Entry bebel :
20.10.2012 - Sabtu - 06.30 pagi
Dh bangun awal pagi, walaupun badan penat letih lesu akibat seminggu kerja non stop sampai jam 11.00 malam, tapi tetap kugagahkan kugigihkan jua demi menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan (tetibe ayat skema)
Tindakan pertama yg aku buat selepas bsiap, aku terus start kete (eh, aku da ade kete ye?) menuju ke rumah Ketua Belia GB4B (apakah?), Kak Siti Rumziah.. Tapi aku selesa dan senang panggil die Kak Rum. Heheh
Aku memandu laju 140km/h (ok, tipu je) terus ke destinasi kami : Pasar Awam Sungai Besar.
Tanpa jeans dan mekap, aku cume bertracksuit dan tshirt sempoi sebab nk masuk pasar knnn. kitorg membelibelah dan window shopping sket. Hasil rembatan kami ialah 8kg Ikan Cencaru, 10kg kerang, sebiji labu, timun, sengkuang. Kemudian, aku menuju ke kedai ala ala kedai borong untuk memborong kentang, hotdog, sos, pinggan pakai buang, polisterin, tisu, sudu, dan banyak lagi lahhh. aku lupa, ok sorry.
Sempat jugak aku ke kedai abah, untuk tapau nasik lemak dan barang karipap 3 4 5 ketul. hehe. then terus pula ke tempat memproses ayam untuk amik ayam sebanyak 10 ekorr
yang dah disembelih dan dipotong potong .
dapat tak bayangkan ape ke rupa kereta aku time tu?
Sesampai di rumah Kak Rum, die terus bergegas untuk pergi ke program bagi bantuan kerusi roda bg yg memerlukan. tekontang kanting tinggal aku, mak KRum dan KNoreen.
Mulalah operasi basuh ayam, siang ikan dan kerang.
Siap semua keje, aku amik KRum dan bawak bersama ayam tadi untuk dihntar diperap ke Parit 3 Sungai Besar. Penat oii, tak tipu. Tak habis takat tu, terus ke pekan Sg Besar, sambung membeli belah. Haish, selagi tak mula program mesti ade jerrrr barang tak cukupp..
Well, mesti ade yg tertanya tanya nape aku busy gitu kan. hehe
jam 03.00 ptg aku n krum ke Bilik Gerakan Dato' Dzul pulak. Sure2 aku tak sempat mandi. Meeting dgn Dato' bleh plak aku dtg dgn bau ayam n ikan. Kau Hado?
Haha. Abis meeting aku ke Sg Besa dgn Aqi n KSuzy. Nk amik ayam, nk amik ayam.
Dh amik ayam, ke Sg. Beso la kiteee. Adoi letih Sg Beso tgk aku asek dtg 2 3 4 kali.
Otw tu, abah call. Suruh cepat cepat balik. Nk tau nape? Nanti kan entry akan datang. Haha
Nak dipendekkan cerita, kitorg meletihkan badan dan otak ni
semata-mata untuk menjayakan mandat yang dh diberi oleh Pejabat Belia & Sukan
untuk merealisasikan Program Mesra Santai Belia
Anjuran Gerakan Belia 4B (GB4B) Cawangan Kampung Batu 38.
Disebabkan untuk perlantikan sehingga tahun 2015 ni, aku dah dilantik sebagai Setiausaha.
Kelakar kan?
Program tu mensasarkan seramai 100 org belia, tapi kami jemput gak orang orang tua, orang berpengaruh, wakil rakyat dan masyarakat setempat.
Selain daripada BBQ, kami gak pasang Screen besauuuu untuk Final Bola Sepak Msia
ATM lwn Kelantan malam tu kan. So sedikit sebanyak jadikan tu sebagai tarikan untuk dorang hadir.. Alhamdulillah sambutan agak memberangsangkan. Ditambah tambah dengan cabutan bertuah dan pertandingan teka bijik labu..
Usai abis je program waktu tu.. AJK AJK kene la tinggal untuk berkemas mane mane yg patut. Kutip sampah angkat meja dll..
Tgh syok dan khusyuk aku berkemas tu, aku dengarr suara sumbang eheh gurau jerrr..
Suara suara abg deejay + yang lain lain
Nyanyi lagu Happy Birthday, dan aku nampak cahaya lilin dari kek yang dipegang oleh KRum
Rerupenye KRum, Aqi n Tunang KRum skali terlibat dan bersekongkol untuk suprise aku.
Terharuuuuu sangat tau.
Ape pon, to KRum, my lovely couzy Aqi & AJK yang lain..
Tengsomuch for celebrating n suprising me..
p/s : aku tau ramai yg tak baca habis entry ni, kn aku da pesan ini entry bebel. haha
4 c0mplaints:
Mane satu tunang rum yer..kepochi skett
@mamawaiz
die x masuk pon time program tu hr tu. tunggu kt luar hanta kek jer.. huhu
bestnyer ader mcm2 surprise.hihi
@miss ina
hehe best best
Post a Comment
A big thanks sudi singgah and tinggalkan komen. Korang memang cool lah !