupun sebenarnye bukan die yg masak
kihkih

dan kepada yang lain lain :
AKU, KAK FARA, KAK NADIA, KAK SEHA, UST. MEKKAH
yang susah payah bwk perut untuk memakan
ikan dan semua makanan yg sedap itu

sekian, terima kasih daun keladi,
lain kali jomla mancing lagi
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


sebelum tengahari
dimurahkan rezeki lagi..
dapat menjamu dan dijamu oleh UST. ISHAK

erk, kenyang harini
Alhamdulillah

terima kasih daun keladi semua..

memancing

aku rase aku dah dapat tahap kesabaran yang agak tinggi la apabila aku da berjaya melepasi aktiviti memancing ikan, semalam.. haha thanks kepada kakak kakak ildas yg sudi merancang sekaligus menjayakan aktivit ni.. mmg happening laar

abis je office hour, mencicit cicit aku, KAK MAS, KAK ZURA, KAK ROHAIZA, KAK NADIA, KAK FARA, KAK ZARINA gerak berkumpul kt Lobi ILDAS..  demi mengamalkn gaye hidup sihat, kami dengan berbaju kurung tu, berbasikal ko tauuu.. menuju ke lubuk ikan tu..

idak ler jauh bebenor, dalam kawasan ildas gak.. kt peparit yg depa korek nk buat projek kayak tu.. bnyk ikan rupenye kt situ.. dengan berbekal kn pancing yg di supply kn oleh KAK FARA + pakej cacing sekali.. kire bersemangat gile ah nk memancing walopun memasing takut nk pegang....

korang x geli keeee?? eii x kesiooo teman 


apekan daya, kalo tak digagahkan jugak nk memegang tak dapat la nk memancing. tapi akhirnya ada insan yg berhati gagah ( KAK ROHAIZA ) yg sanggup memegang dan memasangkan umpan sebelum lelaki melayu terakhir ( CIK DENAN ) sampai untuk membantu kami. hakhakhak

sile stop cite pasal cacing. geli geli. aktiviti memancing mule tanpa henti bile sumeorang pon x putus putus dapat ikan. syok ooo.. walopun ade yg beberapa kali kehilangan umpan yg dimakan dek ikan tanpa sedar.. ciss tertipu. aku yg xde pengalaman memancing ni pon awal awal lg da dapat seekor ikan haruan yg bole tahan la besarnyee..
mmg berbaloi baloi aktiviti petang tu sebab semakin senja semakin laju ikan memakan umpan. tak terkira banyak nye ikan yg kami dapat, sampai tak muat ikan tu nk bernafas dalam tupperware tu. hikhik.
 

 

Tuesday, April 26, 2011

Hospital Sungai Buloh

sesudah penat bershopping, kami pun bergerak menuju ke perhentian jenjatas sungai buloh, tunaikan perintah Allah dan melayan kehendak perut yg dah berlagu rentak kasih latipah. sempat jugak aku melayan napsu makan dengan menyinggah dan membeli 4 ketul dunkindonat. hehehek

selepas tu bergerak la kami ke Hospital Sungai Buloh, memandangkan waktu melawat hampir hampir dekat nk tibe kan.. alhamdulillah syukur Allah beri aku kesempatan nk melawat rakan ofisku ini yg ku anggap seperti abg sendiri.. memandangkan die sebaya dan seusia (sama la tu!) dan juga sesama sekolah dengan NGAH dan JELI 

agak terkejut melihat keadaan beliau pada mulanya, tapi aku cuba kuatkan semangat dan tak mahu melemahkan semangatnya ketika tu. ape pon aku respect dengan isterinya, KAK HIDAYAH yg ku jangka seorang isteri yg sangat kuat semangatnya. tak dapat dibayangkan kalau aku berada di tempatnye.. walauapepun sapelah kita sebagai hambaNya untuk menolak segala ape yg dh ditentukan untuk kite kan.

