Wednesday, January 30, 2013

Berkira, Kedekut atau Beringat?

1) BERKIRA :

Tempat : Sebuah restoran ternama di Kuala Lumpur.
Keadaan : 2 orang lelaki berdiri di kaunter pembayaran. Selepas membuat pembayaran, si A berbisik kepada si B.

Dialog : "Restoran hujung sana harga makan Nasi Putih, ayam goreng dengan sayur RM4.10. Restoran ini makan lauk yang sama, dengan harga RM4.20. Padahal bentuk rupa restoran sama saja, bukan ada servis istimewa pun".

Jika kita membebel dengan dialog begitu, bermakna kita adalah seorang yang BERKIRA. Ada kebaikan dan keburukan. Baiknya, kita tak akan makan di situ lagi dan merungut. Buruknya, kita terlalu berkira dengan rezeki yang telah kita makan.

Dialog yang sepatutnya : "Restoran hujung sana harga makan Nasi Putih, ayam goreng dengan sayur RM4.10. Restoran ini makan lauk yang sama, dengan harga RM4.20. Alhamdulillah, rezeki masing-masing".


2) KEDEKUT

Tempat : Sebuah restoran kurang ternama di Kuala Lumpur.
Keadaan : Seorang lelaki dengan mata terkebil-kebil memandang ke arah papan tanda harga yang tergantung di dinding restoran. Mulutnya mula mencongak-congak mengira harga makanan.

Dialog : "Nasi Putih 70 sen, campur ayam goreng RM2.50 bersamaan RM3.20, campur sayur 70 sen, dengan teh o ais RM1.10. Semua sekali berjumlah RM5.00. Mahalnya! Baik aku makan nasik putih dengan telur goreng saja, baru RM1.80. Kenyang jugak!".

Jika kita membebel dengan dialog begini pula, bermakna kita adalah seorang yang KEDEKUT. Lebih banyak keburukan daripada keburukan. Keburukan yang ketara ialah kita tidak berkeinginan untuk mengeluarkan sedekah disebabkan kebakhilan kita.

Dialog yang sepatutnya : "Nasi Putih 70 sen, campur ayam goreng RM2.50 bersamaan RM3.20, campur sayur 70 sen, dengan teh o ais RM1.10. Semua sekali berjumlah RM5.00. Tak apalah, rezeki aku kali ni cuma nasi putih dengan telur goreng saja. In Shaa Allah, kenyang".


3) BERINGAT

Tempat : Sebuah restoran tidak ternama di Kuala Lumpur.
Keadaan : Seorang lelaki dengan berpakaian sebagai Pekerja Am masuk ke restoran dan berdiri agak jauh dari kaunter pembayaran. Matanya ditumpukan ke arah tanda harga di dinding restoran itu sambil berkira-kira untuk duduk terus atau melihat harga makanan dahulu. Dia bijak sebab mengira harga makanan dahulu sebelum duduk.

Dialog : "Kalau makan nasi putih dengan ayam goreng.. Apa, RM10.50?! Tak patut! Apa punya restoran ni! Ini bukan mahal main-main, tapi mahal sungguh-sungguh! Patutnya restoran ni tak perlu ada di Kuala Lumpur! Malaslah makan sini!".

Jika kita membebel dengan dialog sebegitu, bermakna kita adalah seorang yang BERINGAT. Sangat baik untuk kita yang tegar dengan semangat menabung demi masa depan yang cemerlang dan sesuai jugak bagi kita yang "kais pagi mkn pagi, kais petang mkn petang". Namun bagi orang yang kaya raya, mengungkapkan dialog sebegini membawa kita dalam kategori Berkira dan Kedekut.

Dialog yang sepatutnya : "Kalau makan nasi putih dengan ayam goreng... RM10.50? Rezeki makanan aku bukan di sini dan pemilik restoran ni pun tak dapat duit daripada aku kalini. Aku cari makan tempat lain yang sesuai dengan duit yang ada di tangan".


  Tepuk dada, tanya hati..
Kita berada dalam kategori yang mana?

Bicara adab :

Begitulah antara contoh dialog orang yang berkira, kedekut dan beringat. Semua itu masalah sikap. Walaupun kita mengeluarkan perkataan tersebut untuk diri sendiri, sekurang-kurangnya kita perlu peduli dengan rezeki orang lain, terutamanya pemilik restoran tersebut. 

Tak perlulah kita menafikan haknya sebagai penuntu rezeki juga kerana dia melakukan perkara tersebut mengikut perkara yang telah difikirkan betul. Andainya kita melihat sesuatu yang tak betul seperti harga cekik darah, servis tak bagus,  mengapa kita tak memberitahu si pemilik restoran atau paling tidak pun mengadaikan kita tak mampu nak makan kat situ.

Selain tu, ketiga-tiga kisah ini sebenarnya lebih merupakan adab berdialog supaya kita menjaga setiap perkataan yang keluar dari mulut kita. Elakkan mana-mana perkara yang boleh dielakkan kerana setiap ungkapan dari mulut kita adalah sikap dalam diri kita. Usahlah sampai ada yang terasa di hati dan menimbulkan suasana bermasyarakat yang tidak baik.

Walau bagaimanapun, dari segi bahasa, setiap perkataan dan dialog yang kita ucapkan boleh menggambarkan ketulusan dan keikhlasan kita. Jadi, berhati2lah bila berdialog/bercakap.   






p/s : 

- #berpesanpesan #sampaikanwalausepotongayat #sharing  
- artikel sumber dari Solusi Isu 52 



 

2 c0mplaints:

mamawaiz said...

likeeeeeeeeeeee

Unknown said...

tenkiu tenkiu..

Post a Comment

A big thanks sudi singgah and tinggalkan komen. Korang memang cool lah !

Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...