Wednesday, November 21, 2012

Menyunat hehe

Pojan & Aqil

Pada 18 Nov 2012 (ahad) yang lalu, kami sekeluarga selamat dan selesai adakan kenduri kecil-kecilan. Kenduri doa selamat untuk 2 orang anak buah yg berkhatan, Pojan (anak Yong yg no.3) dan Aqil (anak Ngah no. 3) dan tahlil untuk arwah Bonda, dan kaum keluarga yg dah kembali ke rahmatullah..

Pojan, 7 tahun & Aqil, 5 tahun.. Awal awal pagi lagi dh bangun (lagi awal dr Maksu nye). Sy bangun tengok diaorang dah siap mandi. Amboi, eksaited sungguh. Yg peliknye tak seorang pon yg kejutkan saya pagi tu. Mungkin depa tau saya letih. Malam sebelum tu sy tido lambat, mengemas rumah. Huh, terasa macam nak sambut raya, terasa macam nak kenduri terima menantu. haihh. Maklum lah, rumah saya pon dah lama tak buat kenduri..

Alhamdulillah, Makcik Kamisah settlekan semua urusan masak memasak di kedai. Takpayah kami nk pening kepala. Kalau idak, mau saya tak tido malam. Huhu. Cume petang sebelum tu saya & Kak Yong jenguk jugak ke kedai untuk tolong ape2 yg patut.

Usai solat subuh & kuliah, jemaah masjid pon datang. Begitu jugak sanak saudara. Majlis bermula lebih kurang jam 07.00 pagi. Diakhiri dengan menjamu selera. Makanan & menu yg banyak sampai tetamu pening nk pilih ape yang nak dimakan. Huhu.

Antaranya : Nasi Lemak, Pulut, Nasi Impit beserta Rendang daging, ayam goreng, sambal sotong, hati ayam masak kicap, sambal ikan bilis, hati lembu masak merah, kuih muih, bubur kacang durian dan lain lain. Fuhh, semput nak menaip menu menu yg ade.

Jam 07.30 ++ pagi Abg Yong & Abg Ngah saya gerak ke Klinik Salleh, membawa 2 orang anak buah yang bakal disunatkan. Huhu, kami hanya terima khabar melalui Whatsapp. Lebih kurang hampir jam 10 pagi baru mereka balik. Time tu sanak saudara pon dah ramai yg pulang ke rumah masing-masing.

Hee Alhamdulillah anak2 buah saya anak yang kuat. Menangis sikit tu biasalah. Sunat pd usia muda kan. Hee. Tapi ngeri sy nak tengok. Takut pengsan. Haha. Biaselah, budak bersunat ibarat pengantin. Dilayan bagai raja sehari. Ape saja kemahuan dituruti. Aqil pun abis dibuli nya saya. Makan setiap masa nak bersuap. Amboi manjanya kau dik. Yg Pojan pulak akhirnya menjangkit penyakit makan bersuap. Nasib baik Maksunya baik hati kan. Hahah.

Apepun, terima kasih pada kaum keluarga yg hadir. Kawan2 saya pon ade yg datang. Maaf tak dapat nak jemput 1 ILDAS. Terima kasih. Sedihnya, ada sesuatu yg kurang pada majlis ni...
My only sister, AKAK tak dapat nak balik kampung kerana kekangan jarak dan waktu. Meriahnya kalau dapat sesama berkumpul kan. Takpelah, saya redha.

Harini dah masuk hari ke-4 mereka bersunat. Semalam pada hari ke 3, mereka da mula pakai seluar.. dah ade yg berjoget.. dah ade yg tido mengiring. Moga bertambah sihat anak-anakku!


p/s : Ape kaba mereka di rumah? 


 

2 c0mplaints:

mamawaiz said...

pojan 8 tahun ke 7?

lyly yana said...

@mamawaiz
tahun depan br masuk 8 tahun....

Post a Comment

A big thanks sudi singgah and tinggalkan komen. Korang memang cool lah !

Happy Birthday Ceritera Si Somel !

Daisypath Happy Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...