01.01.2013
Wah wahhh.. Mentang mentang balik rumah kul 4.00 pagiiii dari Dataran Shah Alam. Dah tu, jam 08.00 pagi baru hegeh hegeh nak bangun. Syok layan tido padahaiiii ade misi nak disettlekan haritu...
Alhamdulillah, a good start for 2013 InshaAllah.. Harini kami, Gerakan Belia 4B & KRT Cawangan Batu 38 ade buat Program Khidmat Masyarakat Gotong Royong di rumah Nenek Esah, salah seorang penduduk kampung kat sini..
Jam 09.00 pagi kami gerak ke rumah nenek tu. Bersihkan halaman rumah.. Masing-masing amik peranan dan tugas sendiri. Ade yg potong rumput, kumpulkan sampah, buang dan sisih mane yang tak diperlukan..
Alhamdulillah, kami diberi kekuatan untuk buat semua ni. Dan bile semua dah selesai, pada jam 11.00 pagi kami buat sedikit tahlil ringkas. Makanan Nasi Ambeng dan siap ditempah. Air tebu pulak ade yg bermurah hati nk derma.. Bubur Sum Sum pun dah siap dipacking.
Seterusnya, kami agihkan Nasi Ambeng + Air Tebu + Bubur Sum Sum kepada yg hadir, dan bakinya kami hantar ke rumah yang lain. Mungkin tak dapat nak hantar kepada semua penduduk kampung, tapi itulah semampunya yg kami dapat bagi.
Terimakasih kepada yang dah bagi peruntukan untuk kami laksanakan program ni, terimakasih kepada yang dah sumbang masa dan tenaga untuk sama-sama turun padang membantu merealisasikan program ni. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas segala jasa kalian semua. InshaAllah, Aamiin...
2 c0mplaints:
kenapa rumah nenek esah ni yang terpilih?
@wida
sebab plan prog last minit, n rmh nenek esah menepati kriteria yg kami cari..
Post a Comment
A big thanks sudi singgah and tinggalkan komen. Korang memang cool lah !