untuk pengetahuan bg sesiapa yg mungkin tertanya2, org yg ku maksudkan ialah USTAZ ALWANI, rakan seofisku.. ditarik salah 1 nikmat darinya, apabila kaki kanan  dipotong dibawah lutut akibat penyakit kencing manis.. 

apepon ape yg dapat aku simpulkan dari ape yg aku nampak dr pandangan mata kasar aku, ustaz sudah berada dalam keadaan emosi yg stabil. tenang dan sejuk jiwa aku bile dpt tengok die boleh bergelak ketawa dan bergurau seperti biasa.. 

sesungguhnya allah takkan menguji seseorang tu melebihi kemampuan dirinya sendiri, aku tau semangat ustaz tu kuat, dan secara tak langsung kami sedaya upaya membantu beliau dari segala sudut.. insya Allah.. doakan beliau kembali pulih dan dapat kembali bekerja seperti biase okay :) 

oh sebelom terlupe mase kitorg da berjalan balik menuju ke tmpt parking, terserempak dgn kakak sepupu aku yg manisss, KAK LEEN dan makcik saudara yg mantain mudee gitu, CIK TON... sempat sembang dan berborak sekejap sebelom kitorg gerak pulang ke sabak.. 

PWTC

semalam 25 april 2011, idak sempat ler aku nk berhinternet pasal semalam aku masuk opis sekejapp jer.. pastu dekat dekat sikit lagi nk kul 8, aku n kami kami pon bergerak ke PWTC.

apa bikin sana?


sesape yg minat membaca, minat memborong and shopping buku, or teringin nk jumpe penulis penulis novel kerr, artis kerr.. pi la rajin rajin kan kaki, siap siapkan minyak urut kalo takot lenguh lenguh haha. rugilarr kalo tak pegi, kn kn kn.. 

22 April - 01 Mei 2011

banyak mase lagi nk pegi, so kalo lapang lapang n weekend tak de plan nk ke mane mane, elok la bawak kaum keluarga pegi.. sekurang kurangnye dapat memupuk sikap suke membaca dan cintakan ilmu.. lagipun tak rugi la  kalo pegi pasal time ni la buku buku banyak offer.. kihkih.

so far, start 2009 aku tak penah miss peluang lagi nk menshopping kt situ. almaklum sambil menyelam minum air, sesambil mencarik buku keperluan library ILDAS, sesambil mencarik buku peribadi la jugak kn.. untung2 dapat jumper artis terkenal pulak kn kn.

mase aku pegi semalam nasib baik lah tak sesak sangat sebab pegi hari weekdays walaupon kebetulan semalam baru launching, agak2 ade kot muke aku terselit selit kt camera tv tv tu. hikhiks

almacam biasa dan macam tahun sebelum ni jugak, tiap kali aku pegi mestilah ade pemandu pelancong yg tunggu and bawak aku meronda ronda.. senang sikit pergerakan pasal die lagi tau selok belok kt situ, sampaikan nk kencin pon dihantar sampai pintu toilet kn. so risiko nk sesat amatlah rendah kecuali kepada sesiapa yg leka leka tu memang tertinggal and bye bye la ye.. hikhik

untuk kesah semalam tu, aku dan memborong 2 bijik novel jerr.. yg lain lain tu aku tumpu nk carik dan buat selection utk buku buku library. kali ni kami pergi naek van sajek seramai 10 orang. tu pon wakil wakil PLP dan unit jer.. idak la macam tahun tahun sebelum ni, kami pegi musti naik bas.. takpelah mane mane pon okay jerr.

selamat memilih buku untuk library walaupun dalam keadaan bengang, adela perkara yg buat aku sakit hatinye sampai hampir hampir hilang m00d nye aku nk membeli belah. tapi demi tugas dan tanggungjawab, aku ikhlas kn diri jugak ditambah dengan sokongan dan kerjasama kawan kawan sepejabat yg ikot serta dan kerjasama dari pihak IDEALICON, inchik imran :)

to inchik imran, tenkiu berbanyak banyak dan berkoyan koyan kerana menemani kami dan meluangkan masa untuk bawak kami pusing pusing sampai ade org pening pening, hikhik. nampaknye tahun ni kite sedundun lagi seperti tahun lepas kihkihkih.. jumpe lagi laen kali, i owe u Mee Udang okay!

