Thursday, December 27, 2012

ke PEGHAK kite :)

Hari Isnin, 24hb Disember haritu kami sepakat apply cuti. Kengkonon nak menjongket menghilangkan stress sesama. Heheh. Plan asal ajak semua ahli potluck join, tapi disebabkan beberapa hal lain, makanya yang dapat join hanyalah Aku, Kak Zura, Kak Mas, Kak Nadia & Kak Ina.. 

Dan kesepakatan yang dicapai, Kak Zura, Kak Mas and Kak Nadia memasing nk feeling lone ranger, nk feeling anak dareeee macam aii la tewww. Hiks. Memasing meninggalkan suami dan anak-anak hehe. Kecuali Kak Ina, die awal awal da habaq nak bawak hubby & anak-anak. Pasainya dia terus gerak dari Manjung, rumah mak mentuhak die. Hehe.

So atas sebab tu, kitorg tong tong duit minyak kete Kak Zura, pasai kete die paling besar dan paling kukuh. Heee nak bawak Vivas takut ade yg duduk kat bumbung pulak. Hee. Kami sepakat nak buat ala ala potluck, sorang sikit bawak makanan lauk pauk. Walaupun tetibe ade orang tertinggal telur dadar kat rumah. Cheh.

Destinasi menghilangkan stress yang pertama ialah di Pantai Teluk Batik. Kami sampai jam 10 pagi.. Orang tak bape nak ramai. Masih tenang dan lapang jugak. Takpayah jalan nak selisih bahu, sangat selesa. Hehe, aktiviti sebelum mandi ialah MAKAN. Yess, i like..





Makanan sangat banyak, rase penuh isi perut. Hehe. Kak Ina bawak Mee Goreng, tumis Ikan Bilis, Air Oren, Keropok Ikan. Aku bawak nasik dan sambal tempe bilis tu. Kak Zura bawak Spagheti. Kak Mas bawak sardin. Haaa, banyak macam 1 bas nak makan. Lupe pulak, Kak Nadia bawak telur dadar (sepatutnye). Hehe.

Lepas kekenyangan, aku orang pertama basahkan diri. Tu pon pasal nak monitor Icha, anak Kak Ina. Dan kak Zura orang terakhir basahkan diri pasal die tak habis habis mengunyah. Haha





Kak Ina tak mandi pon. Aku stress bile die bagi alasan nak jaga anak die si Zarith. Walhal anak die sedap je tido. Bleh je nak suh mak mentuhak die jagakan. OK, kak Ina bawak mak mentua die. Mak mentua die sporting ikot kami enjoy tanpa merungut dan mak mentua die macam saloma. Sekian, terima kasih. Hehe.

Selesai mandi, makan untuk round kedua. Time tu orang da mula ramai. Fuhh, nasib baikk. Kami pun menuju ke Lumut. Cuci mata, orang sangat lah crowded. Yelah, cuti skolah kan. Masing2 mesti pakat nak ke Pangkor. Tak dapat nak jalan lama sangat, tak dapat nak singgah minum ABC dan makan laksa. Terpaksa abaikan bau laksa yg menggoda sebab ade misi lebih penting. Yiiiiiiiiiiiiiiieha.




Destinasi seterusnya, tempat hilangkan stress dan mengempiskan poket ialah AEON Jusco Manjung. Memang macam batak sebab AEON Manjung baru bukak, parking kete pon free lagik tau. Dan mestilahhhh banyak offer diskaun diskaun hahaha. Niat asal hanya nak ke ELIANTO, nak carik barang Mekap Mekap. Kengkonon dapat tahan napsu, tapi apakan daya mek manusia biasa kan. Syaiton kiri kanan dok hasutt. Tercapai baju Scarlet. Pastu yang nak jadi gila bila kat AEON ade jual tshirt muslimah jenama Zariya. Salu salu beli on9 1 baju harga rm40 - rm70.. Tapi takkusangka sempena baru baru opening ni depa pi jual Zariya, BUY 1 FREE 1. Kau tak gila?

Dekat kul 7 gak baru beredar dari AEON, nak layan Kak Nadia ngidam Mee Szziling.. kami ke Tesco lak pulak. Hehe. Itupun Kak Mas terjebak lagi buang duit kat Tesco. Hehe. Asal asal nak balik petang, jadinye kul 10 malam baru sampai rumah.

Huhu, ape pun sangat enjoy dan seronok. Walaupun penat kaki berjalan tapi rase puas dapat spent time dengan kengkawan yg sekepala dan seporting. Walaupun mereka tu mak mak orang, sikit lagi nak jadi nenek, tapi memang bertuah dan berhuntung dapat kenai depa. 

Kalauuuulah Kak Fara, Kak Rohaiza, Kak Tini, Kak Seha, Kak Yanti dan yg lain-lain dapat join sekali, sure sure meriah Teluk Batik, sure sure gegor AEON Manjung tu.

Haha. Okbaii.

            

6 c0mplaints:

miss ina said...

sonok juge knl ngn awk..hihi

Unknown said...

Bodek yer...

mamawaiz said...

wah wah..baju yang free tu bagi akak lah ye

zue_ra said...

Rindu makcik saloma....hikhik...

Unknown said...

@mamawaiz
x dapek x dapekk..

Unknown said...

@zue_ra
teringat mee goreng udang besaq besaq

Post a Comment

A big thanks sudi singgah and tinggalkan komen. Korang memang cool lah !

Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...