Wednesday, November 30, 2011

perjalanan menuju ke TAIPING - Part 1

AMARAN : ini entry membebel, sile abaikan jika malas.

Takku sedar kul bape abang aku sampai pd malam itu. Yg pasti last sekali aku sedar mase abg aku bg SMS suh siap2 bentang tilam utk depa.. 

Memang penipu la kn abg aku siap kate kul 7 pagi nk gerak, sedangkan kul 7 pagi aku kitorg br hegeh hegeh bangun dari tidow. Hehehe jangan ngengade nk salahkan cuaca pd pagi itu yg menyebabkan pemandangan seperti kelihatan pd jam 5 pagi.

Perjalanan bermula dari rumah kami di Kampung Batu 38.. Harus singgah sebentar di kedai makan Wak Pauji, isik perut & dah tentu mau jimat tak payah kelua duit p sarapan kat tempat lain. Hiks. 

Dan di dalam perjalanan itu bermacam topik dan skrip yg berlaku tapi tak perlulah aku cerrita sebab nanti entry aku ni kelihatan mcm esei budak amik exam STPM.. 

Dan dalam perjalanan tu jugak la baru terkantoi yg sebenarnye percutian ni disertai dengan kawankawan abg aku jugakkk. Itupun bile kelua pertanyaan dari mulut Nabil : "bah, kawan abah da gerak ke dari KL?". Situasi dan emosi aku ketika itu sangat terganggu sebab aku ni teramat amat pemalu la orangnye... Bermacam perkara bermain di minda....

Kitorg singgah kat Kuala Kangsar, melawat mencuci mata tempat tempat zaman muda mudi, zaman zaman abg & kakak ipar aku bercinta. eh, betul ke statement aku nih?

Perjalanan diteruskan ke Taiping dan sampai kat tempat yg dituju - rumah mak pak salah seorang kawan abg aku, Encik Helmi Zar.. Oooo, di situ la baru berkumpul bertemu geng sebenar percutian ni.. Its supposed to have 5 families on that trip. Tp disebabkan masalah kesihatan, 1 famili tu telah menarik diri....

Kami disaji dengan lauk pauk makanan tengahari walapun ketika tu jam da menunjukkan kul 3pm (lebih kurang la).. Takpelah disebabkan lapar semua pun bedal laa ape yang dah terhidang beserta durianss sebagai pencuci mulut..

Lame jugak lepak di rumah itu, barulah kitorg berkonvoi menuju ke Kampung Boyan - lokasi homestay yang telah dibooking.


homestay
 
Memang besarlah rumah itu, lot banglo siap boleh berlari lari berkejar kejaran sampai semputtt. Hiks. Ade 4 bilik n 2 bilik air, fully furnished. Best mmg best tapi aku taktau bape harga depa baya homestay ni untuk 3d2n..





 

2 c0mplaints:

wida said...

bestnya..

lyly yAna said...

@wida
mmg best n happening!

Post a Comment

A big thanks sudi singgah and tinggalkan komen. Korang memang cool lah !

Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...