Friday, April 22, 2011

10 SOALAN SEBELUM BERTUNANG

Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' , bekas kadi ahwal Syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.

Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.

Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.

Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.

Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.

Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Sumber : iluvislam.com

Thursday, April 21, 2011

kebakaran di ILDAS!

bunyik siren!!!!
bingit, emergency la nih
ade kes kebakaran
waaa gile cuak dowlll
sebelom lari kua dr opis,
aku sempat capai henpon je
yg lain aku da tak hengat da..
yg penting,
nyawa nyawa nyawaaa!!!!
kang tak pasal pasal ade org mendudaa

memang kelam kabut gak keadaan mase tu
tapi aku tgk, peserta kursus 
semua jalan lenggang mak limah
adoi, dorg ni tak takut ke? 
pelik pelik
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


x
x


x


x


x


hahahahaha
kesian korang kann kan kann



ade latihan kebakaran rupenye!

followers


thanks for being my followers
yelaaaa walaupun x berape nk ramai kn
tp sekurang2nye adoo laaa
kene la bersyukur kn..

syukran.terima kasih.thank you.
tochee!
luv u, mwah mwah mwah.




p/s : tgh tunggu seseorg jadi followers aku. x muncul2, ni yg nk wat aku sentappps ni!

Aryan Irfan

sahabat aku, NIZA dah selamat
lahirkan baby boy on 07 april 2011 (khamis)
time tu dapat tau die da masuk labour room 
bile dapat sms dari suaminye, ZAHAR
terkejut jugak laaa
sbb mase tu kn aku kt rmh pengantin, EIJA..
so kami hanya mampu doakan semoga semuanye selamat

alhamdulillah lebih kurang jam 0800 mlm kot (aku x hengat)
kawan aku selamat melahirkan baby boy a.k.a boboiboy
hehe sgt hepi la weeeehhh
sbb selama ni aku dpt rasekn gerakan2 die
aktif sgt, sbb tu aku rase teruja nk jumpe diee

dari ape yg kawan aku cakap,
mate die ikot mate aku..
maknenye?
ala sebenarnye mesti la ikot mate ibu die
pasal aku rase lebih kurang je mate kitorg ni
kadar ke"sepet"an nye
haha
nk tau ape rupe baby nye,
nntilaaaa yer. 
tunggu aku dapat hug n kiss n geget hidung die
baru aku huploooad gamba
buah hati baru aku ni
ARYAN IRFAN 
google


*maafkanku kerana curang dgn dirimu, moncet!*

Wednesday, April 20, 2011

18 - 24 april 2011

lame kan kan 
seminggu tuuuu
aku dilantik jadi urusetia Kursus Induksi Umum
ade la dalam 50 org lbih pesertanye
dulu aku kursus kt El Azhar Camp, Banting
tula last batch kakitangan jais kursus induksi kt luar
sekarang semoa kakitangan jais kne kursus induksi
kt ildas
mesti best dan bahagia kan kan kan
ekeke kesian kome kome
takpe takpe sile la redha
peserta kali ni baik, pendiam dan sopan santun
nasib baik la, alhamdulillah 
macam hari ni aku jd pengawas peperiksaan
sbb harini depa ade exam paper Arahan Keselamatan..
merasa laaa
dulu aku yg exam, sekarang aku yg jage org exam
alhamdulillah aku da sah jawatan,
syukur syukur..
hope semua peserta kursus kali ni
lulus exam ngan jayanye and cecepat sah jawatan
terutama utk ANIS, KAK PAH n KAK AZLINA



so kesimpulannye, aku macam penat la minggu ni
aku rase aku macam kurang rehat
cepat rase mengantuk..
kesian kt aku kn..
pagi2 da kene bangun g surau
pantau kehadiran dorg time solat...
aku mohon Allah beri aku kekuatan utk
meneruskan pekerjaan. Amin.

