Thursday, January 19, 2012

ini entry bengang.


Perlu kot kadangkadang kite kene buat listing kerja kite supaya orang tau ape kerja yg kita tengah buat. So that takde la suara suara busuk yang pertikai dan buat tuduhan cakap kita takde kerja ke ape ke bla bla bla.

Demyu la aku paling tak suke bile orang anggap "Librarian" tak banyak kerja, bole rileks ke ape. Sangat salah sama sekali. Aku sendiri tak penah nak pertikai status bebanan kerja sesorang tu. So berhenti la jadi orang yang suka menyebok. Aku tak suka.

Nak diikutkan, library kt ILDAS ni memanglah tak sesibuk library lain. mcm state ke ape. Tapi cukupla menjadi masalah sebab aku dibebankan dengan kerja di luar bidang tugas aku. Sumpah aku tak kesah. Aku suka. Aku suka diberi / dipertanggungjawabkan dengan kerja kerja lain. So aku bleh belajar buat kerja lain, tak bertumpu pada 1 bidang jer. Aku suka nak jadi multi purpose. Serba boleh. 

Tapi isu ini timbul bila aku dengar cakapcakap belakang yang nak pertikai aku selalu takde kat library. Di samping muka muka bengang bile ada orang datang library tapi aku takde. Lantak korang nak pikir aku ni curik tulang ke melepak ke ape. Sebab aku yang tau hakikat sebenar. 

Tolongla paham. Kalo taknak paham memang agak banganggg la kan. Ini serius punye bengang. Aku cukup tak suke kalau orang nak pertikai kerja aku sedangkan ape yg aku buat tu betul. Lain la cerita kalau aku mmg nyata dan jelas buat salah.

Aku da la sesorang jaga library ni, kalo time tu aku nk berak dah tak tahan, so jangan la nk pertikai kalau time korang datang tu aku takde. And kalau time tu aku da lapa gile gile. Takkan korang nk pertikai kalau time korang dtg aku tengah nak makan kat kantin.

Lagi pulak, kat ILDAS ni memang banyak meeting, aku terlibat dengan Mesy Pengurusan, Mesy 5S, Mesy Pemilihan Anugerah Pegawai Berkualiti, Mesy Maklumbalas dan Aduan Pelanggan,Mesy Aset Alih. Kalau tetibe nak buat Mesy Jawatankuasa ISO, tetibe nk buat Mesy Badan Kebajikan kakitangan? Tu pon aku terlibat gaks.

Aku jugak yang nak kene buat minit mesy untuk beberapa mesy, korang? Tinggal nak attend meeting memang tak payah nk pikir ape pon kan?

Belum lagi kerja sedia ada kt library ni? Sumpah aku memang tak sempat nk rekod rekod buku yang baru dibeli. Kalau dah kerja lain lebih mendesak, aku ni berkorban la nak tinggalkan dulu kerja kerja hakiki aku. Setiap pagi nk kene amik surat khabar, belom lagi yg jenis pemalas lepas baca surat khabar, sesuka hati taknak letak elok2, main sepah sepah jer. Kerusi takmau susun elok elok. Buku pon terabur terabur. Korang tau ke sapa yg nak kene buat semua tu, kalau bukan aku?

Tahun lepas aku da terlepas nak buat 2 naskhah buletin yg sepatutnye kene terbitkan pada tahun 2011. Sebab ape? Sebab aku ni mendahulukan kerja lain, sampai abaikan kerja sendiri. Masih tak puas hati? Dah tentu awal ni aku kene buat buletin tu jugak. Sape nak kene pikir semua tu? Kalau bukan aku aku dan aku?

Tak baik kan nk merungut merungut camni. Tapi ape puncanya? Kalau tak bukan sebab korang bengang dan tak paham keadaan aku. Bukan sengaja aku pegi2 kat Admin, kalau takde sebab, kalau takde nak hanta laporan ke ape bagai,jumpe Pegawai ke ape. Bukan sengaja aku anaktirikan library ni. Aku ni makan gaji jugak. Bertindak mengikut arahan. Saya yang menurut perintah. 

Laporan post mortem pon aku lom siapkan lagi. Permohonan keahlian pusat sumber pon tak proses lagi. Apelagi nak hadap buat 5S sorang. Orang lain bolehla sebab ade team. Aku? Sorangsorang. 

Kekadang sampai aku lupe ape kerja aku. Sampai aku buntu nak buat kerja yg mana 1 dulu. Semua penting semua nak cepat.

Stress. grr



2 c0mplaints:

RYS AREESA NASIR said...

hmm... memang tahap bengang dah gaya bunyinye ni... tak ada SKT ke? boleh tampal kat belakang desk kita, biar diorang baca sket... hu hu
agaknya diorang tu yang tak cukup keje kot... sabar je lah lyly, buat keje kita dengan ikhlas dan kerana ibadah. suka hari dioranglah kalau nak bermurah hati bagi kita pahala...
tak pun pi hadap dulu hang punya bos...

lyly yAna said...

@RYS AREESA NASIR
Lili mmg bnyk wat keje lain kak... 2011 punye SKT ade yg x tercapai sbb dok buat keje yg xde dlm fail meja... Itu pun dorg nk pertikai lg.. Erm saba jela...

Post a Comment

A big thanks sudi singgah and tinggalkan komen. Korang memang cool lah !

Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...