18 dan 19 april 2011

aku join kursus Adobe Photoshop
nk belajar, nk try, nk test
kot kot la ade bakat kan
di samping nk mencukupkan jumlah
7 hari kursus dalam setahun
tapinye aku kursus kt ILDAS ni gak
bukan la dihantar ke mane pon
tak merasa nk kursus kt tempat lain
meriahkan ofis sendirik la gayenye..
so far okay la..
penceramah siap bg assignment laieee
aku pon da berjaya buat dgn jayanye
tp aku rase xde la hebat sangat
sbb aku bukan pro lagi kn
tapi penceramah kate, next time
aku da leh wat kad raye sendirik.
ade yg nk order ngan aku bole la
bgtau kt aku yee
ekekeke

tak sempat sempat

sesorry la tak nyempat2
nk habiskan entry pasal cite
kawin kawin
ade laie kt draft tu
haritu tgh upload gamba
tapi line tak bape nk hokkay laaa
tu yg cam bosan
terus terkubur begitu sahaje.
sekian
harap bersabar dan harap maklum

Sunday, April 17, 2011

Nikah Day

korang agak agak, berdebar tak kalo hari ni hari korang bakal mengakhiri zaman bujang? bile harini korang da nk jadi suami/ isteri kepada seseorang? bile harini korang nk salam ngan tok kadi? 

aku tak dapat nk agak perasaan tu sebab aku belom lalui saat-saat tu lagi (one day, insya Allah).. tapi aku dapat rasekan la pastila kawan aku yg sorg ni berdebar kn, yg pasti tak tertanding la dengan debaran pengantin lelaki yg nk akad nikah nye kan..
Jumaat, 08 April 2011 - hari yg ditunggu pada pasangan FAZLI & EIJA..yang bakal dinikahkan pada selepas solat jumaat di Masjid Kampung Kundang..

beberapa jam sebelum majlis nikah tu, orang kampung & sedara mara of course la sebok di dapur kan, nk membuat persiapan makanan dan minuman utk tetamu yg hadir nun jauh di Sekinchan tu.. 
di manakah aku & SHERIL

ceteka ceteka? 2 jam sebelom majlis, aku ngan SHERIL offer diri nk pegi pekan tanjung sepat.. kekunun nk carik tudung sarung utk pengantin.. pasal pengantin degil bebenor nk pakai tudung bawal tu, kami ni dah bising bising nk soh pakai tudung sarung jugak! ate, biarla nampak kemas dan lain dari yg lain sikit kan.. so kami redah pekan tanjung sepat, tak nampak la pulak batang idung kedai yg jual tudung, yg ade cume kedai apex apex je.. 

akhirnye kami berdua decide la nk ke pekan Banting.. jauh tuuuuu.. redah redah jumpe kedai jual tudung tepi jalan sebelum sampai pekan Banting, ade jugak tudung yg cantik tapi jenisnye tudung sarung + selendang.. macam leceh la pulak nk memutar belitkan nanti, takot tak sempat 1 hal la jugak.. lame kami buang mase kt kedai akak tu sampai la akak tu bg cadangan soh kami g carik dulu kt pekan Banting..

nk dijadikan cerita pekan Banting sesak juge lelagi da time lunch kn, org2 keje opis mestila nk kua makan, nk balik rmh, nk pegi solat jumaat, + pulak budak budak balik sekolah kan.. kitorg masuk 1 kedai je, terus sambar tudung yg kami berkenan la konon (sebenarnye malas nk pegi kua masuk banyak kedai!) mase da singkat, nk hadap jalan balik 1 hal lagi kn.. 
dalam kul 1 lebey la kami sampai semula ke rmh EIJA, dia pon tengah di make up kan... so kire tak terlambat la kn.. kami serah tudung tu kt die, then kami pon bersiap siap ler..

malas nk taip karangan panjang panjang, silelah layan gambar majlis nikah di petang hari itu :)



cantik x tudung ija tu? tudung aku pon baru beli mase beli tudung ija tu. hehe!

SHERIL - EIJA - BOB - ME!


EIJA's m0m


mohon restu ayahanda ABU TALIB

makcik sabariah - BOB's m0m

"jage diri baik-baik, jage suami"....

"yeay, aku dapat menantu"..

pakcik abu talib - makcik jania - eija - bob - pakcik tamami - makcik sabariah

"sonoknye semua dah selamat"

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz mereka sah menjadi suami isteri.. Tahniah korang, semoga berbahagia :)

07 April 2011 - KHAMIS (part 2)

alkesah malamnye, aku & SHERIL da start menolong membuat kerejaa.. nk tau kerja ape yg kami buat?

tadaaaaaaaaaaa!!!

google



google

itu inti kuih koci ye tuan tuan dan puan puan.. itulah kerja kami.. menggentel menggentel inti kuih koci.. pada mulenye aku terkejut la juge, tak sangka kt sane pon ade org buat kuih koci.. sbb aku ingatkn org java je yg layan kuih koci mase rewang rewang nih..

banyak jugek ler inti tu, ade la dalam 3 talam kami gentel, naik kebas kaki, tp dalam pada gentel tu, sempat jugak cuit cuit rase inti tu, sedap tp bg sesiapa ade kencin manis tu, jgn amalkan meratah inti tu ye sbb sangat sangat manissss.
after siap kerja tu, kami pon siap siap nk laksanakan tugas ke-2 iaitu.... 



selesai sudah keje utk hari ini, waktu da merangkak ke pagi, mate pun da kuyu, badan pon da letih.. layan lah mata, esok nk bangun awal.. duk rumah org kene la tunjuk perangai yg baik kn kn kn.. sile jgn jeles sebab aku & SHERIL da rasmikan bilik pengantin! hahaha

Saturday, April 16, 2011

07 April 2011 - KHAMIS

enaknye cuti cuti kerja, boleeeeh bangun lambat lambat haha. layan mate pon tapi aku rase aku bangun awal sikit la dari SHERIL tu kan.. haha. kebetulan pulak hari pon macam hujan, eh, mmg hujan! so mmg sedapla nk layan mate kan.. yg pasti ramai la org2 kt opis tu yg jelesss ngan kami ni kan.. 

jam lebey kurang 11.00 pagi aku, SHERIL, KAK YONG, FASHA & HELMYgerak menuju ke  ECONSAVE PANDAMARAN, mencari cari kot kot ade yg berkenan nk dijadikan hadiah kepada bakal penganten tu di samping membeli barang keperluan & toiletries...

alhamdulillah, tak payah la nk pening pening kepala bile jumpe barang yg dicari cari.. memborong la kami di pasaraya yg terkenal dengan harga murah murah murah setiap hari.  eh, murah ke? 


hadiah yg aku belikan utk penanten

balik rumah, balut hadiah, hantar kakak ipar aku ke sekolah, lepaking n rehat rehat.. pas makan tengahari, solat.. n selepas melepaskan 2 org anak buah aku sekolah.. kami pon gerak menuju ke rumah bakal Pengantin pd jam 02.30 petang..

perjalanan berjalan lancar dan teratur dan kami tawakkal mengikut signboard sedia ada.. almaklumlah memasing memori da low kan.. ditambah pulak dgn cuaca yg panasss..
lebey kurang dalam jam nk ke pukul 4, kami pon selamat sampai dan disambut oleh pengantin da keluarga. Alhamdulillah.. selamat selamat.. 

Adat berada di rumah kenduri, mestilah ade kerja yg nk dibuat kan? so kami pon buat buat pandai lah tolong makcik makcik sedia ada memblander pembuatan kerisik... cerita selanjutnya ttg ape yg kami buat, sile tunggu next entry ya! bye

Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...